ASHRAF menutup permainan video 'Call of Duty' di telefon bimbit Nokia N-Gage QD miliknya, iaitu model telefon yang diciptakan khas untuk menyokong applikasi permainan video. Dia meneguk laju air kopi yang sudah sejuk yang dia ambil sebaik sahaja melangkah masuk ke Malaysia Airlines Domestic Golden Lounge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu. Hampir dua jam setengah selepas mendarat daripada Singapura, Ashraf melepak di situ sementara menunggu penerbangannya ke Tawau pula dan sekarang, dia sudah boleh membuat daftar masuk di kaunter. Ashraf bergegas keluar daripada lounge tersebut dan terus menuju ke Aras Pelepasan di tingkat lima.
Sambil berjalan, dia tersenyum nipis. Hatinya berasa sungguh teruja dan sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memiliki papan luncur air idamannya. Gambaran surfboard seperti yang dia lihat dalam MMS yang di hantar oleh Ako, pemilik kedai barang-barang luncur air di Sabah itu terbayang-bayang di fikirannya. Dia sudah dapat bayangkan reaksi rakan-rakan surfing-nya nanti di saat melihat tandatangan Kelly Slater pada badan surfboard miliknya itu! Hati Ashraf kembang dan bangga!
"Thank you, sir! Have a pleasant journey with Malaysia Airlines..."
Tiket bertukar tangan di kaunter daftar masuk. Ashraf hanya senyum nipis sambil mengangguk kepala. Dia perasan. Petugas wanita yang memakai tanda nama 'Wati' itu memandangnya dengan mata yang tidak berkelip! Ashraf sebenarnya sudah biasa dengan keadaan seperti itu.
Kadang-kala Ashraf fikir mungkin betul kata ibunya yang dia itu sememangnya handsome. Tetapi Ashraf rasa itu hanyalah ketika dia di dalam pakaian seragam kerjanya. Di luar waktu kerjanya pula, Ashraf seorang yang sangat simple! Fesyennya hanya sekadar T-shirt dan seluar three quarter atau 'boardshort' iaitu seluar kalis air setakat lutut yang sering dipakai oleh pemain-pemain papan luncur. Manakala di kakinya pula cuma tersarung sandal atau selipar Quicksilver. Jadi Ashraf kadang-kadang tidak faham apa yang membuatkan pandangan mata orang menyorot ke arahnya ketika dia berimej santai sebegitu. Dia rasa hairan dan kelakar.
Sambil berjalan meninggalkan kaunter, mata Ashraf sibuk membaca butir-butir yang tertera pada tiket di tangannya. Langkah Ashraf terhenti sebentar. Kelihatan kod penerbangannya tertulis...
MH2660.
Kening Ashraf terangkat. Waktu pelepasan pula adalah pukul 2.20 petang manakala gate akan dibuka pada pukul 2.00 petang. Seimbas lalu, Ashraf melihat jam di tangannya.
'Thirteen fifteen hours... Okay, cun...'
Ashraf segera menyimpan tiket untuk bergegas keluar daripada kawasan daftar masuk tersebut. Tetapi entah bagaimana saat dia ingin melangkah, diri Ashraf terkaku dan kakinya membeku. Pandangan matanya seolah-olah ditarik oleh satu kuasa magnet dan saat itu juga, dunia sekeliling Ashraf bagaikan terhenti...
'Whoa...'
Bisik hati Ashraf. Matanya menyorot ke sosok tubuh seorang perempuan tinggi lampai tidak jauh dari tempat dia berdiri. Perempuan itu Ashraf perhatikan jalan terkedek-kedek sambil menarik luggage. Sundress kain kapas setakat lutut dengan potongan off-shoulder di bahagian atas mendedahkan sebahagian besar bahu gadis tersebut dan menampakkan warna tanned keemasan kulitnya. Seksi! Ashraf telan liur...
'Macam princess... Model ke perempuan ni...?' Matanya terus memerhati.
Rambut yang hitam lebat itu Ashraf lihat disanggul tinggi ke atas bersama oversized sunglass yang terselit di kepala. Di tangan perempuan itu pula, terdapat topi jerami berwarna coklat dan beriben hitam dipegang kemas bersama beg luggage berwarna merah.
'Ke... MAS stewardess nak pergi holiday...??' Dia terus tertanya-tanya sendiri.
Gadis 'fashionista' itu dilihat menuju ke arah kaunter daftar masuk yang terletak bersebelahan dengan kaunter Ashraf tadi. Setibanya di situ, gadis itu tersenyum lebar sambil berkata 'hai' kepada petugas kaunter tersebut. Saat terpandangkan senyuman itu, hati Ashraf serta-merta terasa nyaman dan damai!
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...