Flame 20 | My time

1.1K 150 188
                                    

Chapter 20

Gerard terseret beberapa depa ke belakang saat pedangnya ditolak kuat oleh Alvarez. Mata merah dihadapannya merenung dengan perasaan membunuh yang kuat.

Alvarez tidak membuang masa, Duarte dihunus sebelum dirinya memecut kehadapan. Gerard bersiap sedia untuk menerima serangan susulan, namun matanya terbutang apabila Alvarez hilang daripada pandangan!

"Apa yang-!"

SWOOSSSHHHHHHHH!!!

Gerard mengelak sipi serangan daripada belakang! Jika tidak dielak, pasti tubuhnya sudah terbelah dua secara menegak! Lihat sahaja tanah yang merekah akibat hentakan pedang tersebut!

"Tch."

Alvarez berdecih sebelum melancarkan serangan seterusnya. Setiap pergerakan berpedangnya, di ajar tegas oleh Ayrez. Setiap pergerakan yang ditunjukkan gurunya, dipraktikan sehabis baik.

KTANGGGG!!

KTANGGGG!!

Dua bilah saling bertembung. Percikan api kecil terhasil akibat hentakan demi hentakan! Alvarez memutarkan pedangnya lalu dilibas secara serong!

SLASHHHHHH!!

Gerard mengelak di saat akhir lalu mengayunkan kakinya pada kepala Alvarez! Namun, seranganya ditahan kemas sebelum dagunya dihentak dengan siku!

BAMMMMMM!

"Urgh!"

Badanya terundur beberapa tapak kebelakang. Darah dalam mulutnya diludah sebelum mencerlu tajam pada musuhnya.

"Kau memang tak guna."

Gerard menyerbu kehadapan bersama ayunan pedang! Sekali lagi, dua besi menghentam satu sama lain!

KTANGGHH!!!

Alvarez memutarkan badan kebelakang bersama kaki yang naik ke atas! Kali ni, Gerard berjaya mengelak namun dirinya dikejutkan dengan gaya berpedang Alvarez yang bertukar tiba-tiba! Bahkan, mata merahnya lebih tajam daripada tadi!

Alvarez memutarkan badan kebelakang bersama kaki yang naik ke atas! Kali ni, Gerard berjaya mengelak namun dirinya dikejutkan dengan gaya berpedang Alvarez yang bertukar tiba-tiba! Bahkan, mata merahnya lebih tajam daripada tadi!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bilah hantu.."

Coretan seakan api di pedangnya bercahaya terang sama seperti matanya. Alvarez mendarat kemas di atas tanah sebelum terus melibas pedangnya sehingga mengeluarkan api kegelapan yang seakan ombak!

".. Pancungan Maut!"

SWOOSSSHHHHHHHH!!

Gerrard tergamam dengan serangan dahsyat tersebut. Dirinya sempat mengelak namun bangunan dibelakangnya hancur dijilat api!

"What the..!"

Alvarez tidak berhenti, Bilah pedangnya diangkat selari dengan matanya. Nafas ditarik sebelum dihembus tenang.

Gerard yang merasai daya membunuh itu , mengetap geraham sehingga kelihatan gigi taringnya. Terasa dirinya bagai diancam,kakinya terus memecut kehadapan bersama kuasa yang ditingkatkan.

ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2) Where stories live. Discover now