PÃRT 6

51 12 0
                                    

Ahn yang pening kepalanya mula mengurut lembut pada bahagian dahi. Sudah 2 hari dia tidak berehat kerana jadualnya penuh dengan pembedahan.

"Kalau dah penat tu rehatlah!"tegur haechan. Ahn menoleh. Dia tersenyum kecil. "Aku ada banyak kerjalah, hyuck!"balas ahn sambil memeriksa file pesakit. Mereka berdua sekarang berada di lobi wad.

"Memanglah! Tapi rehatlah sekejap!"pujuk haechan. Ahn pandang haechan sebentar. "Malam esok aku kena teman kau... Kau lupa? Aku ada kerja banyak... Bye!"balas ahn lalu pergi.

Haechan gelengkan kepalanya. Tak faham betul dia dengan ahn yang workholic ini. Hampir sama dengan jeno. Memang patut pun mereka berdua tu kahwin.

"Direktor Song, ini adalah maklumat pesakit yang doktor minta pada saya!"ujar seorang nurse apabila terserempak dengan ahn. Ahn senyum. "Arraseo, gumawo!"ucap Ahn.

Nurse itu mengangguk sambil tersenyum sebelum meninggalkan Ahn. Tanpa membuang masa ahn terus menuju ke pejabatnya dan memeriksa file tersebut.

Jeno yang sedang fokus dengan kerjanya tersentak apabila pintu pejabatnya dibuka dengan kasar daripada luar. "Kau buat apa dekat sini?!"soal Jeno dengan nada suara yang agak tinggi.

Dia memandang orang yang berada di pejabatnya itu dengan pandangan tajam. "Jeno!"seru orang itu. Jeno berdengus dengan kasar. Setiausaha nya pula menunduk meminta maaf kerana tidak menghalang orang tersebut daripada mengacau jeno.

"Setiausaha Koo boleh pergi!"arah jeno apabila orang itu seperti tiada tanda mahu keluar. Setiausaha Koo Jungmo mengangguk lalu pergi. "Kau nak apa Lee Gyuri?"soal Jeno sambil memeluk tubuh.

Gyuri ketap bibirnya. "Kau tipu kan bila cakap yang kau ada kekasih?"tanya Gyuri. Jeno berdecit. "Buat apa aku nak tipu... Kau fikir aku masih ada perasaan pada kau?"soal Jeno sinis.

Gyuri tersentak. "Berhenti berangan... Aku dah tak sukakan kau.. lagipun kau isteri abang tiri aku dan bakal ibu kepada anak buah aku!"tambah Jeno lagi. Jeno kembali duduk di kerusi nya. Dia biarkan Gyuri tercegat dihadapan pintu.

"Aku tahu kau masih sukakan aku, Jeno! Kau tak boleh nak tipu!"ujar Gyuri. Dia yakin yang jeno masih ada perasaan terhadapnya. Semalaman dia tidak tidur kerana memikirkan hal ini.

Entah kenapa apabila Jeno kata dia mempunyai kekasih membuatkan dia jadi resah dan sedikit cemburu. "Sudahlah, Gyuri! Kau dah bahagia sekarang! Jangan ganggu hidup aku boleh tak?!"soal jeno dengan nada menyampah.

Dia sebenarnya malas nak layan karenah ibu mengandung yang agak tiba-tiba ini. Dah gila agaknya kerana meminta perhatian daripada dirinya. Gyuri pandang Jeno dengan pandangan yang berair.

"Baliklah, Gyuri! Hyung mesti risau dengan kau sekarang!"ujar Jeno sambil menyambung kerjanya. Dia dah malas nak pandang Gyuri. Wanita itu sudah lama terlupus daripada hatinya setelah dia tahu kebenaran.

Gyuri kepal penumbuknya. "Aku tak rasa kau akan bahagia dengan kekasih kau, jeno!"ujar Gyuri sebelum berlalu keluar daripada pejabat Jeno. Jeno mengeluh. "Attention seeker betul!"rungut Jeno.

____

"Doktor song!"seru seseorang. Ahn yang baru sahaja pulang daripada kafeteria menoleh. Dia terus ukirkan senyuman manis apabila Puan Lee berdiri dihadapannya. "Puan!"balas Ahn.

"Kamu sibuk ke?"tanya Puan Lee. Ahn mengangguk mengiyakan. "Nae! Saya ada banyak pembedahan memandangkan kami tak cukup tangan!"balas ahn. Puan Lee senyum. Dia pegang tangan ahn membuatkan ahn sedikit terkejut.

"Patutlah kamu nampak penat!"balas Puan Lee. Ahn hanya tersenyum tipis. "Dah sememangnya kerja saya sebagai doktor!"ujar ahn. "Kerja tu kerja juga... Jangan sampai sakit!"pesan Puan Lee.

LET'S GO, LOVE❤️Where stories live. Discover now