Bab 8 : Detik Jam

49 15 3
                                    

Semua orang yang berada di sekelilingku menggelarkan aku sebagai kanak-kanak yang pintar. Aku tidak pasti tentang hal itu. Apa yang aku tahu,aku sangat menggemari subjek Sains dan Matematik. Setiap kali,cuti musim panas,aku akan selalu mereka cipta rekaan terbaharu hanya untuk keseronokan dan kepuasan diri aku.

Pada suatu hari, aku mendapat idea dan semangat untuk mencipta mesin masa. Sudah banyak kali,aku menonton filem yang berkaitan dengan mesin masa. Aku harap aku boleh menciptanya dan akhirnya, aku berjaya! Setelah,hampir memakan selama 2 tahun 2 bulan, mesin masa yang aku cipta kini boleh digunakan dan dapat berfungsi seperti yang aku hajatkan.

Disebabkan aku terkenal sebagai 'Kanak-Kanak Pintar', aku pun memilih untuk mencipta mesin masaku sendiri.
Ibu dan bapaku tidak tahu aku mencipta mesin masa tersebut kerana aku menciptanya di rumah pondok yang terdapat di tengah-tengah hutan.

Aku mencipta mesin masa hanya untuk mengetahui kehidupan aku di masa depan.

×××××××××××××××××××××××××××××××××

Kini,saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Aku pun menguji mesin masa yang telah aku cipta itu.

Aku menekan butang 'mula' yang terdapat di dalam mesin masa itu.
Sebaik sahaja aku menekan butang 'mula' . . .

Enjin-enjin pun perlahan-lahan mulai bekerja dan pintu masuk pula ditutup. Aku memakai tali pinggang keledar sebagai langkah keselamatan.

Ia bergegar dan aku dapat melihat yang langit berubah menjadi hitam,seolah-olah aku berada di dalam lohong hitam. Hanya memakan masa selama 5 saat, aku akhirnya tiba di masa depan yang telah aku tetapkan tarikh ketika aku berusia 20 tahun.

Sebaik sahaja aku tiba,aku pun mula mencari diriku. Tapi,aku tidak menemui diriku. Namun, ada seseorang yang menarik perhatianku iaitu Laura, kawan baik aku. Aku melihat Laura dari jauh. Ternyata, dia menjadi seorang pengkaji cuaca sedangkan sebenarnya dia mahu menjadi seorang doktor.

Aku mengekorinya dari belakang. Tapi, niat aku terhenti. Aku melihat semua orang sedang berlari bertempiaran kerana terdapat sebuah lori yang sedang jatuh berguling daripada jalan raya yang kedudukannya agak tinggi. Ketika, semua orang sedang menyelamatkan diri masing-masing, aku hanya melihat Laura yang turut cuba untuk melarikan diri namun tanpa dijangka,lori tersebut akhirnya merempuh Laura dan menyebabkan Laura menjadi hancur.

Aku terus berlari dan kembali di tempat di mana mesin masaku berada. Aku mengigil ketakutan.

"Apa yang aku dah lihat?" bisik hatiku sendirian sambil nafasku tercungap-cungap. Setelah hampir 5 minit pun berlalu,aku pun kembali semula ke masa kini.

Kejadian yang aku lihat membuatkan aku semakin tertanya-tanya adakah ia akan benar-benar berlaku? Aku tidak boleh menelefon Laura buat masa sekarang sebab dia tidak akan mengangkat telefon ketika meluangkan masa bersama-sama keluarganya.

Jadi, aku terpaksa mendiamkan diri dan aku tetap memilih untuk 'menguji' lagi mesin masa yang aku cipta ini. Kini,aku menetapkan masa ketika aku berusia 17 tahun pula.

Aku masuk dan tetapkan semula sistem mesin masaku lalu aku pun pergi ke masa depanku ketika aku berusia 17 tahun. Setibanya aku di sana, aku dapat melihat pula kematian ibubapaku. Aku mula terdiam kaku. Aku tiba tepat di saat ibubapa aku mati.

Mereka mati akibat keracunan gas yang bocor di makmal kimia,memandangkan mereka berdua adalah Ahli Saintis. Aku melihat ibubapaku terbatuk-batuk bahkan pada waktu itu,hampir 50 orang ahli saintis yang lain turut terkorban. Aku kembali berasa takut.

"Adakah aku terkena sumpahan? Kenapa aku melihat kematian sedangkan apa yang aku ingin lihat ialah diri aku di masa depan" kataku sendirian lalu segera berlari dan kembali ke mesin masa.

Aku berfikir sejenak sambil rasa risau dan takut sudah memenuhi perasaanku. Aku tidak boleh berhenti berfikir. Aku semakin ingin tahu mengapa aku dapat melihat kematian dan bukannya melihat diriku.

×××××××××××××××××××××××××××××××××

Sekali lagi,aku tetapkan semula sistem mesin masaku. Kali ini,aku tetapkan masa pada 4 jam ke depan iaitu aku di masa sekarang cuma masa yang lebih ke depan sahaja.

Setibanya aku di sana, bulu romaku mula menegak. Aku menggigil ketakutan dan turut kehairanan apabila aku melihat ramai orang berkerumun di rumah pondok. Ibubapaku juga turut berada di situ. Kelihatan semua orang sedang terkejut dan menangis.

Perlahan-lahan, aku pun melihat apakah yang sedang mereka lihatkan. Rupa-rupanya, mereka sedang melihat aku.

Ternyata, aku sudah pun mati. Aku sudah mati kira-kira 4 jam yang lalu. Aku mati sebaik sahaja aku menguji mesin masaku. Terdapat gangguan teknikal yang menyebabkan aku terkena renjatan eletrik. Badanku menjadi keras,mataku terbeliak dan mulutku ternganga.

"Patutlah aku tidak nampak diriku di masa depan. Rupa-rupanya, aku sudah mati. Tapi, adakah kematian Laura dan ibubapaku yang aku lihat adalah benar? Aku. . .terlalu terburu-buru untuk melihat masa depan dan bukannya fokus di masa kini" bisik hati aku.

"Ashlyn! Ashlyn,anakku" teriak ibuku sambil dia ditenangkan oleh ayahku.
Laura dapat tahu tentang kematianku sebaik sahaja aku dikebumikan.

Apakah memang ini yang berlaku atau sebenarnya ia hanyalah satu mimpi Kerana, memang itu maksud nama aku Ashlyn (Mimpi).

Aku mahu hidup!
Aku masih lagi ingin hidup!
Aku harap ini bukan mimpi!
Aku harap ini tidak benar sama sekali!

×××××××××××××××××××××××××××××××××

Tapi, apa gunaya? Aku sudah mati dan aku memang benar-benar telah pun mati. Mesin masaku itu dibuang dan dilupuskan. Kematian aku menjadi terkenal kerana kini aku digelar sebagai 'Kanak-Kanak Mati Di Dalam Mesin Masa' .

"Aku terlalu ingin tahu tentang masa depanku. Aku terlalu fokuskan tentang masa depanku sahaja. Aku tidak benar-benar menikmati setiap masa yang ada. Aku membiarkan sahaja, detik-detik indah itu terlepas. Setiap saat, setiap waktu, setiap detik jam yang aku ada selama ini, sangatlah berharga. Aku sepatutnya menikmati masa kiniku dan bukannya terlalu 'memburu' masa depanku. Aku seharusnya menyanyangi dan menghargai masa kiniku kerana kematian itu boleh datang pada bila-bila masa. Apa yang aku fikirkan? Aku sudah pun mati"

× × × × × × × × TAMAT × × × × × × ×

Bab Terakhir (akan disunting)Where stories live. Discover now