Aku Song Jihyo ,
Seorang gadis malang yang seringkali dibuli kerana bagi mereka aku tidak layak untuk terlihat bahagia . Punya tanda lahir di pipi sebelah kiri menguatkan lagi kenapa aku tidak disukai . Aku di label hodoh dan jijik hanya kerana aku mempunyai tanda lahir tersebut . Tanda lahir berwarna biru lebam itu mencacatkan wajahku . Disebabkan itu , aku menutupinya dengan rambut panjangku agar tidak kelihatan .Tapi apa bezanya andai semua orang sudah tahu akan tanda lahir tersebut . Aku jadi mangsa buli kerana itu . Aku tiada seorang pun kawan di sekolah hanya kerana aku mempunyai tanda yang buruk di muka . Mereka tidak mahu berkawan denganku .
“ Aku juga ingin bahagia ”