AIDEN membelai manja rambut keperangan milik isterinya. Sesekali bibir jejaka itu turun mengucup ubun-ubun Adeena yang sedang bersandar di kepala katil hospital.
"Abang?" Aiden menunduk melihat wajah isterinya.
"Ya, sayang?" Bibir pucat itu tersenyum. Jari runcingnya menyentuh rahang suaminya yang mula tumbuh kumis nipis. Kacak betul bapak orang ni!
"Nak air." Minta Adeena sambil memuncung. Dahaga! Lama jugalah dia tidur, bermacam mimpi dia alami. Huh! Rasa macam dah serik! Serik nak "koma" sementara. Bukan serik mahu memberikan suaminya zuriat. Ehehe.
"Minum perlahan sayang. Jangan sampai koma lagi, abang kahwin lain nanti-akkk!"
Aiden meringis sakit. Tangan kasarnya laju mencengkam jari isterinya yang elok mengenggam erat dada bidangnya.
"Abang sambung. Deena hilangkan puting abang! Cubalah!" Adeena menjengkilkan mata pada suaminya. Kening wanita itu terangkat tinggi mencabar.
"I love you sayang." Laju sahaja bibir lelaki itu mengucup keseluruhan wajah isterinya
Cup!
Cup!
Cup!
Cup!
Cup!Dagu Adeena menjadi tempat persinggahan terakhir bibir Aiden.
"Buat lagi. Adeena hilangkan abang punya kejantanan. Abang jangan main-main dengan Deena. Deena baka France! Rawr!"
Aiden menjilat bibirnya. Haih! Menggoda betul isterinya. Package mengaum pula tu!
"Jangan seksa abang sayang." Adeena tersengih.
"44 days abang. Happy fasting to you daddy!" Aiden mengeluh hiba. Dia dongak kepala ke atas. Ni acah-acah sedih la ni, mahu menghiburkan isteri yang baru sahaja lepas bertarung nyawa.
"Abang okay je sayang. Lepas sayang berpantang I will make sure we having a second baby." Aiden tersenyum sinis. Wajah kelu Adeena dia lihat dengan bangga.
"Dah tak payah nak mengarut daddy!" Wajah Aiden dia tolak ke tepi dengan telapak tangannya.
"Deena nak tengok baby abang." Wajah tampan Aiden tersenyum. Sebut je anak terus berbunga-bunga hatinya. Terlayar wajah cantik puteri sulung mereka di fikiran. Haih dah rindu wajah putih bersih itu.
"Sayang, sabar sikit ya. Luka jahitan sayang belum kering. Nanti kita tengok anak kita sama-sama." Wajah mendung isterinya Aiden usap.
"Kalau Deena lahirkan Nayyara cukup bulan mesti anak kita tak jadi macam tu. Adeena boleh susukan dia. Kesian anak kita lapar susu ibu dia." Adeena sebak. Dia menekup wajah dengan kedua-dua belah telapak tangannya.
"Shhh. Semua dah ditakdirkan sayang. Syukurlah anak kita dan isteri abang ni selamat." Dahi Adeena dikucupnya lama.
"Nayyara?" Adeena mendongak dengan bibir yang tersenyum. Pinggang Aiden dia peluk lalu wajahnya dia sembam ke dada bidang Aiden.
"Tengku Ayesha Nayyara Binti Tengku Aiden Nathaniel. Nama anak kita." Aiden tersenyum. Jenuh la bakal cikgu anak dia nanti.
"Beautiful name. Just like her." Adeena tersentak. Dia mencebik.
"Abang dah tengok anak kita?" Menerima anggukan dari Aiden membuat Adeena menarik diri menjauh. Wanita itu menunduk sedih.
"Kenapa ni sayang? Hmm?"
Tangan Aiden naik mengelus rambut ikal Adeena yang tidak ditutupi oleh hijab. Sesekali wajah tampan lelaki itu mendekat untuk mencium wangian asli yang datang dari rambut isterinya.
"Anak kita sihat? Dia cantik? Ikut abang ke Deena?" Telinga Adeena menangkap tawaan kecil dari Aiden.
Dia memandang suaminya polos tatkala tangan lelaki itu hinggap di sisi lehernya. Mengusap lembut di situ.
"Anak kita sihat. Nayyara cantik sangat macam mommy dia. Kening abang. Mata sayang. Hidung sayang. Bibir dia pun ikut mommy dia."
Kata-kata yang keluar dari dua ulah bibir suaminya itu berjaya membuatkan Adeena tersenyum lebar. Anak mommy!
"Yay! Tak sia-sia Deena mengandungkan Ayesha Nayyara. Abang tunggu turn lain ya. Mesti abang jealous kan sebab anak kita ikut mommy dia." Adeena papar riak wajah bangga pada Aiden.
Lelaki itu hanya menarik senyuman sinis.
"Are you sure sayang? Sayang pasti ke yang abang akan jealous?" Aiden menjongket keningnya.
"Abang tak?" Soal Adeena, wanita itu mencebik.
"Nope. Her face is just like yours dear. Maybe you will get an divided love later. Jangan cemburu ya sayang if abang dahulukan Nayyara."
"As a husband and daddy abang mestilah bahagikan kasih sayang yang sama rata! Jangan abaikan isteri sendiri if ada anak dah pun." Adeena menjauh, selimut dia tarik ke paras dada. Aiden ni bikin dia emosi!
"Abang gurau je sayang."
"Ehem." Aiden yang baru sahaja mahu mendekat ke arah isterinya itu terdiam. Dia duduk kembali di atas kerusi yang disediakan bersebelahan katil pesakit.
"Jangan sampai dapat anak kedua Aiden." Mateen menjeling adik iparnya. Anaknya yang sudah berumur 3 tahun itu diam sahaja di pangkuan bapanya.
"Abang Mateen! Asher tidur ke?" Adeena mencebik apabila menerima anggukan dari Mateen, Asher yang tertidur pulas di dalam dukungan abangnya itu dia pandang sayu. Rindunya dia pada Asher.
"Letak dia kat sini abang." Wajah Adeena berkerut sakit tatkala dia mengesot sedikit ke tepi untuk memberi ruang kepada Asher.
"Sayang. You punya jahitan belum kering. Janganlah ganas sangat." Aiden bangun dari duduk. Dia membantu Adeena.
"Tak apa. Tak sakit pun." Adeena menarik sengih bila Aiden memberinya renungan yang tajam.
"Abang Mateen. Letak Asher sini." Lelaki itu akur. Asher yang tertidur pulas itu dia baringkan ke atas katil pesakit. Bersebelahan dengan Adeena.
"Asher demam. Dia rindukan kau." Adeena tersenyum nipis. Rambut perang yang sememangnya diwarisi daripada arwah ibunya itu Adeena usap.
"He need a mom." Mateen tertawa sinis.
"Nah, he don't. Kau boleh jadi mama dia, Asher tak perlukan orang lain." Adeena menghembuskan nafas perlahan. Cukuplah malas dia mahu berlawan mulut dengan Mateen.
Lelaki itu keras kepala. Sama sahaja dengan suaminya itu. Eloklah dua-dua berkawan rapat.
"Best jadi daddy?" Soal Mateen pada Aiden.
"Well. Aku dah plan untuk anak kedua." Mata Adeena membulat. Kurang garam punya suami.
"Abang!"