𝐶ℎ𝑎𝑝𝑡𝑒𝑟 4

15 3 0
                                    


> ʙʟᴏᴏᴅ <

.

.

.

ʜᴀᴘᴘʏ ʀᴇᴀᴅɪɴɢ


Rasanya Renjun ingin sekali menjahit mulut menyebalkan seorang Lee Haechan-

"HAECHAN BERHENTI MERUNGUT ATAU KU JAHIT MULUTMU ITU!"

Renjun berujar marah kerana sudah lelah mendengar rungutan seorang Lee Haechan yang tiada hujungnya.

"Ini sungguh panas aku seperti terbakar" balas Haechan sesekali mengelap dahinya yang berpeluh. Euh kenapa hari ini sungguh panas..

"Kenapa hyung mengajak kami ke sini jika tidak ingin panas?" tanya Jisung yang paling muda diantara mereka berlima.

Kenapa hanya lima? Kerana mereka tidak melihat kelibat rakan berambut biru mereka lagi. Hampir pukul 9 tapi rakan mereka itu tidak muncul lagi.

"Kau menunggu Jeno ke Haechan?" tanya Jaemin.

"Buat apa tunggu si sepet tu aku tunggu Markeuu hyung!" balas Haechan teruja menyebut nama Mark. Renjun dan Jaemin hanya memutar mata mereka malas meladani sikap fullsun satu ini.

"Jeno hyung akan memarahi mu hyung" ini Chenle yang berkata setelah sesuka hatinya mengambil kipas di tangan Jisung. Jisung? hanya cemberut dirinya juga panas tahu?!. Haechan hanya memutar bola matanya malas. Dirinya tidak takut bila berurusan dengan Jung Jeno.

"Eh.. tu kereta Mark hyung bukan?" tanya Jisung menunjuk kereta Audi RS7 berwarna hitam memasuki lama sekolah mereka. Siapa lagi yang memakai kereta tersebut kalau bukan Mark Jung?

"Iya be-

"Arkkk Markeuuu hyung!!" sudah tentu kalian tahu itu suara siapa. Dengan laju melangkahkan kakinya mendekati dua namja yang turun daripada kereta Audi RS7 hitam itu.

"Donghyuck kalau kau sentuh hyung-ku aku akan patahkan tangan kau!" kata Jeno setelah menghalang Haechan yang berusaha mendekati abangnya. Ingin sekali dirinya memukul namja itu. Sabar Jeno sabar bulan puasa ni. Eh?

"Jung Jeno gila kau ni!" Haechan merengus marah lalu dengan kekuatannya menolak tubuh Jeno yang lebih besar darinya ke tepi. Siapa kata si namja beruang itu tidak kuat? Buktinya dirinya dengan mudah menolak Jung Jeno yang lebih besar daripadanya.

"Yakkk! Menjauhhh kau beruang hitam!" jerit Jeno lalu menarik Haechan yang memegang lengan Mark dengan kuat. Si tuan lengan hanya pasrah ditarik tarik. Dua namja itu tidak malu sungguh menjadi tontonan ramai. Lelah Mark..

"Na teruskan.." arah Renjun. Yang disuruh terus melakukan aksinya mendekati dua namja yang saling tarik menarik itu. Seterusnya-

"A-ADUHHHH NANA LEPASSS!!!"

"SAKIT WOII AAAAAAA!"

"Tahu kan sakit? Apa korang berdua tak tengok Mark hyung terseksa. Kesian betul Mark hyung kenal korang dua ni!" Kata Jaemin sambil tetap menarik telinga mereka berdua dengan kuat. Jisung dan Chenle yang melihat terus merinding. Tidak ingin berurusan dengan namja bermarga Na itu. Intinya sangat seram..

•ʙʟᴏᴏᴅ - &lt; 𝐍𝐂𝐓 &gt;Where stories live. Discover now