✨ S I N O P S I S ✨

10 1 0
                                    

Aurelia Nafisa

"kenapa semua putih ? siapa dia?" Aurelia memandang wajah suci bersih jejaka yang tersenyum kearahnya.

"hei, saya dimana?" bayangan jejaka tersebut hilang daripada pandangan sebaik sahaja aurelia cuba mendekatinya. Tanpa dia sedar air matanya mengalir tanpa dipinta.

Siapa sangka Aurelia Nafisa pernah berperang dengan maut? Kemalangan yang dirancang bukan sahaja menyebabkan dia koma setahun, malah sebaik sahaja dia membuka mata, fikiran dan juga memorinya kosong dan dia berasa hilang sesuatu. Sesuatu yang sangat berharga baginya.

Dua tahun berlalu, kehidupannya kembali normal walaupun tanpa ingatan. Hanya dikelilingi oleh orang-orang kesayangannya. Sehinggalah suatu hari, kematian ayahnya dan juga ibunya membawa kepada perkenalannya dengan lelaki bernama Asfan Harith.

Asfan Harith

Jejaka yang memiliki aura yang penuh misteri. Aurelia tahu pasti ada rahsia yang jejaka itu simpan berkaitan dengan masa silamnya dan juga kematian ibu bapanya. Aurelia tahu jejaka itu salah seorang yang merbahaya.

"if u want to know about me, it will risk your safety." - Asfan Harith

setiap perbuatan dan percakapan yang ditutur oleh Asfan seperti dejavu. Otak berkata tidak untuk mempercayai jejaka tersebut, tetapi hati pula berbisik untuk mempercayai Asfan. Kehilangan yang dirasai sebelum ni telah Kembali kepada dirinya.

"jadi betulah kita pernah kenal?" - Aurelia Nafisa

"my advice to you, don't trust anyone Aurelia." - Asfan Harith

"u believe him? We will see Aurelia, u will know the truth about your past" - Edy Yusuf

Banyak kejutan yang membuatkan Aurelia tidak mampu untuk meneruskan mencari kebenaran. Dia takut andai orang yang paling dia sayang adalah punca semuanya terjadi. Cukuplah orang tuanya meninggalkan dirinya. Dia berfikir bagaimana dia boleh hidup dalam keadaan seperti kisah silamnya, apa yang membuatkan dirinya menjadi kuat untuk tempuh semuanya. Tetapi dia tidak tahu ada hati yang berdarah terluka dengan kisah silamnya bukan sahaja dirinya.

SangkarWhere stories live. Discover now