DR JEON 16

213 51 3
                                    


[ Doctor Jeon | jjk ]

"Kau jinak, aku jinak. Hm?" Suara itu kerap kali menerpa pendengaran aku.

Setiap kali aku menoleh hendak melihat si empunya suara, aku pasti akan terjaga.

Tapi, kali ini aku dapati diri aku dikurung di dalam sebuah bilik serba asing.

Celik sahaja mata aku, suatu cahaya terang memancar tepat ke arah aku. Buatkan aku segera memejam mata.

Sehinggalah telinga aku menangkap bunyi suis ditekan. Sekelip mata ruangan sempit yang terang benderang bertukar gelap.

"So, should we start, my dear?" Suara itu seolah olah mendesak aku untuk membuka mata. Hendak tak hendak aku gagahkan diri untuk segera mencelikkan mata.

Tak semena mata aku terbuntang.

"Kau.. Taehyung?"

***

"Still remember me? Good job." Taehyung menarik senyuman sedang matanya lurus memandang jarum suntik di tangan.

Tanpa sebarang isyarat, jarum itu disuntik ke lenganku.

Sebelum kelibatnya beredar ke katil yang diletakkan bersebelahan dengan aku.

Aku dengar dia berbicara seolah olah ada manusia lain di dalam bilik ini.

Sedangkan di sini cuma ada kami berdua.

"Aku akan selamatkan kau, sayang. Tunggu, sekejap saja lagi. Okey?" Ayat itu kerap kali diulang oleh Taehyung.

Aku perhati perilakunya mengusap bantal sedang mata aku semakin kuyu.

Entah mengapa, perilakunya tiba tiba mengingatkan aku kepada lelaki yang aku gelar Doktor Jeon.

Dia masih belum berubah. Dia masih sama.

Taehyung, kau pengangkaranya, bukan?

Tbc

[✓] DR JEON - JKWhere stories live. Discover now