SETELAH makan malam itu, Jesse dan April pergi berjumpa dengan seorang Jeneral yang boleh membantu mereka berpindah ke bangunan perubatan.
Tapi mereka belum pun pergi jauh dari dewan makan bila mereka ditahan pula dengan dua orang perempuan.
"Kau ingat kau dapat lari lepas apa yang kau sudah buat di dewan tadi?" tanya perempuan berambut keriting halus dan berdiri di depan Jesse dengan wajah marah.
Jesse yang tidak tahu apa hubungan perempuan itu dengan insiden di dewan makan tadi, hanya memandang perempuan itu dengan wajah bingung. 'Siapalah perempuan ni? Masa saya nak cepat juga yang dia nak sibuk halang orang!'
"Siapa yang nak lari, wei? Saya cuma ada benda yang nak settle, okey? So boleh ke tepi tak? Saya nak cepat," kata Jesse dengan suara yang tidak sabar.
Perempuan berambut keriting tadi tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh. "Kau nak cepat? Padan muka! Saya akan balas dendam sebab apa yang sudah kau buat pada Robin tadi!"
"Robin? Kau nak balas dendam sebab lelaki tak guna tu?" tanya Jesse dengan wajah keliru dan meluat.
"Fenny, jangan nak cari hal boleh tak? Kami nak cepat ni! Kami ada hal nak jumpa dengan Jeneral Han," kata April pula.
Fenny, perempuan berambut keriting halus tadi menjeling ke arah April dengan wajah tidak peduli. "Jangan nak sibuk, boleh tak? Kau kan selalunya berlagak diam saja, kenapa sekarang kau nak bising pula?"
Jesse terus maju ke depan dan memandang Fenny dengan wajah bengang. "Oi, cakap baik sikit ya? Kau tu yang kena diam! Tolong ke tepi selagi saya masih minta dengan baik!"
Fenny dan kawannya tadi, Aira hanya memandang Jesse dengan sengihan sinis. "Selagi kau minta dengan baik? Kalau saya tak nak juga, apa kau nak buat? Kau nak pijak kaki saya macam yang kau buat pada Robin?"
"Memang patut pun lelaki tu kena habuan tu dari saya. Kalau kau peduli sangat pada dia, baik kau lawat lelaki tu dan periksa kaki dia. Siapa tahu kalau kaki dia tu luka? Esok-esok bengkak, jangan kau datang balik jumpa saya sebab nak balas dendam ya?" balas Jesse dengan sinis.
Dia semakin hilang sabar berhadapan dengan Fenny dan Aira. Dia mahu cepat sampai ke pejabat Jeneral Han dan memberitahu hasratnya ingin menjadi seorang pakar perubatan. Tapi Fenny pula sengaja mahu melambatkan pergerakan Jesse.
Jesse mencuba berjalan ke arah lain, mahu menggunakan jalan lain tapi Aira pula berdiri di depan Jesse lagi, menghalang setiap jalan untuk Jesse keluar.
"Jangan ingat kau boleh pergi selagi benda ni tak settle!" ujar Fenny dengan bengis.
Jesse mengeluh, sampaikan kepalanya ditolak ke belakang saat keluhan kesal dilepaskan. "Oh God, Fenny! Kau ni pekak atau tak faham bahasa ya? Saya sudah cakap tolong ke tepi! TOLONG KE TEPI!"
Fenny semakin suka melihat Jesse yang hilang sabar itu. Tidak sedikit pun perasaannya ingin berganjak ke tepi.
"Siapa pula kau sampai saya perlu dengar cakap kau?" tanya Fenny dengan angkuh.
Jesse memandang Fenny dengan wajah marah. Dia sudah tidak tahan, perempuan di depan dia ini perlu diberikan pelajaran.
Dengan cepat Jesse mencengkam kedua bahu Fenny dengan kuat, meletakkan kaki kirinya di belakang kedua kaki Fenny dan dengan sekali tolakan, badan Fenny sudah pun jatuh terjatuh ke belakang.
Semuanya berlaku dalam sekelip mata, Fenny tidak sempat melakukan apa-apa dan sesaat kemudian, badannya sudah pun jatuh ke atas lantai.
Aira yang melihat Jesse menyerang Fenny, mencuba untuk membantu Fenny tapi April menghalang dia.
YOU ARE READING
2. Season 1 : This Is My Fate
Adventure(SEASON 1 : The New Beginning) Roh Jesse masuk ke dalam badan seorang wanita cantik dan kuat yang bernama Jessica. Jessica meninggal kerana dia membiarkan dirinya berlapar selama dua minggu, tanpa makan dan tanpa minum. Jesse merasa perbuatan Je...