Sudah seminggu dia bergelar isteri orang dan seminggu jugalah dia hidup merana. Adakah ini balasan buat dia kerana menerima pinangan orang yang belum pernah dikenalinya ? Tapi papa dan mama kenal keluarga Daniel. Kenapa Daniel benci sangat pada aku ? Aku jijik sangat ke pada mata dia ?
"Kau tercegat apa lagi kat situ? Cepat kemas meja ni, aku nak rehat! Nak hadap muka kau selalu buat aku rasa naik mual,"
Begitulah juga hari-hari seterusnya. Ada sahaja hinaan Daniel untuk dilemparkan pada Airah.
Airah mengangguk sahaja. Kalau dia membantah, mampuslah dia. Sabar Airah, ni semua dugaan dari Allah. Airah mengurut dadanya yang terasa sesak. Sebak rasanya. Keluarganya tidak pernah berkasar dengannya selama ini. Inilah kali pertama dia menerima layanan teruk.
"Kau tak payah nak buat muka kasihan kat sinilah. Jijik aku!" Sebelum pergi, Daniel sempat menghamburkan ayat sinisnya.
Airah tunduk.
Daniel terus berlalu menuju ke ruang tamu. Baru sahaja dia ingin memasang suis televisyen, tiba-tiba dia terdengar bunyi benda pecah dari arah dapur. Dia kemudian berlalu menuju kedapur.
"Kau ni kenapa hah !? Tak boleh ke kau tak buat masalah sekali aje !? Mahal pinggan mangkuk ni tahu !?" Jerkah Daniel membuatkan bahu Airah terhinjut.
"Ma..maaf .."
"Kau ingat dengan kata maaf kau, kau boleh ganti pinggan mangkuk yang dah pecah berai ni !?"
Air mata Airah keluar satu per satu dan akhirnya menjadi air terjun. Nayamuk pun boleh berenang kut.
"Stop it ! Jangan nak mohon simpati dari aku ! Aku nak kau kemas semua kaca yang dah pecah ni ! Now !!" Suara Daniel bergema ke seluruh sudut rumah. Kalau boleh, nak sahaja dia lempang si Airah ni. Benci !
Airah perlahan-lahan menunduk sambil memasukkan sisa kaca itu ke dalam tong sampah. Sesekali jarinya terluka kerana terkena kaca. Aku nak diri aku yang dulu ! Jerit hatinya.
Andai ini takdir, aku tak boleh buat apa.
Itulah bisikan hatinya. Selesai membuang kaca tersebut, dia membalut lukanya dengan plaster. Sesekali air matanya menitis. Papa, mama..Airah nak balik.. rintih hatinya. Namun rintihan itu hanya dapat didengar oleh hatinya sahaja.
☆☆☆
Airah meletakkan secawan kopi yang dibancuhnya tadi di atas meja kaca yang tersedia berada di ruang tamu. Daniel diam tanpa berkata. Matanya tertumpu pada skrin handphonenya.
Airah juga turut diam. Dia berlalu masuk ke dalam bilik. Ohh ya,,lupa nak cakap. Airah dengan si Daniel ni tak tidur sebilik. Airah tidur di bilik tetamu. Dia dah ibarat orang asing di situ.
Lama dia merenung siling dan akhirnya dia terlelap. Penat rasanya.
Tiba-tiba pipinya rasa bagai ditepuk. Dengan malas dia membuka matanya.
"Weiii,,dah jauh malam pun kau tak reti nak bangun ke? Cepat pergi masak! Aku lapar dah ni ! Kau nak ke aku mati kebulur!"
Kau mati pun tak apa! Namun kata-kata itu hanya tersimpan di dalam hati. Dia bangun dengan malas lalu turun ke bawah. Setelah 15 minit berlalu, makan malam dah siap. Namun dia tidak makan.
Bukan tak lapar tapi Daniel melarangnya untuk makan hari ini. Airah redha. Dia pasrah dengan takdirnya sendiri.
"A..aku na..naik atas dulu,"
"Suka hati engkaulah! Apa aku kisah!" Bentak Daniel tanpa memandang wajah Airah.
Airah berlari masuk kedalam biliknya. Pintu biliknya dikunci. Di dalam dia menangis sepuas-puasnya.
Dia mencari phonenya lalu mendail nombor telefon Izara. Sahabat baiknya.
"Helo,,kenapa call aku malam-malam ni Rah? Kau ada masalah ke?"
Airah tidak mampu meneruskan kata-katanya malah dia lebih memilih untuk menangis. Izara hairan. Kenapa dengan Airah ni ?
"Rah, are you okay? Hye,,tell me Airah. Aku tahu kau ada problem ni. Ni mesti pasak jantan tu kan? Apa lagi yang dia buat kat kau? Kesabaran aku dah hilang Rah, dia dah melampau,"
"Sabar Zara,, biarlah dia nak buat apa pun. Asalkan hati dia puas!"
"What ? Airah ! Benda ni serius tahu ! Aku tak nak jantan tu dera kau! Kau tu isteri dia! Takkan dia tak ada rasa belas kasihan langsung!"
Airah menangis lagi.
"Inilah engkau Rah, Nangis nangis dan nangis! Aku kesian dengan kau sebenarnya. Kau nak aku terus terang dengan parents kau tak? Aku dqh tak tahan dengan jantan tu! Dia suka dera kau! Dia ingat kau ni orang gaji ke apa siap suruh itu ini! Dasar lelaki dayus!"
"Jangan Zara. Biarkanlah.. aku redha, dah ini takdir hidup aku,"
Airah terus mematikan talian.
☆☆☆
Daniel masih tidak dapat melelapkan matanya walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Daniel mencapai Iphone miliknya lalu menekan ikon WhatsApp. Dicarinya nama Airien lalu dia mula menaip sesuatu.
2 saat sahaja mesejnya dibalas.
Airien Syg:
Sorry syg, I dah jarang text you.. I bukan tak nak text you tapi sekarang I busy tengah jaga company papa I.Daniel:
Its okay sayang.. I harap you tak cari orang lain. I sayang you..Airien Syg:
I'm still love you syg, you janganlah risau. I tahu apa yang I buat.Dan selepas itu Daniel tidak membalas textnya lagi. Daniel cuba untuk melelapkan matanya namun tidak berjaya.
Apahal mata aku ni? Getus hatinya. Ni mesti gara-gara kopi yang perempuan tu bagi aku minum petang tadi! Tak guna! Dia letak apa dalam kopi tu sampai aku tak boleh tidur huh!? Bebel hatinya.
☆☆☆
Izara masih lagi teringatkan Airah. Dia bimbang akan keselamatan Airah. Dasar kau Daniel! Nak mampus agaknya jantan tu! Izara mengepal-ngepal penumbuknya. Kalau jantan tu ada depan mata dia, dah lama dia tumbuk. Biar pecah terus!
"Kalau kau buat kawan aku sakit, siap kau Daniel. Aku akan buat kau merana! Sial punya jantan!" Izara mendengus geram.
Daniel ni pun satu. Tak bolehke dia berbaik sikit dengan Airah tu ? Nak juga berkasar! Kang aku bagi makan penumbuk,padan muka! Izara menarik selimutnya hingga ke hujung dagu. Mengantuk pula rasanya seharian bekerja.
Sedar tak sedar, dia sudah terlena dibuai mimpi. Mimpi apa ? Tentang dia dengan boyfriend agaknya..
YOU ARE READING
Beriku Peluang Kedua
RomanceCinta itu automatik hadir dalam diri kita walaupun bukan kemahuan kita dan jodoh itu telah ditakdirkan oleh Allah. Walaupun seberapa banyak kali pun kita cuba tolak takdir, namun ia tetap akan datang juga..