episod 1

112 11 5
                                    

Bab 1
Kisah ini bermula pada tahun 2018,ketika itu Ikram dan Ain masih bersekolah menengah dan berumur 17 tahun. Ikram seorang pendiam dan pemalu. Dia sering menghabiskan masanya seorang diri dengan membaca buku. Ain pula seorang yang lasak, suka buat aktiviti yang lasak seperti menunggang kuda,jungle trekking.Ain merupakan seorang olahragawati sekolah. Ikram dan Ain berada dalam 1 kelas yang sama iaitu 5 akaun.

Kring ii...loceng berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan, Ikram mula kemaskan barangnya dan pergi ke tempat letak basikal.Ikram menggunakan basikal untuk balik ke rumah.Apabila sampai ke rumah, ibunya Rosmah memanggil Ikram untuk makan bersamanya.

"Ikram...mari makan,ibu dah siapkan makanan untuk kamu ni."Ikram pun berkata.. "baiklah ibu,tunggu Ikram salin baju dulu ya".

Selepas Ikram menyalin pakaiannya lalu menuju ke dapur untuk mengisi perutnya yang lapar.

"Along sekolah macam mana,ada masalah kat sekolah? Budak ii tu ada buli Along?" tanya Puan Rosmah kepada Ikram dengan risaunya. "Takdela ibu, Along ok je kat sekolah..happy je" kata Ikram kepada ibunya sambil tersenyum.

"Ya ya je kamu ni,selalu nak sorok masalah dari ibu kan..jangan sampai ibu pergi sekolah Along kalau jadi apa - apa...arasso" kata Puan Rosmah kepada Ikram."Ya ibuku tersayang,hahahahahaah siap cakap bahasa korea lagi ya".Ujar Ikram sambil tersenyum melihat gelagat ibunya.

MENCINTAIMU DALAM DIAMWhere stories live. Discover now