Jimin melihat bayang-bayang tubuhnya sendiri di cermin, lalu jejaka itu melepaskan keluhan berat sambil memperbetulkan tali leher. Semenjak kebelakangan ini, kepalanya sering sakit sehingga tidak lalu nak makan.
Seseorang menghulurkan dua biji pil ubat Panadoleh termasuk segelas air dari arah sisi. Jimin terhinjut kecil.
"Sejak bila kau masuk?" soal Jimin dan mengambil saja pil tersebut untuk dimakan.
"Taknak kau sakit hurm." omel Taehyung dengan bibirnya mencebik. Pakaian sut hitamnya masih tidak ditukar, mesti baru balik daripada mana-mana misi. Maklumlah, jejaka mafja berkod 05 tu kian sibuk mengawal anak buahnya yang semakin beranak-pinak.
"Aku ok. Sakit kepala je---"
"Sakit la tu! Syh! Kalau aku cakap kau sakit, kau kena sakit! Ara ara??!!" bentak Taehyung dan beracah nak tampar permukaan meja tanda protes. Jimin sekadar berkedip mata, mahu dilayan saja perangai Taehyung memang tidak akan rileks.
Seseorang pula datang membuka pintu, serentak Jimin dan Taehyung mengalihkan pandangan ke arah muka pintu. Mereka membisu selama 10 saat.
Jejaka itu hanya menunduk dan meluru ke arah meja untuk mengambil sesuatu di dalam laci. Taehyung dan Jimin langsung tidak berkata sepatah, terus menumpukan perhatian ke arah manusia yang sedang bergerak-gerak disebalik meja tersebut.
"Emm ada nampak kunci bengkel lama? Di mana?" soal Jungkook dengan kata yang terkebil-kebil. Sepertinya mahu menangis kerana kedua-dua matanya sudah berkaca.
"Oh ya ada dengan aku. Kau nak buat apa?" baru saja Taehyung mengeluarkan kunci daripada poketnya, Jungkook menyambar kunci tersebut dengan gelabah biawak. Taehyung terkejut.
"Oh goshh!! Hampir saja gue mahu dibunuh Namjoon hyung!" Jungkook memeluk kunci bagaikan anak patung. Itu membuatkan kedua-dua abangnya yang masih berada di situ saling berbalas pandangan. Takut juga dengan reaksi aneh adik lelaki bongsu mereka itu.
"Kepala kau ok je kan? Jangan makan aku." soal Taehyung, Jungkook membalas pandangan maut. Perlu ke nak ditanya soalan sebegitu?
"Kenapa kau tak gitau aku yang kunci ni ada dengan kau??!! Penat aku cari grrr mengamuk nanti Namjoon hyung! Dah la dalam bengkel tu ada bilik senjata bawah tanah erhh."
"Kau tak tanya awal-awal." balas Taehyung sambil mengangkat kedua-dua bahunya dengan lidah menjelir. Jungkook bernafas kencang, hampir saja mahu disepak Taehyung ke luar tingkap. Boleh pula dia simpan kunci bengkel itu tanpa pengetahuan mereka yang lain.
"Kalau kau nak sepak dia, aku boleh tolong join." celah Jimin dengan sengihan. Jungkook juga tersengih. Taehyung berdecit, sejak bila diorang plan nak sepak dia ramai-ramai?? Diam menyepi, tiber saja nak sepak dia. Dalam perbualan mereka, muncul pula seorang lagi dengan rambut yang serabai.
"Jaeee!!! MY BOO!!" jerit Taehyung keriangan dan berlari anak ke arah Jaerim yang baru tiba di dalam bilik rehat tersebut. Didakap tubuh si puteri itu dengan erat, berpusing-pusing mengalahkan puting beliung.
"Sorry baru balik, sumpah letih harini." keluh Jaerim. Segera Jimin meluru ke arah Jaerim untuk membantu gadis itu menanggalkan kot hitamnya lalu digantung di tempat penggantung baju. Jaerim menghempas tubuh ke atas sofa bagi melepaskan penat. Jimin datang semula dan menghulurkan segelas air kepada Queen Black Ares yang keletihan tersebut.
YOU ARE READING
°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔
FanfictionSemua akan berulang semula, mungkin lebih menyakitkan. Pengembaraan apa pula yang akan dihadapi oleh si gadis kecil ini? I mean ya Yoo Jaerim~ Start: 15/03/20 End : 15/01/21