Beberapa bulan kemudian...
"SAYANG!"
"Jom la berenang dengan abang sekali!"
"Yang mulut muncung sedepa macam mulut itik tu dah kenapa?"
Aku menunduk kepala, memandang sepasang kaki aku yang direndamkan di dalam air kolam ini. Kemudian, aku melilit tangan aku di dada. Kata-kata Adam tadi bagaikan angin yang menyapa telinga aku sahaja.
Mood tengah merajuk. Grrrr.
"Sayang..." Meleret.
Aku mencebik sekejap. Bukan aku tak tahu dia sedang psikologi aku sekarang dengan godaan tak seberapanya. Heh.
Potongan buah epal hijau yang tersusun di dalam piring itu, aku capai lalu masuk ke dalam mulutku. Sambil melihat keasyikan suamiku yang sungguh syok mandi kolam pada waktu malam macam ni.
"Hawa..."
Aku mengangkat keningku ke atas. 'Nak apa?'
"Hawa... Bidadari abang..."
"Shshsh... Hawa masih merajuk lagi dengan abang. Tak payah nak goda Hawa sangat la dengan godaan tak seberapa abang tu. Nanti Hawa gigit gigit abang baru tau. Dah la abang tengah mengancam sekarang..." Di hujung ayat itu aku sengaja berkata dengan nada suara yang rendah. Cukuplah aku sahaja yang dengar. Aku tak dapat nak kalihkan mata aku ini daripada 'merogol' badannya yang terdedah di bahagian atas tu. Pergh, ayat kau Hawa!
"Meh la masuk dalam ni... Buat apa duduk tercegat dekat situ aje. Jom la kita beromantik dalam kolam ni. Untung- untung Hawa terberanak terus dalam kolam ni."
Aku menayangkan penumbuk aku kepadanya. Acah gengster jap. Tapi, aku gengster yang comel.
Macam pernah dengar la ayat terakhir daripada Adam tu. Kening aku sedikit berkerut untuk memerah ingataan aku sebelum aku memberikan jelingan maut kepada dia.
Ceit, itulah kata-kata yang sama dinyatakan oleh Adam beberapa tahun yang lepas ketika aku mengandungkan Ian dan Riyadh. Kini, berbeza... Aku sekarang sedang berbadan dua. Anak aku dan Adam. Bila mengingatkan itu, senyuman aku terus mekar. Usia kandungan aku sudah mencecah lapan bulan.
Ian la antara manusia yang paling gembira apabila mendapat tahu tentang berita kehamilan aku. Katanya, dia sudah membuat persiaapan terlebih awal untuk jadi seorang abang yang mithali kepada adiknya nanti. Hai la... Akhirnya permintaan anak teruna aku seorang itu berjaya juga dimakbulkan. Siapa sahaja tak penat kalau setiap hari, dia minta adik daripada aku dan Adam. Gayanya, seperti oder makanan dekat kedai mamak aje.
"Ha... yang tersenyum sorang- sorang tu dah kenapa? Ingatkan siapa? Mesti abang, kan? Abang dah ada dekat depan mata Hawa pun... Masih rindu. Macam mana la kalau abang tiada suatu hari nanti."
Adam sudah mengoyak senyuman nakal.
"Ish... Suka sangat cakap macam abang nak pergi jauh dari Hawa. Abang memang dah tak sabar sangat ke nak tinggalkan Hawa?"
Mulalah mata aku ni nak berkaca-kaca ingin merembeskan cecair hangat. Argh, aku memang sensitif sejak kebelakangan ini! Wajah aku terus bertukar mendung.
YOU ARE READING
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]
Romance𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka s...