Bab 42

245 9 0
                                    

Berkali-kali jam di tangannya kerling.Khairil sedikit gementar ingin bertemu dengan seseorang pagi ini.Dan inilah kali pertama dia kelihatan gementar.

"Hai awak apa kabar?"

Lalu Khairil menggelengkan kepalanya.

"Hey? cantik awak hari ni"

Sekali lagi Khairil menggelengkan kepalanya.

"Apa aku nak bagitahu dia ni? kalau dia tanya aku kenapa aku ajak jumpa aku nak jawab apa?"

Khairil sudah buntu.Sungguh dia lemah dalam bab cinta ini.

Seorang gadis melangkah kearah meja yang diduduki oleh Khairil.

"Assalammualaikum"Ucapnya.Khairil mengangkat wajahnya.Gadis tersebut tersenyum kearah Khairil.

"Waalaikumsalam...Erina? duduklah"

Lalu Erina duduk berhadapan Khairil.

"Kenapa awak ajak saya jumpa?"

Tekaan Khairil betul tentang mesti gadis itu akan menyoalnya.

"Saya...Hmm...saja nak ajak awak keluar.Iyalah,Daniel dengan Hannah kan dah kawin lusa? so...saya nak minta awak temankan saya beli hadiah untuk dia orang."

Erina mengangguk.Lalu dia tersenyum.

"Saya ingatkan awak nak ajak saya dating ke apa? hahahah inilah sebabnya kenapa saya benci berangan."

Khairil terkedu melihat Erina yang tersenyum.

'Ini ke yang Adrian ngan Daniel rasa? jatuh cinta...well...aku dah dapat bidadari hati aku'Monolognya.

"So...where do we start?"

Khairil tersentak dari lamunannya.

"We? what?"

Erina tertawa.Khairil sudah benar-benar di landa cinta.

"Kita nak pergi mana?"Kata Erina kembali.

"Kawin..."Kata Khairil perlahan.

Berkerut dahi Erina.Dia langsung tidak dengar apa yang di katakan oleh Khairil.

"Pardon me?"Khairil menggelengkan kepalanya.

"Memandangkan awak dah sampai,jom ikut saya"Lalu mereka berdua beredar dari sana.

Sepanjang Khairil dan Erina mencari barang yang sesuai di jadikan hadiah buat Daniel dan Hannah...Khairil tidak sedar kalau dia juga sudah berbelanja untuk Erina.

"Khai? saya rasa ini bukan lagi hadiah untuk bakal penganti baru tu.Tapi ini seperti hadiah untuk saya.Awak dah spend money awak untuk saya"Kata Erina.

Khairil tersenyum kekok.

"Er apa kata kita cari kat sana pula?"Lalu Khairil membawa Erina ke sebuah kedai minyak wangi.Tapi bila mereka keluar dari sana....

"Khairil? awak belikan perfume ni untuk saya? awak biar betul?"Kata Erina.

Harga tidak usah di kata.Mahal mengalahkan ikan kerapu.

"Er...Ya?"

Erina sudah menggelengkan kepalanya.Lalu dia berlalu dari sana.Khairil mengejarnya dari belakang.

"Erina?"Panggil Khairil yang melihat Erina menekan butang lif menuju ke tingkat bawah dan tempat letak kereta sekali gus.

"Yes?"Kata Erina dingin.

"Awak marah saya ke?"

Erina diam seketika sebelum menjawab.

"No"

CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)Where stories live. Discover now