Klara letakkan barang-barangnya ke dalam khemah dia dan Ezzy. Beg mereka disusun dengan kemas di tepi khemah supaya tak mengganggu mereka hendak baring nanti.
Beg belakang yang dia bawa dikembur. Sudah lima minit dia buat begitu, tapi buku yang dia cari tu masih tak jumpa-jumpa.
Pelik, rasanya dia tak ada pun keluarkan tadi. Memang sepanjang perjalanan dalam bas sampailah mereka dah sampai sini, dia tak ada keluarkan pun buku tu.
Jadi, mana?
Tak boleh jadi ni, buku tu sangat penting untuk dia. Dalam buku tulah, terkandung sebab kenapa dia bencikan Qayra.
Mungkin dulu mereka kawan baik, tapi sekarang tak lagi. Tak selepas kebenaran yang selama ni buat dia tertanya-tanya akhirnya terjawab.
Kebenaran yang menyakitkan.
Dan sebab kebenaran tulah, dia nak buat Qayra sakit.
Supaya dendam dia selama ni dapat dilepaskan.
Klara berjalan agak jauh dari tapak perkhemahan. Merayau sambil cari buku dia. Dia dah tanya semua orang dekat tapak perkhemahan, tapi tak ada sesiapa yang nampak buku tu.
"Kau ni Amry, terkejut aku- eh kau buat apa kat sini?!"
Sayup-sayup kedengaran suara seseorang yang dia kenal. Klara mencari arah suara yang dia dengar tadi.
Selepas beberapa saat, dia ternampak dua figura manusia sedang duduk di atas bangku berdekatan tasik. Berdua-duaan.
Qayra dengan seorang lelaki yang dia tak kenal. Rasanya fasi yang bakal jaga diorang nanti sebab dia ada namoak lelaki tu tadi dalam bas.
Telefon dalam poker dikeluarkan. Klara senyum sinis. Beberapa gambar diambil secara rahsia dari sudut belakang. Ada antara gambar yang nampak mereka sedang berborak dengan gembira sehingga menampakkan wajah Qayra dan lelaki itu sedang gelak.
Selesai mengambil gambar, perlahan-lahan Klara beredar dari situ. Gambar yang diambil dia tenung lama.
Qayra, kau tengah gembira sedangkan aku menderita? Kau boleh gelak lepas tahu cerita betul?
Kau boleh gelak sedangkan kaulah penyebab aku kena buang dengan mak ayah aku sendiri?
Kau boleh gelak lepas kau bunuh ayah dan kembar aku?
Barang tajam dalam poket disentuh. Klara senyum sinis. Sabar Qayra, sikit je lagi masa dan aku boleh tengok muka kau merayu minta aku lepaskan kau.
Oh wow, tak sabarnya!
Klara berjalan seorang diri sehingga sampai semula ke tapak perkhemahan. "Klara!," panggil Ezzy dari jauh.
"Apa?!"
"Ni buku kaukan?," buku berwarna biru muda itu diangkat ke udara. Klara senyum gembira. Nasib baik tak hilang!
"Haah. Thanks Ezzy," dia menghampiri Ezzy dan mengambil buku tersebut.
Wajah Ezzy berubah sedikit mendung. "Klara, aku nak tanya sikit boleh?"
"Asal?"
HAYATO duduk termenung di dalam khemah bersama Izumi. Hari dah malam, tapi dia masih tak boleh tidur.
Izumi jangan cakaplah, masuk khemah je terus baring. Tau-tau dah tidur nyenyak.
Hayato meregangkan otot-otot badannya yang sedikit tegang. Penat duduk dalam bas je dari pukul lima petang tadi. Sekarang dah lapan malam, pelajar-pelajar pertukaran Jepun baru je sampai.
"Tidurlah baka," suara Izumi perlahan kedengaran. Dia bangun sebentar dan membetulkan kedudukan selimut yang mendedahkan sedikit kakinya.
Hayato mengabaikan Izumi. Taulah hobi tidur, benda baru pukul 9 dia dah tutup mata dulu. Awal betul.
"Awal lagi ni. Aku nak keluar kejap," Hayato bangun dan keluar dari khemah. Kemudian, dia mendapat satu idea.
"Izumi, jalan-jalan dengan aku jom. Kau suka Goukan? Alang-alang tu boleh pergi jumpa dia," mata Izumi terus terbuka. Matanya bulat menandang Hayato.
"Ma– mana ada aku suka dia," Izumi menggeleng sambil lengan kanannya digosok-gosok.
Hayato senyum sinis. Nak tipu pun agak-agaklah. Kalau setiap kali dengar perkataan 'Gou' muka bukan main happy, tak suka jadah apa?
"Habis tu nak ikut tak ni–"
"Nak!," laju Izumi bangun. Mata pun automatik jadi segar. Hayato geleng tengok Izumi. Dasar pentingkan crush.
Mereka berdua keluar dari khemah. Pusing-pusing sekitar tempat perkhemahan untuk tengok keindahan alam semula jadi apa yang ada dekat situ.
Kening Izumi berkerut. Dia mendekatkan mulutnya ke telinga Hayato. Suara dikeluarkan dengan nada berbisik. "Kata nak jumpa Gou!"
Hayato jelir lidah. "Tu kejap lagilah. Aku nak jumpa crush aku juga."
Izumi ketap gigi sambil mukanya beriak geram. Siaunya member seorang ni. "Kau tipu aku!"
"Tak tipu okay. Aku kata kejap lagi. Kejap lagi. Nak aku eja? K–"
"Tak payahlah!," Izumi menjeling Hayato. Kat sini ada kayu tak? Rasa nak pukul orang pula.
"Hayato, kau kata kau ada crush? Where? Jepun ke sini? Kenapa aku tak tau?"
"Sebab aku tak bagitau kaulah. Dan shh, rahsia. Aku takkan bagitau siapa aku suka dekat orang macam kau."
"Orang macam aku? Kau ni–," muka mereka didekatkan sebelum seseorang mengacau perbualan mereka.
"Ehem. Perempuan ada banyak ni janganlah ambil lelaki je," suara perempuan dari belakang mengejutkan mereka.
"Eh Qayra, sejak bila kau kat sini?," automatik mereka menjauh. Hayato gosok belakang kepalanya sambil tersengih.
"Baru je. Aku tengah on the way nak balik khemah ni," balas Qayra. Hayato angguk kepalanya perlahan. Dia kemudian tersedar ada seorang lagi lelaki bersama mereka sedang berdiri disebelah Qayra.
"Siapa ni?," dia tunjuk ke arah Amry yang sedang senyum lebar ke arahnya.
"Aku Amry. Fasi camp korang," Amry memperkenalkan diri. Dia senyum jahat sehingga menampakkan barisan gigi atas dan bawah yang putih.
"Subjek?"
"Addmath," terbuntang mata tiga remaja tadi.
"Kau? Addmath?," soal Qayra. Dia pandang Amry atas bawah. Tak percaya lelaki macam ni nak ajar diorang subjek pembunuh tu.
"See the facelah! Muka kacak macam ni mestilah power subjek addmath," Amry senyum bangga. Gila tak bangga dari form 1 addmath tak pernah gagal.
"Aku balik khemah dulu."
"Jangan ignore akulah!," Amry menyaingi langkah Qayra yang sudah beberapa langkah kedepan darinya.
Hayato cuma lihat gelagat mereka. Dia tersenyum manis, tapi tak tahu kenapa ada rasa pahit.
"Dah jumpa crushkan? Ha aku pula," Izumi menarik tangan Hayato secara tiba-tiba. Hayato yang tak ada persediaan, hampir tersadung kaki sendiri.
Dia cuma ikut langkah Izumi untuk pergi ke Gou. Dia masih tak dapat nak lupakan wajah Amry.
Siapa dia? Macam mana Qayra boleh berbual biasa dengan dia? Kalau orang yang baru kenal, mestilah masa awal-awal berbual awkward.
"Hayato, kau kata abang Qayra Hakeemkan?," soal Izumi dengan nada serius. Pergerakan dia juga dah jadi semakin perlahan.
Hayato angguk dalam diam. Dia tau apa yang Izumi nak cakap.
Beberapa saat masa berlalu sebelum Izumi berhenti berjalan. Dia berpusing ke belakang, menghadap Hayato.
"Kau perasan tak, muka diorang sama?"
– malas nak transfer dia jadi bahasa jepun dengan english, so bayangkan jela diorang memang berbual dalam dua bahasa tu HAHAHAHA
YOU ARE READING
MAKE YOU MINE [ discontinued ]
Ficção Adolescente- sad to say, it's all a lie [ discontinue ] Ini cerita tentang Qayra Amalin, seorang gadis biasa yang dibenci emaknya. Dia hidup berdua di dalam satu rumah bersama abangnya. Hadirnya Aatiq Zafran, si pengawas biasa yang menerima cabaran Qayra untuk...