INARA melangkah masuk ke dalam Shopping complex yang besar itu kemudian matanya melilau mencari rakannya, Sarra. Aih? Tadi cakap tunggu dekat depan ni. Ini batang hidung pun tak nampak? Tidak menunggu lama, telefon pintarnya dikeluarkan daripada tas tangan lalu nombor Sarra didail.
"Dekat mana?" Matanya masih melilau ke sekeliling mencari kelibat Sarra. Minah ni memang tak reti nak duduk setempat ke?
"Okay aku pergi sana." Sudahnya, dia yang perlu bergerak mencari Sarra.
Telefon di tutup lalu langkah kakinya dibawa ke ke arah sebuah kafe yang terletak tidak jauh darinya. Sampai sahaja di kafe tersebut, dia terus menuju ke arah Sarra yang sedang menompang dagu dengan tangan itu.
Nasib baik Sarra sudah membuat pesanan. Tidaklah dia perlu menunggu lagi. Perutnya memang sudah lapar dari tadi lagi meminta untuk diisi.
"Sarra aku serabut tahu tak?" Habis sahaja makan, dia mula membuka mukadimah untuk bergosip
"Tak tahu"
Inara menggulingkan matanya keatas.
"Daddy tu lah! Paksa-paksa orang masuk kerja. Tak suka kerja office. Aku nak kerja dengan mummy tak kasi.."
GILA!
"Heck! Kau sepatutnya kena masuk kerja dah, tau? Kerja nak menganggur je! Tahu lah syarikat tu kau punya." Sarra menjeling Inara. Apa nak jadi lah kawan dia yang sorang ni?
Inara mengacau jus dihadapannya itu dengan straw. Bukan dia punyalah!
"Eh babe, aku dengar cerita Maya dengan Farhan dah bertunang." Sarra menukar topik. Kalau dibualkan pasal masalah penyakit malas milik Inara ini alamatnya memang sampai esok pun tidak akan habis.
"Siapa?" Kening Inara berkerut seribu.
"Maya dengan Farhan."
"Siapa tanya?" Selamba Inara menjawab. Mahu bersarkastik dengan Sarra kononnya. Sejujurnya, dia langsung tidak kisah dan malas nak ambil tahu.
"Babe, jangan cakap kau tak move on lagi? Kalau Fiffy tahu kau tak move on lagi alamatnya nanti kau makan pelangkung dia, tahu?" kata Sarra membuatkan bibir Inara terjuih ke hadapan. Apa? Tak move on?
"Dah move on, okey?" Inara menjeling Sarra di hadapannya itu.
Bercakap tentang Fiffy..
Jangan salah sangka. Nama bukan main manis tetapi sebenarnya jantan. Fiffy atau nama sebenarnya Firdaus merupakan lelaki feminin.
Sarra menjeling Inara. Ye ye lah tu dah move on. Entah-entah, mulut sahaja cakap dah move on tetapi hati masih sama.
Tetapi benarlah pepatah inggeris pernah berkata. Forgive but not forget.
Mungkin bagi yang lain, masalah itu hanyalah sekecil kuman. Bukan. Malah hanyalah sekecil zarah. Tetapi, jika ia melibatkan tentang perasaan manusia.. sudah tentu masa yang diperlukan untuk pulih dan memaafkan itu agak lama.
"Oh my gucci!" Sarra menutup mulutnya. Telefon yang berada dalam tangannya satu lagi itu kemudiannya dihalakan ke arah Inara dihadapan.
"Gucci ada keluarkan handbag new latest design kan? Jom!" Akhirnya, Sarra mengalah dan menukar topik. Malaslah pula bercakap tentang Farhan. Bosan! Melihatkan riak wajah Inara yang sudha mendung itu, dia faham Inara agak menyampah.
Iyalah, member baru sahaja nak move on tapi kau dah buka topik pasal bekas kekasih dia.
Apa kes?
YOU ARE READING
His Eternal Love
Romansa[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harin...