"Kau pernah rasa tak hidup kau seolah-olah dikawal dan kau hanya bergerak mengikut arahan seperti boneka?"
×××××××××××××××××××××××××××××××××
Sebulan yang lalu. . .
"Tahniah Maya! Akhirnya, kau terpilih juga jadi Ratu Ballerina setelah hampir 7 tahun berusaha" ucapku dengan penuh gembira.
"Terima kasih. Ini pun sebab kau juga. Terima kasih banyak Livi sebab selalu sokong aku dan tak pernah berputus asa dengan aku" ucap Maya pula.
Ketika aku dan Maya berbual dengan gembira, munculah seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 40an yang bekerja sebagai pengurus Maya.
"Maya, kita dah kena bergerak sekarang" arah pengurus Maya itu yang lebih dikenali sebagai Carlos.
Maya hanya mengangguk perlahan."Livi, aku pergi dulu ya. Aku akan selalu kirimkan kau surat" kata Maya lalu segera meninggalkan aku. Aku hanya melemparkan senyuman sebagai tanda mengucapkan selamat tinggal. Sebenarnya, itulah kali terakhir aku berjumpa dengan Maya malah berbual dengannya. Sejak dia pergi, kami tidak berhubung lagi.
Aku rasa agak terkilan sedikit tapi aku berusaha untuk memahami dia. Mungkin, dia sedang sibuk untuk hasilkan persembahan yang terbaik untuk acara yang penting memandangkan, dia telah pun digelar sebagai Ratu Ballerina.
Pada suatu hari, aku pergi melawat kembali sekolah kami. Aku dan Maya sememangnya sudah berteman rapat sejak tadika lagi. Demi melepaskan rindu, aku melawat sekolah kami berdua dan hanya 'berhubung' dengan Maya melalui cara tersebut.
Tapi, aku tahu ia tetap tidak akan berhasil sebab aku memang rindukan Maya. Banyak memori gembira kami hasilkan bersama-sama. Kalau kita dah jumpa sahabat yang sejati, mestilah susah untuk lepaskan dia pergi. Namun, untuk membiarkan dia mencapai impian yang dia mahukan, kita sebagai sahabat, harus sokong dan percayakannya.
Aku pun akhirnya pulang ke rumah dengan langkah yang berat. Setibanya, aku di pagar rumah, aku ternampak sepucuk surat yang hanya disumbat sahaja di dalam peti surat.
Aku mengambil sepucuk surat itu.
Hati aku sungguh gembira sekali apabila surat tersebut adalah daripada Maya. Aku masuk ke rumah dengan hati yang girang dan tidak sabar untuk membaca apakah isi surat itu.Hai, Livi.
Aku tidak mampu nak tanya khabar kau lagi sebab kau tak pernah balas surat yang aku bagi. Adakah kau marahkan aku sebab aku pergi tinggalkan kau untuk capai impian aku?
Livi, sejujurnya aku perlukan kau bantuan sekarang! Aku menderita di sini. Mereka terlalu mengawal aku.
Malah, mereka sangat menakutkan!Selamatkan aku Livi. Tolonglah selamatkan aku. Aku cuba untuk menelefon pihak polis tapi rupa-rupanya pihak polis juga sepihak dengan mereka.
Masyarakat di sini, mengawal badanku Livi! Baru-baru ini,Charlos telah pun memasang tali pada badanku.
Apa yang mereka mahukan daripada aku? Datanglah selamatkan aku,
Livi!Itulah isi surat yang ditulis oleh Maya seminggu yang lalu yang sepatutnya sampai lebih awal. Tanpa, melengahkan masa, aku segera menuju ke alamat yang sudah ditulis pada sampul surat. Ia memakan masa hampir dua hari untuk tiba ke destinasi.
Setibanya,aku di sana. . .
Kesemua penduduk di situ memandang aku dengan pandangan yang tidak puas hati. Aku hanya berpura-pura ramah demi mencari Maya. Aku pun pergi singgah di sebuah restoran makan yang tidak jauh dari situ.
YOU ARE READING
Bab Terakhir (akan disunting)
HorrorSebuah novel yang biasa . . . . Novel ini iaitu, Bab Terakhir boleh jadi seram,misteri dan suspen pada waktu yang sama. Bab Terakhir merupakan penutup untuk novel daripada Siri : The Truth Will Out. Novel Bab Terakhir merupakan novel yang akan menje...