Sesi persekolahan telah pun bermula. Dan disebabkan aku ini seorang pelajar yang gemar pergi ke sekolah, memang gembiralah aku jawabnya. Setiap sesi persekolahan, akulah manusia paling bersemangat di Bumi. Dan setibanya aku di pagar sekolah, aku pun beratur dahulu mengikut kelas.
"Dev!" panggil Kumar dengan gembira.
"Oh? Hi Kumar!" sahutku.
"Kau dah tahu ke? Kau punya kelas?
"Dah"Sedang aku dan Kumar berbual dengan rancak. Bahu aku dilanggar oleh seorang pelajar perempuan berbangsa Cina. Buku-buku yang dipegang oleh aku terus jatuh bertaburan diatas tanah kerana bahuku dilanggar dengan kuat dan secara tidak langsung tangan aku juga menjadi lemah.
"Ish. Bukan nak minta maaf!" omel Kumar.
"Tak apalah, Kumar. Dia tak sengaja agaknya" aku memujuk. Tanpa disangka, pelajar berbangsa cina itu rupa-rupanya, sekelas dengan aku.
Ling Ling namanya.
Dia jenis pendiam dan lebih suka bersendirian. Kadang, aku selalu juga ajak dia berbual tapi dia layan aku endah tak endah sahaja. Kalau nak berkata jujur, Ling Ling tak pernah langsung tersenyum apatah lagi ketawa. Dalam kelas aku, Farid yang paling pandai berlawak sampai Cikgu Rosmah yang muka serius pun boleh ketawa.
Tapi Ling Ling langsung tak ketawa.
Aku pernah cuba bertanya tentang Ling Ling pada rakan sekelasku yang lain malangnya, mereka juga tidak tahu sangat tentang Ling Ling walaupun, sudah hampir 4 tahun mereka semua sekelas.Hari ini, macam biasa aku berbual dengan Ling Ling lagi.
"Ling Ling" panggilku.
Ling Ling hanya menyahut panggilanku dengan memandang wajahku lalu sambung merenung ke luar tingkap.
"Kau tahu kan? Yang kita ada kerja berkumpulan?" tanyaku pada Ling Ling.
"Tahu. Tapi aku dah bagi tahu Cikgu yang aku nak buat sendiri" balas Ling Ling lalu segera keluar dari kelas.
Dia tidak memandang wajahku sepanjang kami berbual dan akan sentiasa mencari jalan untuk berhenti berbual. Ling Ling suka beseragam sekolah yang menutupi lengannya. Jadi, tak hairanlah kalau dia selalu pakai baju kurung sekolah dan bukannya seperti pelajar bukan Islam yang lain.
Aku hanya mampu mengeluh panjang. Cikgu Rosmah, guru kelas aku hanya mengharapkan aku seorang sahaja untuk rapat dengan Ling Ling sebab beliau tahu yang aku seorang sahaja yang selalu berbual dengan Ling Ling.
Tapi, agak sukar juga untuk ajak Ling Ling berbual sebab kadang dia memang tak layan pun. Dia buat hal sendiri. Aku tak tahu macam mana dia boleh diam sahaja dan tak cuba bergaul langsung. Rehat pun seorang diri, kalau ada kerja berkumpulan. . .dia akan buat hal sendiri tak bagi kerjasama.
Kalau aku nak berkata jujur, Ling Ling memang agak tidak disukai oleh rakan sekelasku yang lain. Rakan sekelasku beranggapan yang Ling Ling jenis sombong dan antisosial. Aku hanya mampu mendiamkan diri dan terus berusaha membantu Ling Ling.
×××××××××××××××××××××××××××××××××
"Dev!" tegur Kamal.
Aku terus terkejut kerana dari tadi aku hanya melihat tempat duduk Ling Ling.
"Kau ni,asyik tengok je tempat duduk Ling Ling. . .kau suka dia eh?" ejek Kamal."Tak adalah. Aku cuma nak ajak dia bergaul dengan kita je" jelasku.
"Yalah tu. . ." ejek Kamal lagi.
Aku hanya mendiamkan diri aku.
Tidak lama selepas itu, Ling Ling pun akhirnya tiba lalu terus duduk di tempatnya seperti biasa."Woi Ling Ling" marah Natasya secara tiba-tiba.
YOU ARE READING
Bab Terakhir (akan disunting)
HorrorSebuah novel yang biasa . . . . Novel ini iaitu, Bab Terakhir boleh jadi seram,misteri dan suspen pada waktu yang sama. Bab Terakhir merupakan penutup untuk novel daripada Siri : The Truth Will Out. Novel Bab Terakhir merupakan novel yang akan menje...