Sayyidina Anas bin Malik r.a ialah seorang sahabat yang tidak dapat menyertai peperangan Badar. Beliau sedih tentang perkara itu dan mengutuk dirinya, "Badar ialah peperangan yang pertama dan agung dalam Islam sedangkan engkau tidak dapat menyertai peperangan itu."
Beliau bercita-cita sekiranya ada peperangan lain maka beliau akan tunaikan tuntutan semangatnya. Secara kebetulan peperangan Uhud pun tiba maka beliau telah menyertai peperangan itu dengan penuh kepahlawanan da keberanian.
Dalam peperangan Uhud, orang Islam telah menang pada permulaan perang itu. Namun, akibat satu kesalahan, orang Islam akhirnya kalah. Kesilapan tersebut berlaku sebegini, Rasulullah (ص) telah menetapkan beberapa orang di sebuah bukit yang tertentu. "Selagi saya tidak arahkan, kamu jangan meninggalkan bukit itu kerana musuh mungkin akan menyerang dari tempat itu."
Orang Islam telah menang pada mulanya. Kemudian apabila tentera-tentera yang berada di atas bukit melihat orang kafir melarikan diri maka kebanyakan mereka telah turun dari bukit dengan menyangka bahawa perang sudah berakhir. Oleh sebab itu, mereka berlari-lari mengejar orang kafir untuk mendapatkan harta rampasan. Ketua jemaah tersebut telah melarang, "Ini ialah larangan Rasulullah, kamu jangan tinggalkan tempat ini."
Walaubagaimanapun, mereka menyangka bahawa perintah Rasulullah (ص) hanya semasa pertempuran sahaja. Oleh itu, mereka turun dari tempat tersebut dan menuju ke medan.
Semasa melarikan diri, orang kafir ternampak yang bukit itu telah dibiarkan kosong lalu mereka datang dari arah tersebut dan membuat serangan.
Pada ketika itu, orang Islam berada dalam keadaan leka. Tanpa disedari, orang kafir telah melancarkan serangan mengejut dan ini menyebabkan orang Islam rasa tertekan. Tambahan pula, orang Islam berada di tengah-tengah orang kafir yang menyerang dari kedua-dua arah. Oleh sebab itu, mereka lari tidak tentu arah.
Sayyidina Anas r.a telah ternampak seorang sahabat, Sayyidina Sa'ad bin Mu'az r.a datang dari arah hadapan. Beliau berkata, "Wahai Sa'ad, kemana hendak pergi? Demi Allah, keharuman syurga sedang datang dari arah bukit Uhud."
Setelah berkata demikian, beliau menyerbu ke arah kumpulan orang kafir dengan pedang yang masih terhunus di tangan. Selagi tidak syahid selagi itu beliau tidak pulang. Setelah gugur syahid, didapati badannya telah cedera parah. Terdapat lebih daripada 80 liang luka pada badannya akibat terkena pedang dan anak panah. Saudara perempuan beliau sahaja yang dapat mengenali beliau melalui hujung jari beliau.
KETERANGAN
Orang yang terlibat dengan kerja-kerja Allah. (kerja agama) dengan ikhlas dan keinginan yang sejati akan merasai kelazatan syurga dalam dunia ini lagi. Sayyidina Anas r.a mencium bau syurga semasa hidup di dunia lagi. Sekiranya kita juga menjadi orang yang ikhlas maka kelazatan syurga akan dikecapi di dunia ini lagi.
Maaf ya jika Typo . Jangan lupa vote ya 😁 Harap bermanfaat .
YOU ARE READING
FADHILAT AMAL
Historia CortaKisah-kisah dan Kehidupan Nabi Muhammad (ص) dan Para Sahabat. Serta Perjuangan Mereka untuk Menyebarkan dan Mempertahankan Agama Islam yang benar. Jom terus menghayati kisah hidup Rasulullah dan Para Sahabat. Semoga bermanfaat.... ☺