BAB 8

435 40 2
                                    

JESSE dan April bertugas di gudang senjata pada pagi itu untuk menyusun dan membersihkan senjata dan barang-barang perang di dalam gudang senjata itu.

Bersama-sama dengan mereka adalah Bent, salah seorang kawan rapat Vernon.

Bent juga terkejut melihat ada Jesse di gudang itu kerana sebelum ini, Jesse tidak pernah rela mahu melakukan pekerjaan seperti ini. Biasanya dia akan menyerahkan pekerjaan ini kepada April dan pergi ke luar sana untuk menganggu Vernon.

Kali ini, dia tidak menyangka yang dia akan melihat Jesse yang sedang tekun membersihkan beberapa buah rak senjata. April pula sedang membersihkan rak di sisi lain.

Jesse juga ada melihat Bent tapi dia buat tidak tahu saja. Dia tidak mahu bercakap dengan mana-mana orang yang rapat dengan Vernon.

Jesse tahu kalau Jessica sebelum ini akan menyuruh April melakukan pekerjaannya sementara Jessica pula pergi ke luar sana untuk bersama dengan Vernon tapi Jesse tidak akan berbuat seperti itu.

Dia lebih rela kotor dan merasa penat selepas melakukan tugas ini, yang penting dia jauh dari Vernon.

Bent juga melakukan kerjanya tapi matanya tidak pernah berhenti melirik ke arah Jesse yang bekerja tidak jauh darinya. Dia seperti ingin bertanya sesuatu kepada Jesse tapi nampak teragak-agak.

Setelah setengah jam kemudian, akhirnya Bent memberanikan diri dan mendekati Jesse.

Jesse hanya merenung Bent untuk beberapa saat ketika lelaki itu menghampirinya sebelum Jesse fokus kembali ke kerjanya.

"Baguslah kalau kau sudah sembuh dari sakit kau. Saya harap lepas ni kau tak kacau Vernon lagi selepas apa yang terjadi pada kau sebelum ini. Dan kau janganlah salahkan orang lain sebab ini salah kau sendiri. Siapa yang suruh kau berlapar begitu semata-mata mahu Vernon datang menjenguk kau?"

Jesse berhenti bekerja dan dia memberikan renungan tajam kepada Bent. Dia menjadi bengang kerana perkataan dari lelaki itu.

"Kau tak perlu risau pasal saya. Mulai dari hari ini saya tidak akan kacau Vernon lagi. Kau pun boleh bagi tahu dia yang saya tidak akan kacau dia lagi. Saya sudah sedar dengan kesalahan saya sebelum ini," kata Jesse dengan suara malas.

"Hah, betulkah kau tidak akan kacau dia lagi? Kau sudah pernah cakap begitu beberapa kali sebelum ni tapi nyatanya kau masih nak kejar dia. Saya tidak boleh percayalah perkataan kau ni, terutama sekali dengan orang yang macam kau ni..."

"Apa yang salah dengan orang macam saya pula? Apa yang kau tak puas hati dengan saya? Dengar ya, saya tak akan kacau Vernon lagi dan saya sudah tak mahu ada hubungan dengan lelaki tak guna tu..."

Bent diam saja sambil memandang wajah Jesse yang sudah merah kerana menahan marah.

"Untuk pengetahuan kau, saya juga hampir mati sebab benda bodoh yang saya buat tu semata-mata nak tarik perhatian Vernon, dan kau tahu apa yang saya dapat? Nothing, dia tidak peduli pada saya sedikit pun..."

Jesse terus mencucukkan jari telunjuk kirinya yang runcing itu ke bahagian depan bahu Bent. "Jadi, kau beritahu Vernon. Saya sudah pun surrender untuk kejar lelaki tak guna macam dia. Dia boleh pergi ke mana saja dia suka dan cari siapa saja perempuan yang dia suka. Saya tidak mahu tahu pasal dia lagi."

Bahagian bahu yang dicucuk oleh Jesse tadi terasa sakit. Bent harus menolak tangan Jesse itu kalau dia tidak mahu bahunya terdapat bekas dari dicucuk oleh Jesse.

"Sekarang kau sudah tahu dan faham apa maksud saya... Jadi kau balik ke tempat kau kerja tadi dan siapkan kerja kau tu..
Jangan kacau saya di sini!" kata Jesse dengan kasar.

2. Season 1 : This Is My FateWhere stories live. Discover now