INARA tersenyum seorang diri di dapur rumahnya. Air kopi panas yang disediakan ditenung sambil mengigit hujung kukunya sedikit. Jari-jemarinya juga memainkan peranan membuat lingkaran bulatan di sekeliling mulut cawan tersebut.
Encik sayang....
Fikirannya mula dipenuhi dengan visual lelaki asing di Shopping Complex kelmarin. Puan Sri Frida yang entah datang dari mana terus mengejutkan Inara yang sedang mengelamun.
"Hah mengelamun!" Table Bar itu ditepuk kuat menyebabkan bahu Inara ternaik ke atas.
"Mummy...." Inara mula merengek.
"Kau kenapa?" Puan Sri Frida menyoal pelik. Apa gila budak ni?
"Hensem mummy." Kata Inara dua patah sebelum dia melompat dan berlari naik ke atas biliknya.
Puan Sri Frida menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal. Mulut diherotkan ke atas tanda pelik.
"gedik...."
"macam aku.." Sambung Puan Sri Frida perlahan sebelum pergi mendapatkan Amina di hujung dapur.
Nak bergossip.
"Puan Sri, tahu tak Janna Nick gaduh dengan k-popers? Kecoh satu Malaysia. Pergh!" Puan Sri Frida membulatkan mata.
"Cerita cepat cerita!" Gosip mana yang dia terlepas ni????!!
"Okay macamni. Puan Sri tahu Lisa blackpink kan?--"
Dan mereka mula bergosip bagaikan tiada hari esok...
ENJIN kereta dihidupkan. Malam ini dia akan bermalam di apartmen Sarra. Memang sekali seminggu, Inara akan bermalam di rumah Sarra. Hal ini disebabkan Sarra hanya duduk seorang diri di Apartmen.
Sarra memang seorang yang berdikari tapi Irham yang bersungguh-sungguh mengarahkan Inara untuk menemankan tunangnya. Sekali seminggu pun jadilah! Asalkan tunangnya diyakini selamat. Dahtu keselamatan aku yang memandu malam-malam ni, macam mana?
Hek eleh kalau Irham tak suruh pun memang Inara dengan senang hati akan tidur di apartmen tersebut.
Haih! Kalau tak kahwin juga dua orang ni tak tahu lah aku nak cakap apa.
Sampai sahaja di hadapan muka pintu apartmen milik Sarra, Inara terus memasukkan kata laluan. Badan direbahkan ke atas Sofa yang empuk kemudian mata dipejam.
Penat seharian bekerja di pejabat. Setelah puas dipaksa oleh Tan Sri Irshad, akhirnya Inara mengalah. Terpaksalah dia merajinkan diri untuk masuk bekerja. Pinggangnya rasa seperti hendak patah. Sekarang dia hanya mahukan tidur. Dia mahu berehat!
"Inara, look! Hensemnya dia ni!" Sarra yang entah dari mana datang mula berfangirling.
Tak sedar ke aku ni adik tunang dia? Report karang!
Inara hanya meng'hmm'kan sahaja. Kalau bukan encik sayang dia tak nak tengok.
"Tapi aku serious ni Inara. Tu kau tengok Aslan punya Ovari dah pecah"
Inara membuka mata dan melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Sarra. Aslan sedang tidur terbongkang dengan mulut yang terbuka.
Tak senonoh punya kucing.
"Aslan mana ada ovarilah, sengal!"
"Ah tak kisah! Yang penting kau kena tengok ni" Telefon dihulurkan kepada Inara.
Terpampang wajah lelaki dengan visual memukau yang mengenakan sepersalinan pakaian korporat.
Sesaat
Dua Saat
YOU ARE READING
His Eternal Love
Romance[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harin...