❀
Lee Taeyong merenung gadis yang sedang tidur di dadanya itu. Jari lentiknya naik mengusap rambut hitam pekat milik Hanseul lembut. Satu senyuman manis terukir dibibirnya sebelum dia menempatkan satu ciuman singkat di dahi gadis itu. Lelaki itu menguak rambutnya kebelakang sebelum wajah gadis itu ditenungnya lama. Jarinya dijatuhkan pada pipi gadis itu sebelum disentuhnya pipi merah gadis itu. Comel, desisnya.
Badan gadis itu mengeliat kecil membuatkan lelaki itu menjadi sedikit gelabah. Tanganya laju menepuk bahu gadis itu berulang kali sambil mulutnya ligat menyebut perkataan yang sama. "Shhh, Tidurlah. Tidur", Bisiknya. Dia risau sekiranya apa yang dilakukanya tadi menganggu waktu rehat gadis itu. Melihat keadaan gadis itu kembali seperti biasa membuatkan dia berasa lega.
Telefonya yang berada di sebelah katil itu dicapai sebelum dia membuka password telefonya. Camera dibuka sebelum telefonya diarahkan pada wajah gadis itu. Bunyi camera ditekan menandakan wajah gadis itu sudah selamat digambar dalam telefonya. Dia tersenyum puas selepas wallpaper telefonya ditukar. Lehernya diregangkan sebelum pipi gadis itu dicium sekali.
Entah kenapa setiap kali melihat gadis itu, Dia tidak boleh menahan diri sendiri daripada mencium atau memeluk. Huh, Jangan tanya kenapa. Lelaki ketawa kecil pabila dia mengigati saat dimana dia mencium bibir gadis itu ketika mereka berada di dapur.
"Umphh, Taeyong..".
Ciuman itu dilepaskan untuk seketika membuatkan gadis itu tersentak.
"Nampaknya kau suka, kan Hanseul?..", Soal Taeyong membuatkan gadis itu menelan liur perit. Dia ketawa kecil sebelum tanganya mengusai rambut gadis itu yang terjuntai. Pantas gadis itu mengeleng kepalanya.
"Aku tak pernah suka lelaki gila macam kau, Tak tahu malu. Cium anak dara orang sesuka hati", Tempiknya namun hanya dibalas dengan gelak ketawa lelaki itu.
"Kau menipu lagi", Ucapnya, Sebelum bawah bibirnya yang kering dijilat dengan penuh sensual. "Buang masa kau menipu, kau rasa kau garang sebaliknya aku rasa perkara itu terlihat comel", Dia mengusap rambut gadis itu sebelum badanya ditundukkan, menyamai ketinggian gadis itu.
"Kalau kau suka, Mari lakukanya tiap tiap hari. Aku setia menerima sayang".
Matanya disebelah kiri dikenyitkan sebelum dia mendarat satu lagi ciuman ringkas di bibir merah jambu milik gadis itu.
"Urghh! Lelaki gila!".
Taeyong tersengih sendirian. Badanya diputarkan menghadap belakang gadis itu sebelum tanganya melingkari pinggang ramping milik Hanseul. Bibirnya didekatkan pada belakang leher gadis itu sebelum hidungnya menghidu haruman Lavender yang melekat di badan gadis itu.
Matanya ditutup rapat.
Kemudian, dia tertidur.
❀
happy 3k :)
YOU ARE READING
Fuckboy
Hayran Kurgu❝Kalau dulu aku membenci, sekarang aku mencintai kamu dari apapun ❞ ©neoculturetechnology | 2021 project