Aurora memandang pengetua di hadapannya.Gemuruh pulak rasanya.
"Aurora,kamu didapati tidak bersalah dan diberi peluang untuk menjawat tugas kamu."
Aurora menunduk.
"Saya tak nak teruskan jawatan saya."
Sir Azman yang berada di situ terkedu.Begitu juga pengetua.
"Ini keputusan saya.Saya minta maaf."
Aurora menunduk lagi.Hormat perlu ada.
"Kalau macam tu,tak apalah.Kamu yang buat keputusan sendiri kan ?"
Aurora menggangguk lagi.
"Pengetua,Sir boleh saya tahu siapa yang report tentang Irene ?"
Pengetua mempamerkan senyuman.
"Belakang kamu."
Aurora terus menoleh ke belakang.Terdapat Felix dan Ilyani memandangnya.
"Tetapi Felix juga ada hukumannya.Tapi saya bangga kerana Felix tidak melakukan masalah buat masa sekarang.Tahniah."
Felix mengangguk dan mempamerkan senyuman kacaknya.
"Sir,Pengetua.Saya minta maaf selama ini nakal." kata Felix lalu meletakkan tangan di kepalanya.
Mereka semua tergelak kecil.
"Nakal takpa jangan jahat."kata Sir Azman.
Pengetua juga tersenyum.
Bilik Pengawas --
"Alhamdulillah pada pagi ini dapatlah kita berkumpul bersama-sama.Semoga ambil iktibar dan pengajaran.And you all have to be more peka okay." kata Sir Azman lalu menyerahkan mic kepada Luqman selaku pengacara.
"Dan kini dijemput Tengku Rayyan Azrin selaku Headboy Dianz Highschool untuk sepatah dua kata."
Rayyan terperanjat.Dia tak sedia apa-apa skrip pun.Dasar kawan.
Luqman mempamerkan senyuman sinis.Bukan senang pekena kawan.
"Assalamualaikum for the all prefects.Saya selaku ketua kepada anda semua sangatlah berduka cita apa yang berlaku.Saya harap selepas kes ini,kita semua dapat bergerak dengan lebih maju lagi.So,one for all,all for one,okay ? Thank you !"
Rayyan terus menunduk lalu matanya ke arah barisan pengawas tingkatan empat.Malangnya seseorang tiada di situ.
Luqman mengambil tempatnya semula.
"Tanpa melengahkan masa,pihak disiplin guru-guru ingin melantik seorang gadis untuk menggantikan tempat bekas headgirl kita iaitu Irene.Dipersilakan Ilyani Humaira!"
Semua menepuk tangan tanda sokongan tetapi riak wajah Ilyani berubah.
Entah dia rasa lain di sudut hatinya.
Ilyani ke hadapan lalu mengambil mic daripada Luqman.
"Assalamualaikum.Saya Ilyani Humaira sangatlah berat hati untuk menerima pelantikan secara mendadak ini.Saya rasa saya bukan manusia yang sesuai dengan jawatan ini.Saya dengan senang hatinya ingin menyerahkan jawatan ini kepada yang selayaknya iaitu Haura Natalie."
Haura menggeleng.Kenapa Ilyani menyebut namanya ?
Ilyani terus ke arah Haura lalu menarik lengannya ke hadapan.
"Haura Natalie adalah yang selayaknya." kata Ilyani sambil tersenyum.
Kini dia sedar,selama ini dia berusaha kerana tanggungjawab bukannya jawatan tinggi yang diinginkan.
YOU ARE READING
The Prefects ( 2020 )
Teen FictionIni kisah tentang Dian'z High School.Atau lebih specific ianya tentang prefects. Ingat senang sesuatu organisasi untuk berjaya ? Tanggungjawab yang besar dan penting demi masa hadapan sekolah. Nak tahu liku-liku kehidupan mereka ? Bacalah ! Hehehehe...