Pesan Langit

12 0 0
                                    

Pesan Langit

terpaku menatap bumbung dunia,
berteriak melaung didalam dada,
kerana kita sesungguhnya hina,
tidak berhak berasa bangga..

hanya mampu terdiam kaku,
menatap langit dengan cemburu,
sebagai hamba kepada yang satu,
yang lalai dan sesat di ruang waktu..

wujud kita dengan tujuan,
untuk kembali ke kampung halaman,
bawa diri pilih haluan,
waspada dengan segala ujian..

jadikan langit sebagai teladan,
sebahagian dari corak kehidupan,
walaupun tinggi tidak tertawan,
langit tak pernah menjadi ancaman..

terkadang langit mendung kelabu,
tidak bercahaya seperti selalu,
jangan pernah merasa ragu,
yakinlah langit kembali membiru..

Seperti impian seakan pudar,
terasa malar semakin hambar,
dengan atmosfera kian mencabar,
sujudlah ke tanah mencari sinar..

LHD
FEB 2021

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 01, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pesan langitWhere stories live. Discover now