BAB 10

435 44 1
                                    

JESSE masuk ke dalam bilik mesyuarat setelah Kayden masuk. Mark pula masuk setelah Jesse.

Bila mengingat yang Vernon juga ada di dalam sana, jantung Jesse mula berdegup kencang dan dia menjadi sedikit resah.

'Why would I need to be so nervous like this? Adakah ini sebab Vernon? Aish, takkan saya juga terpengaruh dengan perasaan lama Jessica? Mesti itu sebab dia, lagipun badan ni milik Jessica. Tsk, so much trouble!'

Jesse masuk ke dalam bilik mesyuarat itu dan memerhati setiap sudut.

Dinding dan siling bilik mesyuarat itu dicat dengan warna kelabu dan hanya dinding yang menghadap ke bandar saja yang dipasang dengan cermin dinding.

Di tengah-tengah bilik mesyuarat itu adalah sebuah meja yang besar dan lebar, berbentuk bujur. Di atas permukaan meja itu ialah skrin komputer yang sudah diubahsuai menggunakan teknologi tinggi, menjadikan meja itu mengeluarkan sistem hologram berbentuk sebuah benteng kota.

Di sekeliling meja itu, setiap ahli kumpulan dari setiap lima pasukan utama sudah ada di dalam bilik itu. Mereka masing-masing sudah duduk di bangku masing-masing.

Ketika masuk, hampir kesemua pasang mata di sana menoleh ke arah mereka. Hanya beberapa orang saja yang tidak mengambil perhatian.

Jesse dapat melihat Vernon yang duduk di bangku paling hujung meja itu, bertentangan dengan pintu. Jesse dapat melihat ada Ace di sebelah Vernon.

"Oh, Jess. Datang juga kau. Ingatkan kau tidak datang sebab kau selalunya datang awal ke sini. Hari ni kau lambat pula," kata Cris. Dia mendekati Jesse dengan sebuah senyuman gembira.

Jesse tersengih dan menepuk bahagian lengan Cris yang agak berotot itu. "Saya ada hal sikit tadi."

'Hm, Cris juga salah satu pasukan utama X-Forces. Kenapa saya tidak tahu pula? Kenapa tiada dalam memori Jessica? Aiyo, Jessica ni terlalu obses dengan Vernon sampai kawan sendiri pun dia tidak peduli.'

Jesse juga melihat ada Stephen di antara mereka tapi berbeza dengan Cris, lelaki itu hanya duduk di bangkunya dan menutup mata dengan tenang seolah-olah dia sedang tidur.

Wajah Jesse menjadi kelam sedikit. 'Ceh, lelaki ni masih lagi tidak mahu tegur saya kalau berjumpa. Dasar lelaki muka bambu!'

(Penulis: Saya pun tidak tahu macam mana muka bambu tu. Korang pandai-pandai lah imagine ya? Huhuhu~)

Setelah bertegur sapa dengan Cris, Jesse mahu duduk di tempat duduk tapi saat melihat sekitar dia, yang kosong cumalah bangku di sebelah Vernon, di sebelah Quincy dan satu lagi sebelah Kayden.

Melalui memori Jessica, tiada peraturan yang dikenakan untuk tentera duduk di bangku. Mereka boleh duduk di mana saja mereka suka asalkan mereka berada di dalam kumpulan sendiri.

Kerana Jesse adalah kumpulan Beta, Jesse harus duduk bersama dengan kumpulan Beta.

Jesse mengeluh kecil. 'This is so, so troublesome!'

Sejak Jesse masuk tadi, Vernon sudah pun memerhati setiap tingkah laku Jesse. Dia sudah diberitahu Bent tentang semua yang dikatakan oleh Jesse di gudang senjata tadi. Vernon sedikit pun tidak ambil peduli dengan kata-kata Jesse itu.

Sebelum ini, Jessica juga pernah berkata benda yang sama dan kali ini juga tidak ada bezanya.

(Penulis: Saya akan gunakan nama Jessica jika masa lalu diungkit dan nama Jesse digunakan untuk menceritakan masa sekarang.)

Tapi sejak Jesse masuk ke dalam bilik mesyuarat, Jesse hanya melirik ke arahnya untuk sekali sebelum dia memandang ke tempat lain. Vernon ingat Jesse hanya berlakon semata-mata ingin menarik perhatian dia.

2. Season 1 : This Is My FateWhere stories live. Discover now