Bibir Jaerim mengukir senyuman lebar tatkala melihat sesusuk tubuh milik Jungkook datang menghampirinya dengan berlari. Lantas tubuhnya dipeluk erat oleh lelaki itu.
"Unnie, Harini kookie dah jadi budak baik. Jadi unnie nak belanja kookie, kan?"
Jeon Jungkook
Berwatakkan kanak-kanak walaupun umurnya sebaya..
Sangat menyukai Jaerim..
Mangsa buli tetapi selalu dilindungi oleh Jaerim...Dan..
Choi Yeonjun...
Suka sangat menyibuk hal orang... Lebih-lebih lagi dengan Jaerim...
Suka sebar berita tanpa selidik dulu... Betul x betul yang penting gosip itu adalah hobi dia...
Jaerim ketawa kecil sebelum kepala lelaki itu diusap perlahan.
"Hari ni unnie tak belanja kookie, tapi dia." Balas Jae sambil menunjukkan ke arah Yeonjun.
Jungkook sudahmenepuk tangan kerana gembira. Indah hidupnya, kerana setiap kali dia perlukan sesuatu, gadis itulah yang melayan karenahnya. Sakit mahupun sedihnya, Jaerimlah yang memahaminya.
"Aku pula?" Soal Yeonjun tidak puas hati.
"Bitch! kalau tak nak kena hukum, ikut cakap aku." Ucap Jaerim.
Baru sahaja Yeonjun hendak mengeluh, Jaerim terlebih dahulu memberi amaran.
"Fine! Aku belanja! Jom pergi kantin!" Amuk Yeonjun.
Bibir Jungkook dikucup sekilas. Jungkook pula hanya menunduk kerana malu.
"Malulah unnie ni.." ucap Jungkook sambil bermain-main dengan jari gadis itu.
"Noona lah Kook.. bukan unnie.. nanti Kook pilih je apa Kook nak tau, abang Yeonjun akan belanja." Kata gadis itu.
"Kookie nak biskut. Semua jenis yang ada kat kantin tu, boleh?"
Jaerim hanya mengangguk manakala mulut Yeonjun sudah melopong.
"Matilah aku. Biskut kat kantin bukannya murah. Mahal." Keluh Yeonjun perlahan.
"Bye unnie!"
Tangan Yeonjun dipeluk sebelum kepalanya dilabuhkan pada bahu Yeonjun. Namun segera ditepis perlahan oleh Yeonjun kerana tidak selesa.
"Jangan jadikan aku sejenis." Ucap Yeonjun. Jungkook hanya ketawa malah pelukan itu semakin dieratkan.
🌤️🌤️🌤️
Kaki melangkah masuk ke dalam rumah yang serba mewah. Hidup mewah tapi hidup tak bahagia, apa guna? Itulah yang terjadi pada Jaerim. Hidup dalam kemewahan tapi kekurangan kasih sayang dari orang tua cukup membuatkan hidupnya terumbang-ambing.
Malah, kejadian dia hampir diperkosa oleh sekumpulan lelaki juga tidak sedikit pun membuatkan keluarganya risau. Bahkan dirinya yang dituduh melakukan pergaulan bebas.
"Baru balik?" Soal si ayah sambil matanya tidak lepas dari memandang tajam ke arahnya.
Jaerim berdecit kesal.
"Papa bercakap, tolong hormat!" Jerkah tuan Kwon tatkala Jaerim mahu meneruskan langkahnya.
"Kau cuma papa tiri aku, kau tak ada hak nak tengking aku macam tu." Balas Jaerim.
"Ingatkan lepas kejadian tu, makin elok perangai tapi ni tak, makin menyebalkan." Ucap si ibu pula.
Jaerim tersentak. Si ibu yang berada disebelah si ayah dipandang dengan tajam.
"Kalau aku menyebalkan, kenapa kau tak buang aku waktu kau lahirkan aku? Kenapa kau tak bunuh je aku?" Soal Jaerim lalu airmatanya tumpah. Sejak ibunya menikah dengan lelaki itu, kebencian terhadap ibunya makin memuncak.
"Sebab bapak lembap kau, aku masih simpan kau!"
"Kau, ibu yang tak berguna!" Jerit Jaerim lalu pintu utama dituju.
"Selangkah kau keluar, kau bukan anak aku, Kwon Jaerim!" Langkah Jaerim terhenti. Sudut bibirnya terangkat.
"Kwon? Huh, anak kau? Selama ni, kau ada mengaku yang aku anak kau? Aku hampir dirogol pun kau tetap salahkan aku tak pandai jaga diri. Mana kau, waktu aku perlukan kau? Mana kau, waktu aku cuba larikan diri dari orang-orang yang cuba rogol aku?"
Mereka terdiam.
"Mana kau, waktu papa tengah nazak panggil nama kau? Mana kau, waktu aku perlukan kasih sayang seorang ibu? Tapi apa kau buat? Kau cintakan lelaki durjana tu, sampai kau buta! Kau tak kenal suami kau! Kau tak kenal anak kau! Kau curahkan sepenuh kasih sayang kau pada lelaki tak guna tu, yang sepatutnya kau curahkan kasih sayang kau pada aku! Ini ke seorang ibu yang dibanggakan!? Kau bahagia dengan diri kau sampai tak rasa derita yang kami alami!" Marah Jaerim.
Sabar ada tahapnya. Tetapi tidak bagi Jae, gadis itu sudah betul-betul tidak dapat menahan dirinya. Dia juga menginginkan keluarga seperti orang lain.
"Mulai sekarang, aku sendiri yang berani bersumpah yang aku bukan lagi anak kau. Remember one things, Mrs Chu. The pain you have created in my heart will not heal forever. When you're sorry, don't try to find me. I am no longer your child. Goodbye."
"Keluar! Dan segala kemewahan yang mama bagi kat kamu, akan hilang!" Jerit si ibu.
"Jae ada kaki dan tangan, Jae akan bekerja untuk dapatkan kemewahan tu semula. Kalau Jae miskin pun, Jae takkan mencuri." Balas Jaerim lalu keluar.
Chak! Muehehehe Harini kita rehatkan dulu 3 orang tu... Harini kita bagi peluang dekat Jae dulu...
So ada 3 patah perkataan untuk Jaerim, jungkook or Soobin?
Btw thanks for support! 😘
Don't forget to vote n comment!🙆💖
YOU ARE READING
BUKAN ANAK HARAM (JUNG HOSEOK ft KIM NAMJOON)
Teen Fictioncinta adalah sesuatu yang harus dirasakan... khianati cinta? ia akan sepahit kopi... palsukan cinta? selamanya tidak akan dipercayai lagi... musnahkan cinta? untuk mendirikan semula cinta itu amatlah susah... jadi jangan pernah mempermainkan cinta y...