APRIL memandang Jesse dengan wajah resah. "Kau yakin kau nak pindah ke bangunan pakar perubatan?"
Saat ini, April dan Jesse sedang berada di sebuah perpustakaan. Kerana perpustakaan itu lenggang, Jesse dan April mengambil keputusan untuk melepak di sana.
Lagipun, Jesse yakin kalau Vernon dan kawan-kawannya tidak akan datang ke perpustakaan ini. Orang-orang yang seperti mereka itu tidak akan menjejakkan kaki mereka ke tempat ini.
Jesse mengangguk kecil. "Of course, April. Saya berminat nak jadi seorang pakar perubatan dan saya ingin berpindah ke bangunan pakar perubatan..."
April memandang Jesse dengan wajah curiga. Dia hairan mengapa Jesse tiba-tiba mahu berpindah ke bangunan pakar perubatan pula.
Bangunan pakar perubatan bersebelahan dengan bangunan ketenteraan. Pakar perubatan hanya beroperasi setelah perang. Mereka akan merawat para tentera yang dihantar dari medan perang ke bahagian hospital atau penduduk yang terluka saat diserang dengan Dark Monsters.
Jesse pula tiba-tiba berubah fikiran dan mahu menjadi seorang pakar perubatan setelah mereka berjumpa dengan Aaron tadi. Saat nama Aaron muncul di otaknya, saat itulah sesuatu muncul di mindanya.
April memandang Jesse lagi dengan mata yang dkecilkan. "Atau kau sengaja nak pindah ke bangunan pakar perubatan sebab Senior Aaron? Kau sudah jatuh cinta dengan Senior Aaron ke? Kau sudah tukar target kau dari Vernon kepada Senior Aaron?"
Serentak dengan itu, Jesse menggunakan buku yang dia pegang dan dipukulnya kepala April dengan buku itu.
April mengaduh kesakitan seraya memegang kepalanya yang dipukul.
"Jatuh cinta kepala otak kau! Siapa cakap saya nak pergi ke sana sebab lelaki tu!? Saya memang nak pergi ke bangunan pakar perubatan sebab saya nak jadi seorang pakar perubatan. Alasan senang begitu pun kau nak keliru?" kata Jesse dengan wajah bengang.
"Yalah, apa taknya. Kau yang tiba-tiba nak jadi pakar perubatan. Memanglah saya rasa pelik..."
Jesse menjulingkan matanya dengan wajah tidak puas hati. "Apa yang pelik dengan jadi pakar perubatan, April? Jadi seorang pakar perubatan itu tidak terlalu buruk!"
April mendiamkan diri, berfikir tentang kata-kata Jesse tadi. "Tapi kau tidak akan dapat masuk ke medan perang lagi kalau kau jadi pakar perubatan..."
"Bukankah itu bagus? Setidaknya saya tidak perlu risaukan keselamatan saya semasa saya di medan perang. Apa bezanya jadi X-Forces dan pakar perubatan? Kedua-dua bidang ni ialah nak selamatkan nyawa orang ramai. Kalau saya jadi pakar perubatan, setidaknya saya boleh selamatkan orang ramai di bahagian hospital... Bukan macam tentera, saya kena pergi ke luar sana dan harus bertarung dengan... Dengan Dark Monsters tu!"
Suara Jesse terdengar tegas dan penuh dengan amarah. 'Come on! Saya baru saja datang ke dunia ni dan saya tidak tahu apa-apa tentang bertarung. Kenapa saya perlu bahayakan nyawa saya pergi bertarung dengan Dark Monsters tu? Bukankah lebih baik kalau saya jadi pakar perubatan saja?'
April memandang Jesse dengan wajah terkelu. Dia tidak faham kenapa Jesse tiba-tiba mengatakan seperti itu. "Saya tidak faham..."
Jesse menoleh semula ke arah April.
"What? What you didn't understand about?""I don't understand why you were like this, Jess. Sebelum kau masuk hospital, kau seorang yang pemberani dan bangga menjadi seorang tentera X-Forces. Kenapa... Kenapa kau cakap begini seolah-olah kau sudah tak mahu jadi tentera X-Forces?" tanya April.
"Mungkin itu masalahnya April," keluh Jesse. "Sebelum saya sakit dan selepas saya sakit adalah berbeza. Mungkin sebelum saya sakit, saya mahu jadi tentera X-Forces sebab saya mahu Vernon sedar dengan kehadiran saya. By liking him, I have my motivation to go forward and maintain my strength. Tapi lepas saya keluar dari hospital tu, saya sedar... Vernon tak akan pernah ada perasaan pada saya seperti mana saya ada perasaan pada dia..."
YOU ARE READING
2. Season 1 : This Is My Fate
مغامرة(SEASON 1 : The New Beginning) Roh Jesse masuk ke dalam badan seorang wanita cantik dan kuat yang bernama Jessica. Jessica meninggal kerana dia membiarkan dirinya berlapar selama dua minggu, tanpa makan dan tanpa minum. Jesse merasa perbuatan Je...