A I D E N 40

9.4K 457 27
                                    

AIDEN mengalamun sendiri di tempat pemandu. Bangunan hospital yang tersergam di hadapan mata dia renung kosong. Ketiadaan Adeena buat dia sedar sesuatu.

Dia tidak dapat meneruskan hidup bila wanita itu tiada. Di rumah mereka, selalu sahaja bayangan Adeena terlintas di hadapan mata. Dan acap kali itulah dia menangis. Sungguh dia amat mencintai gadis berketurunan Perancis itu.

Rayyan.

Lelaki durjana itu. Sudah meringkuk di dalam penjara selepas sahaja dia menerjah hotel yang lelaki itu duduki. Hampir mati lelaki itu dibelasah olehnya. Jika tidak dikawal oleh Tengku Adriel dan juga William sudah pasti Rayyan sudah mengikuti jejak langkah adiknya.

Huh. Mati.

Aiden menyandarkan tubuh ke seat kereta. Bayangan dan rintihan Adeena sewaktu dia pulang selepas menghantar Tengku Adriel ke hospital mula berulang tayang di fikiran.

"Abang! Tolong!" Aiden yang baru sahaja melangkah mendekati pintu bilik itu terus sahaja menerjah masuk dengan kasar.

Darah menyerbu naik ke kepala tatkala melihat tubuh kasar milik Rayyan menindih tubuh kecil isterinya. Jelas di pandangan Aiden kaki yang terjuntai milik Adeena terkapai-kapai menendang angin.

Aiden mencengkam kasar kolar baju yang dipakai Rayyan dari belakang. Belum sempat lelaki itu berdiri dengan baik terus sahaja penumbuk dilayangkan tepat terkena batang hidung Rayyan.

Tersungkur lelaki itu jatuh ke bawah. Hidungya perit memgeluarkan darah pekat dan likat. Rayyan tersenyum sinis.

"Bastard." Ujar Aiden bengis. Kakinya naik menyepak kepala Rayyan. Dia menunduk membelasah wajah Rayyan hingga terbirat hujung bibir dan mata lelaki itu.

Aiden belum puas. Dia bangun daripada menunduk lalu dia memijak dan menendang kasar tubuh Rayyan. Anak matanya gelap dan merah menahan amarah. Air mata berjujuran menuruni lekuk wajah lelaki itu.

"Arghhh!!! Binatang!!!" Aiden yang hilang kawalan itu segera dipeluk oleh suami Quinn Ariana daripada belakang.

"Aid! Bawa bersabar!" Dada bidang lelaki itu dia usap.

"Pergi tengok Adeena biar abang uruskan Rayyan." Aiden melepaskan keluhan kasar. Air matanya dia sapu kasar. Dia berpaling ke arah Adeena yang sudah tidak sedarkan diri.

"S-Sayang." Diam. Wanita itu kaku! Aiden mengetap rahangnya. Lelaki itu bertambah kelu tatkala melihat cairan merah di celahan paha milik isterinya.

Makin mahu meraung lelaki itu. Dia terduduk.

"Aid bawa Adeena ke hospital!" Ariana yang mendukung anaknya itu panik sendiri. Dia tahu Aiden merasa kosong. Dia tahu akan itu!

"William! William!" Ariana keluar daripada bilik.

"What's wrong!?" William bergegas masuk ke dalam bilik Aiden dan Adeena. Anak matanya jatuh ke arah tubuh lesu Aiden di birai katil.

"Angkat Adeena! Bawa dia ke hospital!"

"Aid." Ujar William. Melihat Aiden seperti putus harapan itu membuatkan William mendekati Adeena.

"Aku minta izin untuk bantu kau Aid."

Hanya itu ayat terakhir yang Aiden dengar sebelum dunianya gelap dan kelam.

Aiden mengeluh. Bag pakaian bayi dan Adeena di sebelahnya dia ambil. Ya, bayi mereka selamat dilahirkan melalui kaedah czer. Adeena masih lagi tidak sedarkan diri. Anak mereka terpaksa dikeluarkan walaupun usianya baru sahaja mencecah 8 bulan 1 minggu.

Aiden melangkah ke wad yang menempatkan Adeena. Tombol pintu dipulas lalu tubuh tinggi dan sasa itu berjalan merapati tubuh kaku Adeena yang berada di atas katil. Doktor sudah memaklumkan padanya yang Adeena baik-baik sahaja.

Malah sempat wanita itu membuka mata sewaku proses czer dijalankan. Namun tidak lama, wanita itu kembali tidak sedarkan diri sehinggalah sekarang.

Aiden mengusap pipi milik Adeena. Bibir wanita itu juga kering memucat. Aiden menunduk lalu bibir Adeena dia kucup.

"Bangun sayang. Tengok anak kita. It's a girl, sorry sayang nanti kita usahakan untuk dapat baby boy okay?" Aiden ketawa kecil. Adeena mati-matian mahukan baby boy katanya boleh buat Aiden cemburu nanti!

Heh.

"Bangun sayang, abang rindu. Abang rindu bila mata cantik ni renung abang. Abang rindu bibir ni ungkapkan sesuatu. Bangun sayang."

Aiden mengusap rambut ikal milik Adeena. Sesekali bibirnya menyinggah pada belakang tangan Adeena yang membiru akibat dicucuk iv drip.

Aiden mengerling jam rolex yang berada dipergelangan tangan kirinya.

"Abang pergi tengok anak kita kejap ya. Nanti abang datang lagi jaga sayang." Aiden bangun dari duduk. Dahi isterinya dia kucup sayang.


















AIDEN tersenyum nipis. Dia merenung satu tubuh kecil yang terselirat dengan beberapa wayar. Anaknya masih lagi lemah. Beratnya baru sahaja mencecah 2.0 kg.

'Maafkan daddy sayang.'

Aiden mengusap cermin yang memisahkan dirinya serta anaknya.

"My baby girl. Cantik macam mommy dia." Aiden tersenyum sendiri. Dulu angaukan Adeena. Sekarang angaukan anak pula!

Huh! Sulit.

Bayi yang masih lagi berada di dalam inkubator itu bergerak kecil menggamit perhatian Aiden. Teruja! Mahu sahaja dia membawa tubuh kecil itu ke dalam dukungan lalu cium wajah kecil itu sepuasnya. Seakan-akan tahu dengan kehadiran bapanya bayi itu mencelikkan mata.

Terkenyit-kenyit mata bundar itu mahu menelan cahaya yang begitu malap. Aiden mengemam bibirnya tatkala bibir kecil merah itu tersenyum ke arahnya. Aiden memegang jantung sendiri.

Cantiknya anak daddy!










Short chapter lagi;) 'bout baby and czer. Itu hanyalah pengalaman dan juga ambil sumber daripada pak cik google;3 kalau salah sila beri tunjuk ajar okies<3

MRS AIDEN NATHANIEL [C]Where stories live. Discover now