1.40 // netflix and chill

1.9K 218 89
                                    

Tiada kata yang dapat Taeri ungkapkan sekarang ini. Dia masih tidak percaya yang dia membenarkan Jake menciumnya. Taeri memandang wajahnya di dalam cermin dan pipinya membahang.

Betapa lembut bibir Jake bergerak dan rasa hangat tangan lelaki itu. Taeri memegang kepalanya supaya dia berhenti memikirkan hal itu. Namun makin dia cuba, makin menjadi - jadi! Bahkan Taeri hampir lupa apa yang jadi di Jeju-do minggu lalu.

“ Berhenti fikir tentang tu Taeri!? Nampak sangat yang kau beria - ia! ” bisik Taeri sambil menampar pipinya.

Namun rasa sakit di pipi itu langsung tidak membantu. Dia masih memikirkannya dan wajahnya lebih merah berbanding sebelumnya. Sekarang dia perlu cari cara untuk mengelak dari Jake. Tetapi bagaimana?

“ Taeri? Kau gosok gigi ke kau buat bilik air? Aku pun nak gosok gigi ni! ” panggil Jake dari luar bilik air itu. Degupan jantung Taeri bertambah apabila teringat yang Jake akan menginap selama dua hari di rumah keluarganya.

Taeri mengambil tuala kecil untuk menutup wajahnya dan membuka pintu. Dia mahu segera ke katil namun Jake lebih pantas dari dirinya. Bahu Taeri ditolak dan Jake masuk lalu mengunci pintu bilik air.

“ Ja-jake awak nak b-buat apa ni? ”

Nada suaranya jelas yang dia sedang gugup. Mana tidaknya Jake mendekatinya sambil tersenyum dan mengunci pergerakannya. Taeri tidak dapat bergerak ke mana - mana dan fikirannya buntu.

Manakala Jake, dia menggesel hidungnya dan Taeri membuatkan gadis itu semakin gugup. Jake menahan dirinya dari ketawa melihat wajah gugup Taeri itu.

“ Jake awak— ”

“ Rasa - rasa aku nak buat apa? Taehyun ajak omma dengan appa tengok Netflix. How about we enjoy our own netflix and chill too? ” balas Jake dengan suara yang sedikit berat.

Taeri bukan lahir dari keluarga berketurunan Inggeris tetapi dia tahu maksud Jake itu. Adakah lelaki itu mahu rahsia mereka terbongkar begitu sahaja? Jujur, Taeri belum sedia lagi untuk memberitahu orang lain.

Terutama sekali Jay.

“ Saya penat lah Jake. Awak layanlah Netflix seorang diri, ya? ” Taeri cuba mengubah topik namun Jake masih terus menggoda dirinya.

“ Kau tak nak ada little Jake ke? ” usik Jake lagi.

Not now, Jaeyun! Good night!

¦

You know, tawaran aku malam tadi boleh dipertimbangkan lagi? ” soal Jake sambil mengambil tempat di sebelah Taeri.

Isterinya sedang duduk di taman sambil membelek pokok - pokok yang ditanam oleh Puan Kang itu. Jiwanya tenang sehinggalah Jake datang dan duduk di sebelahnya. Menawarkan tawarannya semalam. Sejak pagi Taeri cuba mengelak dari Jake.

Bahkan dia meminta tolong Taehyun. Kembarnya itu hanya melayan sahaja memandang dia mahu mengenal Jake dengan lebih lagi.

“ Saya tak faham. Awak tawar apa dekat saya malam tadi? Apa yang saya ingat awak nak gosok gigi. ” balas Taeri pura - pura tidak ingat akan kejadian malam tadi.

“ Tawaran untuk little you and me. Bayangkan ada budak - budak berlari dekat dalam rumah kita. ” ujar Jake.

Tanpa sedar pipinya memerah, entah kenapa dengan hormon Jake pun dia tidak tahu. Adakah in kesan sampingan dari heroine yang disuntik oleh Nicholas? Atau Taehyun ada mempengaruhi otak suaminya dengan hal yang bukan - bukan?

Taeri kekal mendiamkan diri, “ omma pernah cakap yang diam tanda setuju. ”

“ Eh, tak! Saya nak bercakap lah ni! Sekejap, rasanya omma panggil sayalah—minta diri dulu! ” Taeri terus melarikan diri menuju ke dapur untuk mendapatkan Puan Kang. Sebenarnya dia menipu sahaja untuk melarikan diri dari Jake.

Dia menyapa Puan Kang dan wanita itu menoleh.

“ Buat apa dekat sini? Kenapa tak temankan Jaeyun dekat taman? ” soalan Puan Kang itu membuatkan Taeri menggigit bibirnya. Dia sudah tiada mood untuk bercakap dengan Jake.

“ Riri saja nak tolong omma lagipun Jake boleh ajak Taehyun. Riri tengok makin rapat pula dia dengan Jaeyun. ” balas Taeri bersama senyuman manisnya.

“ Nampak sangat tukar topik! Kenapa Riri tolak ajakan Jaeyun? Diakan suami Riri, kena turuti apa yang dia minta. Oh ya! Pembantu rumah Riri cakap yang Riri tidur berasingan betul ke? Ingat yang Riri kena jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Berdosa tahu tak? Fikirkanlah. ”

Panjang lebar Puan Kang memberikan nasihat kepada anaknya. Taeri hanya terkedu lalu dia meminta diri untuk naik ke bilik. Apabila dia lalu di kawasan taman dia melihat betapa gembiranya wajah Jake yang berbual dengan Taehyun.

Dia terfikir, adakah selama ini dia membebankan Jake?

Taeri berkurung di bilik membuatkan Jake menjadi risau. Apa yang membuat Taeri berkurung di dalam biliknya? Jake memasuki bilik dan melihat Taeri berada di atas lantai menyembunyikan wajahnya. Bunyi esakan kedengaran dari bibirnya.

Jake mendekat, “ Taeri? Kenapa kau menangis? ”

“ S-saya seorang isteri yang teruk! Maafkan saya tak dalam tunaikan keinginan awak. Saya belum sedia lagi—saya takut! ” balas Taeri tanpa mengangkat kepalanya.

Tidak tahu mahu berbuat apa Jake terus menarik tubuh Taeri ke dalam pelukannya. Dia menenangkan Taeri dan perlahan - lahan esakan itu hilang. Taeri mendongak dan memegang wajah Jake. Dia senyum nipis.

I'm sorry, Jakey. Saya patut peka dan tak melawan cakap awak. Saya akan cuba jalankan tugas saya untuk awak dan ahli keluarga yang lain. Saya bukan tak nak tapi— ”

“ Kau belum bersedia. Ya, aku tahu dan soal semalam aku main - main. Jangan fikirkan sangat. ” potong Jake.

Mereka saling berbalas senyuman sebelum Jake mendaratkan bibir di dahi Taeri. Dia berharap yang Taeri tidak terlalu memikirkan hal - hal seperti itu. Dirinya juga belum bersedia sepenuhnya, ada banyak hal yang perlu mereka selesaikan.

Sekarang bukan waktunya.




+ pin pin! nak promote nihh

YANG MMBBEEKKK JUNGWON STAN SILA MUNCULKAN DIRI! JJUNGKOOKIE-

and fellow engenes! check la juga my new story! sila tinggalkan jejak anda ya!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

and fellow engenes! check la juga my new story! sila tinggalkan jejak anda ya!

and fellow engenes! check la juga my new story! sila tinggalkan jejak anda ya!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now