Bab 10 : Manusia (Bahagian I)

48 16 4
                                    

Sebaik sahaja tamat sesi persekolahan aku pada hari ni, aku pun terus pulang ke rumah sambil mendengar lagu yang terdapat di dalam telefon pintarku menggunakan fon telinga.

Perjalanan aku pulang ke rumah, ditemani dengan lagu-lagu yang menyenangkan. Setelah, hampir 30 minit berjalan,aku pun kemudiannya masuk ke dalam kawasan perumahanku. Pintu pagar besar yang menjadi 'pintu utama' kawasan perumahanku itu, kelihatan menakutkan.

"Apahal merah-merah ni?" bisik hatiku.

Tanpa melengahkan masa, aku pun segera masuk ke dalam bangunan blok E iaitu blok rumah aku. Aku menekan butang lif dan aku baru sedar yang lif sudah rosak. Aku mengeluh panjang lalu menaiki tangga hingga ke tingkat 10 untuk menuju ke rumahku.

Sedang aku menaiki tangga sambil nafasku sudah tercungap-cungap, aku dapat mendengar suara yang teramatlah aneh dan mengerikan malah ada juga bunyi seperti seseorang sedang mengetap gigi. Aku melihat  sekeliling sehinggalah mataku melirik ke arah seseorang yang berdiri tercegat di tengah-tengah ruangan tingkat 9.

Tiba-tiba, orang itu menoleh ke arahku dengan matanya yang bewarna kelabu sambil mulutnya berlumuran darah, dia berlari ke arahku. Dengan takutnya, aku segera menendang lelaki itu lalu segera berlari ke tingkat 10. Pada waktu itu, aku semakin bertambah takut kerana aku dikejar oleh sekumpulan yang turut sama seperti lelaki itu. Tapi larian mereka terhalang apabila pagar rumah jiranku tiba-tiba sahaja tercabut daripada pautan besi yang mencengkamnya dan ia menghalang laluan 'mereka'.

Aku pun segera membuka pintu rumahku menggunakan kunci rumah yang aku bawa. Aku menendang dan menolak kuat namun,pintu rumahku tidak berjaya dibuka. Aku mula menangis sambil menghentak-hentakkan kakiku. Tiba-tiba, pintu rumahku dibuka lalu aku ditarik masuk ke dalam.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam dan pintu rumah aku berjaya dikunci semula,aku terus menampar orang yang menarik aku masuk ke dalam rumah itu.

"Kau baru je buat aku menangis dengan sia-sia" marahku.

"Maaf adik, semua orang sedang  ketakutan. Abang fikir adik tak pulang ke rumah" jelas abangku yang baru sahaja mendapat penampar daripada adiknya sendiri.

Aku hanya mendiamkan diriku lalu memandang ke ruang tamu. Aku dapat melihat ada empat orang yang 'tidak dikenali' berada di dalam rumahku.

"Kau dengan 'kebaikan' berpisah tiada" aku menyindir abangku, Takada lalu aku pun terus mencampakkan beg aku ke dalam bilik tidurku. Aku mahu menukar pakaian tapi pakaian-pakaianku sudah tiada lagi.

"Woi! Mana baju aku?" tanyaku dengan nada suara yang agak tinggi.

"Tadi, ada berlaku kecemasan. Jadi, abang gunakan baju adik sebagai bantuan" jelas Takada.

Aku terus mengeluh panjang sambil menarik rambutku kerana berasa agak tertekan.

"Maaf. Sebab kami,kamu berdua bergaduh" ucap seorang gadis yang bernama Annie. Kageyama, Fujiwara dan Todoroki iaitu manusia yang tidak dikenali itu pun mengangguk perlahan.
Aku hanya tersenyum sinis sambil memberikan jelingan.

×××××××××××××××××××××××××××××××××

"Apa yang sebenarnya telah terjadi?" soalku.

"Tepat jam sembilan pagi,salah seoarang penduduk di blok E tiba-tiba menjerit dan menggigit penduduk-penduduk yang berada berdekatan dengannya. Secara tidak langsung, mereka yang telah digigit bertukar menjadi penduduk yang mengigit mereka itu dan kejadian ini tidak hanya berlaku di blok ini sahaja, blok yang lain pun kena juga. Kami semua lari menyelamatkan diri. Tapi, semua orang mementingkan diri dan hanya abang awak je yang sudi selamatkan kami" jelas Kageyama.

Bab Terakhir (akan disunting)Where stories live. Discover now