Ikhtilat
Semua tahu apa maksud ikhtilat? Maybe dekat luar sana ada yang dah tahu maksud ikhtilat dan ada juga yang masih belum tahu. Sokay, tidak apa. Okay, siapa yang belum tahu tu meh sini saya kasi tahu.
Maksud ikhtilat ialah pergaulan antara Lelaki dan Perempuan AJNABI sama ada di alam maya atau di alam realiti.
Next, hukum asal ikhtilat nih sebenarnya haram antara Lelaki dan Perempuan AJNABI.
Tetapi hukum ikhtilat yang diharuskan pula ialah antara LELAKI dan LELAKI serta PEREMPUAN dan PEREMPUAN (sama jantina).
Ramai yang tak ambil kisah pasal ikhtilat kerana mungkin ada yang tak tahu atau dah tahu tetapi disebabkan dah suka atau terbiasa buat, mereka hanya membiarkan sahaja dan buat endah tak endah.
Sebenarnya, ikhtilat antara Lelaki dan Perempuan Ajnabi boleh mendekatkan diri kita kepada zina. Macam yang kita tahu dalam Al-quran, Surah Al- Isra, Allah berkata: (Janganlah kamu mendekati zina)
💞Firman Allah Taala:
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)
Surah al-Isra’, 17:32
So, jelas dekat sini bahawa kita bukan sahaja perlu menjauhkan diri daripada zina malah perlu menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang mendekati zina. Jadi kita kena tahulah apakah perkara-perkara yang mendekati zina....
♥️PERKARA-PERKARA YANG MENDEKATI ZINA:
1) Pandang- pandang
Macam contohlah kita suka someone tu dan kita start usha and follow dia punya Facebook ke Instagram ke...Kita tak tundukkan pandangan.2) Senyum-senyum
3)Beri salam
Kalau dekat media sosial, mulalah chat ajnabi bagi salam sume nak kenal-kenal....4) Bersembang
Bila dah kenal-kenal kita start sembang-sembang benda-benda lagho...5) Temu janji
Then bila kita dah lama chat or kenal mestilah teringin nak jumpa. Dan dari situlah start buat temu janji...6) Berjumpa
Start berdating dan buat temu janji untuk hari seterusnya...jumpa banyak kali....7)Berzina
Dan akhirnya melakukan zina dan masuk ke neraka(jika tidak sempat bertaubat)Jadi kita boleh simpulkan bahawa tujuh jalan yang membawa kepada zina nih semuanya berpunca daripada kita tidak menjaga ikhtilat. Bila kita dah tahu hukum ikhtilat dan punca tidak menjaga ikhtilat, kita kena ambil tindakan supaya cuba untuk berurusan dengan ajnabi ketika perlu sahaja....
Kadang-kadang bila kita fikir balik, contohlah kita ada kawan lelaki yang rapat. Asalnya nak dia nak minta tolong kita ajar subjek math ke apa ke tapi last-last sembang pasal benda lain. Dan kita tak study pun malas perbualan tu berlarutan sampai lewat malam. Tak ke membazir masa? So, sebaiknya yang lelaki tanya kepada lelaki dan perempuan tanya kepada perempuan. If betul-betul kita tak ada siapa nak tanya barulah kita contact kawan lelaki atau perempuan kita untuk bertanya.
Ada juga ikhtilat yang hukumnya harus. Terdapat beberapa perkara yang mana ikhtilat ni diharuskan iaitu:
1) Darurat
Contohnya time panjang gunung kaki kita terseliuh dan tak ada cara lain selain ajnabi tolong papah kita. Situasi yang mana if kita tak berikhtilat, kita tidak dapat selesaikan darurat tu.2) Hajat
Untuk selesaikan hajat. Contohnya time jual beli, nak bayar tol dan sebagainya.Tetapi, kita time nak berikhtilat tu kita mesti patuh pada syarat-syarat. If kita tak patuh, ikhtilat yang tadinya hukum harus akan bertukar jadi hukum asalnya iaitu haram dan berdosa!
💝Syarat-syaratnya ialah:
1) Tundukkan pandangan
2) Jangan berkhalwat(berdua-duaan)
3) Jaga jarak
4) Perbincangan dalam keadaan serius
Contohnya: Semasa belajar dalam berkumpulan5)Jaga aurat
6) Tak boleh pakai wangi-wangian
Kesimpulannya, jagalah pergaulan kita terutama dengan ajnabi.... Jangan anggap hal ikhtilat ni perkara remeh atau benda kecil sebab hanya mula dengan ikhtilat boleh berlakunya kepada zina yang dosa besar. Kita perlu cegah sebelum diri kita yang terkena. Moga dijauhkan dari diri kita semua.....In shaa Allah ameen summa ameen.
#muhasabahdiri
Kalau saya ada silap mohon tegur dan betulkan. Saya pun masih budak mentah yang sedang belajar. Terima kasih yang sudi support.💝♥️🤗👍
YOU ARE READING
Tarbiah Hati
RandomBukan manusia sahaja yang perlukan makanan, tetapi hati juga perlukan makanan iatu makanan rohani. Jom sama-sama kita mendidik hati supaya sentiasa istiqomah dalam melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.