+ 13

444 81 4
                                    


LUCAS'S

hari pun sudah lewat malam, kini aku berada di dalam bilik- siap sedia untuk tidur .

aku sandarkan badan aku di kepala katil, tangan kanan aku diletakkan di atas dahi.

" haih .. " keluh aku perlahan, penat sungguh aku harini . apa yang dibuat pun tak tahu?

setahu aku, aku hanya main kejar-kejar dan simbah air sahaja dengan mirae tadi.

tapi itulah- kenapalah badan ni tiba-tiba rasa lenguh semacam, rasaa nak demam pun ada juga ni .

tiba-tiba sahaja, apa yang dikata mirae tengah hari tadi bermain-main diminda. dan ianya berjaya membuatkan jantung aku berdebar hebat sekarang ini!

" hahaha saja nak cakap, saya ni mangsa culikkan awak ke, isteri awak? "

zzup! sekali lagi aku berdebar-debar, aku pejam mata aku rapat- cuba memikir apa maksud disebalik ayat itu?

kenapa aku rasa berdebar sangat bila aku berdepan dengan gadis bernama mirae itu? ah entah-entah aku suka dia? ish, mengarut ajalah aku ni . hm- kalau aku suka dia, dia suka aku balik ke?

ah tak mungkinlah dia nak suka aku, aku ni jahat!

ah andwae wong yukhei! kau tak pernah lagi jatuh cinta, macam mana boleh tiba-tiba sahaja ni? ugh tolonglah aku baru aje kot kenal dengan dia, takkan lah secepat ini? kuat betul penangan mirae ni!

lagipun- dia dah nak mati bukan? tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi sebelum mirae diserahkan dekat orang tua tu .. dan pasti, mirae akan dibunuh .

duh, aku pun nak tahu apa hubungan antara mirae dengan orang tua tu? kenapa dia nak bunuh mirae dan bukan orang lain? takkan- aku nak tanya dekat orang tua tu pula?

ah nak tanya mirae lagi lah dia tak tahu, dia pun mungkin tak tahu langsung pasal orang tua tu.

jujur aku tak tahu apa aku rasa sekarang ni, aku buntu.

dulu tujuan aku nak culik mirae hanyalah disebabkan duit . oh well, wong yukhei.
hahaha tapi sekarang tujuan tu mungkin dah berubah, aku nak dia sentiasa ada dalam rumah ni- ah bukan, aku nak hidup sama-sama dengan dia? ah apa lah yang aku fikirkan ini?

wajah manis lagikan polos seorang kang mirae tiba-tiba bermain di fikiran.

aku tersenyum pahit.

" mirae macam mana aku nak tolong kau ni? aku- aku nak kau .. " tanpa sedar air mata mula membasahi pipi.

serius? wong yukhei sedang menangis, ya aku menangis. wah hanya disebabkan seorang perempuan yang kau kenal hanya dalam masa lebih kurang 2 minggu?

kau lembik lah sebernanya wong yukhei, berlagak kuat sahaja diluar. ini semua sebab nak tutup semua masalah yang dihadapi.

ah sudahlah aku mengantuk, dengan badan aku yang dari tadi rasa lenguhnya tidak hilang!

selamat malam dunia tipu-tipu!

terus aku tertidur dengan air mata yang menemani diri ini.

𝘁𝗯𝗰✰

badboy. ©Where stories live. Discover now