#13 SA

38 8 13
                                    

Ieren pov

Aku...

Makin sunyi...
Makin hilang arah...
Makin tak tahu apa yang harus aku buat sekarang...

Antara,

Mempercayai dia
atau
Membenci dia...

"Sayang..buka pintu ni. Please, I'm sorry."

"Not now Fadh. Go away from me!"

Entah mengapa hati aku berat untuk aku mengucapkan ayat itu. Namun mulut laju saja melakukan kerjanya.

"Papa Fadh. Aiman lagi...semua salah saya! Saya yang tak sepatutnya hidup bukan dia orang!" aku menangis lagi.

No Ieren, awak sepatutnya hidup untuk selamatkan saya. Untuk jadi ibu kepada Aimi. Untuk begitahu bonda segalanya tentang kita. Untuk jadi penyeri semua orang. Please don't do stupid thing! Fayyadh berkata dalam hatinya.

"Abang faham. Bila Ieren dah okay, tengok ni. Assalamualaikum." Fayyadh menyelit sebuah surat dan seutas rantai milik aku melalui bawah pintu.

Aku hanya diam. Masih terbaring di atas katil dan menangis. Selepas setengah jam kemudian barulah aku bangun dan kebilik air. Memuntahkan isi perut. Mual dan...

"Ahh..." Aku memicit kepala yang terasa pening. Aku kembali terbaring. Ditangan aku ada seutas rantai milik aku yang telah lama hilang dan sehelai surat. Laptop diambil. Aku menekan butang yang ada di loket berbentuk segi empat tepat itu. Dimasukkan pula ke laptop.

Ada tiga video didalam fail itu. Ditekan video pertama.

"Assalamualaikum, anak papa. Harap kamu masih sihat, Rin." Suara papanya yang sudah lama tidak didengari.

"Mestilah sihat papa! Fadh yang jaga tu." Suara abangnya Naim pula kedengaran.

"Rin...papa nak cakap. Mungkin waktu ni Rin tak dapat terima lagi kehilangan Aiman. Tapi sayang, Aiman pasti tak nak tengok ibu dia sedih kan? Jadi senyum dan teruskan hidup. Jangan terus menerus salahkan diri Rin. Tak elok, Allah larang."

Video kedua pula dimainkan.

"Papa harap sangat Ieren dapat jumpa Faris. Berkat usaha Fayyadh. Faris dah dijumpai. Tapi papa tahu papa tak dapat jumpa dia. Jadi papa wakilkan Ieren untuk kirim salam dan sayang dia sebaiknya."

"Never forget your twin, Ieren."

Air mata mula jatuh. Namun dibiarkan sahaja. Aku tetap meneruskan dengan video ketiga.

"Ieren, papa tahu papa dah tak banyak masa dengan Rin. Uhuk-uhuk..."

"Papa, sudah lah tu." Jelas terakam abangnya memberi ubat kepada ayahnya.

"Papa, harap Ieren jangan lupakan Fayyadh, Aimi. Dia orang perlukan Ieren dan Ieren pun perlkan dia orang. Jangan merajuk lama, tak baik tau. Uhuk-uhuk...papa harap jaga lah mereka. Moga Ieren jumpa Faris dan kawan-kawan Ieren balik. Love you sayang."

"Love you too pa..." Aku semakin galak menangis.

"I'm sorry." Muncul suara lain. Fayyadh memeluk badan aku dari tepi. Tanpa disedari masing-masing tertidur.

...

Fayyadh pov

"Sayang...wake up. Subuh..." Aku mengusap lembut rambut Ieren. Dahi si isteri dicium lembut.

"Hm....huargh!! Subuh dah?" Terpisat-pisat Ieren membuka mata.

"Ye, sayang. Jom solat jem--" Belum sempat aku menghabiskan ayat, Ieren terkocoh-kocoh lari kedalam bilik air.

2 | AgentWhere stories live. Discover now