PART 1

2K 22 3
                                    


Setelah Di tamatkan pekerjaan Dari bidang ketenteraan, Bagai jatuh Di timpa tangga tiba tiba isterinya yang sangat dicintai pula telah pun memfailkan penceraian Dan dimana ahirnya bekas isteri nya itu telah pun menang tuntutan sebuah rumah Dan sebuah kereta, Wang simpanan ketika mereka masih lagi bersama, Serta hak penjagaan keatas kedua anaknya juga jatuh kepada bekas isterinya, dengan alasan Afiq Sudah tiada apa apa harta lagi untuk menaggung kehidupan mereka sekeluarga.. apatah lagi Anak mereka Yang Baru mnginjak usia ke dua tahun lebih Dan sembilan Bulan itu Masih lagi memerlukan kehidupan Yang lebih baik, jadi Afiq akhir nya redha dengan Segala ketentuan terhadap Segala apa Yang Di tuntut oleh bekas isterinya Khairunissa binti Ahmad, Asalkan isterinya itu tidak Memungkiri janji untuk menuntut sebarang nafkah bulanan Yang telah Di persetujui Dan dipinta oleh bekas isterinya itu sendiri Dan memberi kebenaran Afiq untuk berjumpa dan bermalam dengan anak mereka dua Bulan sekali.

menangis air Mata darah sekali pun Rasa sesal tidak mungkin Akan merubah masa Dan keadaan kembali. Namun Afiq pasrah Dan akhirnya tersedar untuk berubah Dan meningalkan Benda terlarang Yang telah pun menghancurkan kehidupanya. Dengan hanya berbekalan duit Yang tersisa Dan keadaan Yang sehelai sepinggang Afiq akhirnya memutuskan untuk pulang ke kampong Dan menetap Di rumah pusaka lama peninggalan arwah ayah ibu nya.

Setelah hampir 3 jam perjalanan ke kg menaiki teksi, Afiq akhirnya sampai juga ke kampong halaman rumah Yang Sudah lama tidak Di jejaki itu. Seingat Afiq Kali terakhir dia melawat Dan bermalam Di rumah pusaka kayu dua tingkat peningalan arwah ibu ayah nya yg terletak di hujung kg itu, adalah pada dua tahun Yang Lepas. Di tatap dengan penuh syahdu rumah pusaka itu, lalu mengimbas kembali kenangan kenangan semasa Afiq kecil dan membesar, memori memori Indah lalu bersama keluarga tiba tiba menerjah dan membuatkan Afiq berasa hiba. adik beradik Afiq semuanya berhijrah ke bandar, cuma sebulan sekali Adik beradik nya Yang duduk tidak jauh Dari kampong itu akan datang secara bergilir gilir untuk membersih halaman rumah pusaka tersebut Kecuali Afiq. Di sebabkan Afiq Dulu tinggal jauh Dari penempatan asal jadi adik beradik nya sangat memahami situasi Dan kerjaya Afiq pada ketika itu.

Setelah Adik beradik Afiq maklum dengan tragedi Hitam Yang telah memusnahkan kehidupan Afiq, alhamdulilah seburuk buruk Adik beradik air Di cincang tidak Akan putus, semangat kekeluargaan Yang Di ajarkan oleh arwah ayah Dan ibu mereka masih Di terapkan Tanpa membuang Afiq Dari kehidupan mereka Dan tanpa mengata sinis setiap perbuatan lampau Afiq, sebaliknya mereka memberi sedikit Kata nasihat Yang berguna untuk memberi semangat seadanya kepada Afiq bagi memulakan kehidupan baru dalam memperbaiki diri Serta tinggal Di rumah pusaka itu untuk mengenal erti sebenar sebuah kehidupan. Sekurang kurangnya rumah pusaka itu Kini telah  berpenghuni Dan Akan terjaga semula, maka bermulalah episod kehidupan Afiq tinggal bersendirian Di rumah pusaka itu..

Seminggu berada dirumah pusaka itu kini bermacam macam kerja Yang Afiq telah cuba usahkan, selain membaik pulih dan membersih luar dan Dalam rumah, Afiq juga Mula berkebun cili sikit sikit Di sekitar halaman rumah Dan hasil nya nanti boleh lah di hantar Dan Di Jual di kedai runcit Milik Pak Abu sekitar kg itu untuk buat belanja sehari Hari ..

sementara itu Afiq mencari Cari pekerjaan kampung juga untuk menampung kehidupan bujang nya Dan Kini dia telah pun Di terima serta Di beri peluang untuk bekerja Di sebuah ladang kelapa sawit kepunyaan tauke cina Ah Seng sebagai buruh ladang di kampung itu. "Besok aku dah nak Mula kerja dah.. semoga Segala nya Di permudahkan esok Dan Akan jumpa kawan kawan Baru Aku.. taklah Aku Rasa sunyi Lepas ni .." bisik Hati kecil Afiq ketika sedang berbaring Di Katil tuanya Tanpa mengetahui musuh lamanya Hadri juga Akan bekerja Di situ.

P/s : Aku budak Baru belajar ye korang.. untuk mengexpresi sebuah cerita fantasi ke Dalam sebuah penulisan sangat2 mencabar kadang apa yg Kita nak lain plak yg jadi hehehe tapi I try my best untuk anda..

DI LUAR KEMAMPUAN KU..Where stories live. Discover now