TakdirNYA
Aku hanya orang biasa.Tidak kaya namun tidak juga miskin.Aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang bahagia.Ibu bapaku saling sayang menyayangi sehingga sekarang walaupun mereka dijodohkan keluarga.Bagi ibu,tiada istilah tidak sehaluan apabila telah berkahwin.Ayah pula sering berpesan untuk menerima pasangan seadanya.
Pertemuanku dengan dia mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanakku. Aku dibesarkan dalam suasana kampong malahan rumahku berhadapan dengan sawah padi.Aku membesar didalam selut,hutan dan suasana kampong yang damai.Dan,satu-satunya kawan lelakiku ketika kecil ialah Apit.
2008
“Wei,nak main mercun tak?” Apit menyoal diriku padahal kami tidak mengenali satu sama lain.Aku dengan pantas mengganguk oleh kerana aku masih anak-anak yang mempunyai naluri yang kuat untuk bermain. “Tapi,kami tak dak mercun” aku mengangkat tanganku yang kosong. “Tak pa,Kami ada banyak” katanya sambil mengeluarkan segenggam mercun mancis. Sejak dari hari itu,abangku,aku dan Apit semakin erat.Kami bagaikan isi dengan kuku. Walaupun aku seorang perempuan,tetapi Apit melayanku dengan adil. Jika dia mengajak abangku ke sawah,aku juga turut diajaknya.
Suatu hari, “Assalamualaikum,ana..ohh.. ana” kedengaran suara Apit diluar rumahku. “Ya.. awat??” soal aku setelah membuka pintu. “Jom teman Apit” kata Apit. “Kita panjat pokok nyok.Syok!”. “Ana mana reti panjat.Tinggi tau dak”kataku. “Takpa,mai Apit ajar.Apit pandai panjat pokok Nyok”dia cuba memujukku. Aku tahu Apit memang pandai memanjat.Jangan kata pokok Nyok,pokok keriang dihadapan rumahku pun pernah dipanjatnya apabila aku memintanya mengutip buah diatas pokok. “Boleh.Sat nak bagitau mak” balasku gembira.Apit mengajarku satu persatu cara untuk memanjat.Pada awalnya,Apit akan menjagaku dari bawah tapi lama kelamaan aku sudah pandai memanjat sendiri hasil ajaran Apit. Dia sering mengajakku bermain berbagai-bagai jenis permainan tradisional,main guli,tarik pelepah,berkubang dalam selut,askar-askar didalam sawah dan macam-macam lagi.
Apit seorang yang ceria dan kuat ketawa.Tawanya ikhlas dan mampu meriangkan hatiku.Dirinya bagaikan seorang abang buatku.Dia matang mengendalikan keadaan oleh kerana dia merupakan anak yang sulung. Sehinggalah suatu hari,keluargaku dilanda musibah dan aku harus berpindah dari situ.
“Awat Ana nak pindah? Apit nak main dengan siapa? Apit menunjukkan riak yang sedih dihari terakhir aku dikampung. “Nanti,apit mailah rumah baru ana.Kita main” aku cuba memujuk. Tidak aku nafikan,aku juga sebenarnya sedih kerana Apit satu-satunya kawan lelaki yang akrab denganku. Apit hanya termenung. Dia menghantarku pergi dengan pandangan yang sayu.
Seminggu setelah aku berpindah,baru Apit datang menjengukku.Tapi Apit tak seperti dulu.Mukanya tidak ceria dan dia seperti malu-malu untuk bercakap denganku. “Nanti Apit mailah lagi” kataku. Hari berganti hari,minggu berganti minggu, Apit masih tidak datang sehinggalah aku mendengar berita yang amat mengejutkan. “Mak ayah dia bercerai?”aku bertanya kepada ibu. “Ya,mak cik Timah bagitau tadi”ibu menjawap.Patutlah sampai sekarang dia tidak datang,rupa-rupanya dia mempunyai masalah.Aku gelisah.Rasa simpati datang menyelubungi diriku.Aku berharap Apit sentiasa tabah menghadapi dugaan ini meskipun usianya baru mencecah 16 tahun.Tidak mudah seorang remaja berusia 16 tahun untuk menggalas tanggungjawap sebagai ketua keluarga.
2009
Selang beberapa bulan,ibunya agak sering datang kerumahku mengadu mengenai sikap Apit yang semakin liar.Aku berasa sangsi kerana setahu aku Apit bukanlah budak yang jahat malah dia seorang yang bertanggungjawap. “Betul kak Leah,Apit sekarang memang lain.Dia marah-marah,hisap rokok.Sedih Nah tengok dia” ibu Apit a.k.a Mak Nah mengadu kepada ibuku.Pada malamnya,ibu kelihatan gelisah dan hairan.Aku cuba menanyakan kepada ibu apa yang membuatkannya begitu gelisah sehingga mengelamun jauh. “Mak awat?”soalku. “Apit..”jawap ibuku sedikit. “Awatnya dengan Apit?” aku cuba menyoal lagi.Ibu tidak menjawab sehinggalah ayahku duduk bersama kami. “Abang,tadi Nah mai.Dia bagitau kata Apit sekarang jadi budak nakal”luah ibuku kepada ayah.Aku semakin hairan dan sangsi kepada Mak Nah.Jika sekalipun anaknya jahat,takkan dia mengadu kepada ibu. “Entahlah Leah. Kita nak cakap banyak pun tak boleh sebab kita tak tau” begitulah prinsip ayahku. Dia tidak akan mencampuri urusan orang lain kecuali urusan anak-anaknya. Malam itu, mataku tidak mahu tutup,otakku ligat memikirkan nasib Apit. ‘Bagaimana dia sekarang?’ ‘Apa dia buat?’ ‘Betul ka dia dah jadi jahat?’ Pelbagai soalan bermain diminda sehingga aku tidak menyedari hari mulai terang dan aku masih tidak tidur-tidur.
Kini
Kelmarin,takdir menemukan aku dengan Apit di sebuah hospital.Sekarang dia bekerja sebagai tukang cuci untuk menampung perbelanjaan hidup keluarganya hari-hari.Aku tidak dapat mengecam wajahnya kerana raut wajahnya banyak sekali berubah.Selain rambutnya yang agak panjang,dia juga kelihatan seperti seorang lelaki yang matang. “Mak Leah? Assalamualaikum.Ni Apit” sapa Apit.Ibu kelihatan terpinga-pinga bagaikan terkejut melihat keadaan dirinya sekarang. “Apit kerja dekat sini?”ibu menyoalnya. Apit menjawap bahawa dia terpaksa bekerja untuk menyara kehidupannya.Apit juga berazam untuk mencari duit untuk mengambil peperiksaan SPM yang dahulu pernah terlepas daripada genggamannya dek kerana peristiwa hitam yang menimpa diri.
“Ana ka ni?Dah lain sekarang”ramah Apit menegurku.Ramahnya persis seperti dahulu.Aku terkenang kembali kata-kata orang bahawa Apit seorang budak jahat,namun bagi aku dirinya masih seperti dahulu.Ceria dan tahu menghormati orang tua. Ibu cuba menasihatinya untuk bersabar dan yakin bahawa dugaan yang Allah turunkan bukanlah untuk mendera hamba-NYA,tapi sebagai tanda kasih sayang-NYA kepada kita. Namun kata-kata Apit yang terakhir sangat terbekas didalam hatiku, “Ya Mak Leah, Apit cuba bersabar.Apit tak pernah menyalahkan takdir apatah meminta Allah mengubah takdir-NYA.Cuma Apit minta Allah kuatkan Apit menerima takdir Ilahi” kata-kata Apit dengan sayu. Dia sempat berpesan kepada aku, “Allah kirimkan awan gelap menutupi matahari.Dan saat itu,kita menangis mencari dimana hilangnya mentari.Namun,tatkala hilangnya mendung,rupa-rupanya Allah menghiasi langit dengan pelangi yang indah”.
YOU ARE READING
Pelangi (Cerpen)
RandomPengalaman mematangkan manusia, -Allah tempat bergantung seseorang hamba...