INARA menghentikan langkahnya secara tiba-tiba. Dia tidak salah nampak bukan? Mata digosok lalu diluaskan kembali.. Dia mengantuk ke?
Apa yang terlayar di ruangan matanya sekarang ialah Sarra yang berjalan ke arah pejabat Irham sambil memegang sebuah envelope di tangannya.
Apa yang Sarra buat di sini?
Inara menilik jam di pergelangan tangannya. Lunch pun belum masuk lagi. Jadi apa yang Sarra buat di sini?
Dengan berhati-hati, Inara mengikut rakannya dari belakang.
Sampai sahaja di pejabat Irham, Sarra terus merempuh masuk ke dalam pejabat Irham tanpa menoleh sedikit pun ke arah meja Personal Assistant Irham.
Inara yang kebetulan berada disitu terus menghentikan langkah PA Irham iaitu Wawa daripada menghalang Sarra.
Inara menggelengkan kepalanya perlahan kepada Wawa. Wawa yang faham akan situasi tersebut terus membawa langkah ke arah pantry.
Telinganya terus ditekap rapat ke arah pintu pejabat milik Irham yang bersaiz besar tersebut. Sesekali, Inara bergerak-gerak membetulkan kedudukan telinganya.
Bunyi macam gaduh je?
Inara masih memfokuskan telinganya untuk mendengar setiap bait yang dituturkan oleh dua orang manusia di dalam pejabat.
Kakinya pula mula naik menyepak perlahan pintu tebal tersebut dek kerana geram langsung tiada bunyi perbualan. Pintu ni pun satu! Tebal semacam je!
Sedang tekun Inara melekapkan telinga untuk mendengar pergaduhan antara Sarra dan Irham, terasa seperti bahunya dicucuk-cucuk oleh sesuatu.
"Hish tepilah dulu!" Inara mengibas tangannya ke belakang tanpa menoleh.
Masih terasa cuitan di bahunya.
"Sabar, tunggu! Jangan kacau!" Cuitan yang dia yakin menggunakan sebuah pen itu sekali lagi ditepis olehnya kuat tanpa ada niat langsung untuk menoleh.
Toing. Toing.
Bahunya dicuit menggunakan sesuatu benda lagi.
"YaAllah Encik, Puan, Tan Sri, Puan Sri, adik manis, sayang, intan payung gunung letop...Jangan kacau I buat kerja boleh tak?" Inara mengibas lagi tangannya ke belakang.
Siapalah yang berani mengacau dia di saat genting sebegini? Beberapa saat selepas dia berkata begitu, terasa bahunya dicuit dengan sesuatu pula.
Dek kerana geram, Inara terus berpaling sambil berkata
"Hish you nak apa?!" Suara dikuatkan sedikit namun wajahnya yang masam tadi terus tersenyum.
"Encik sayang?"
"Kau buat apa? Mengintai bos ke apa?" Adrian sudah mulai curiga.
"You tu buat apa kat sini?" Tangan telunjuk Inara sudah naik ke atas dituju tepat di hadapan hidung milik Adrian. Soalan berbalas soalan.
"Aku nak jumpa Irham, dia ada?" Wajahnya diundurkan ke belakang, takut jika bersentuh dengan jari telunjuk wanita dihadapannya itu.
YOU ARE READING
His Eternal Love
Romance[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harin...