BAB 2

42 1 0
                                    

Airah menggeliat lalu memandang ke arah jam yang masih elok melekat pada dinding. Pukul 6 pagi! Cepatnya masa berlalu.

Airah bangun kemudian masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan badan. Setelah itu, dia turun ke tingkat bawah untuk menyediakan sarapan buang sang suami.

"Awak,, sarapanlah dulu. Saya dah siapkan sarapan pagi untuk awak. Sebelum kerja, elok sarapan supaya taklah dapat gastrik," ujar Airah. Cuba berbaik dengan Daniel.

Namun Daniel hanya menjeling Airah kemudian keluar.

"Daniel ..."

"Don't say my name ! I don't like it !" Marah Daniel.

Airah menarik nafas dalam-dalam. Salah kah dia menyebut nama suami sendiri ? Aku nak balik ! Aku rindu papa, aku rindu mama, aku rindu abang! Aku rindu semuanya.

"Kalau kau nak sarapan, sarapanlah sendiri. Tak perlu ajak aku ! Aku boleh je breakfast kat luar tu ! Aku juga tak hadap dengan semua masakan kau ! Baik aku makan aje kat luar !"

Airah tunduk sehingga kereta yang dipandu oleh Daniel hilang dari pandangan matanya.

Argh ! Kenapa hidupnya tak bahagia macam orang lain ? Kenapa dia tidak mampu kecapi bahagia ? Adakah aku benar-benar jijik di mata Daniel ?

Kriiinggg!

Airah menyambut panggilan tersebut tanpa melihat nama si pemanggil terlebih dahulu.

"Hello,,ini siapa ya?"

"Amboii.. baru seminggu bergelar isteri, dah tak ingat aku. Baru semalam kut kau call aku,"

"Oh.. sorry Zara.. aku serabut sangat! Aku tak tahu apa masalah Daniel pada aku! Kalau dia tak suka kahwin dengan aku,,kenapa dia tak bantah aje? Kan senang! Dia tu lelaki,"

"Jantan tu cari pasal lagi erk ? Kang ada juga yang rasa penumbuk aku ni,"

"Sabarlah Zara.. aku hanya mampu redha dengan takdir hidup aku. Yang penting, kita kenalah selalu berdoa supaya sikap Daniel berubah."

Izara terdiam. Dalam masalah macam ni pun Airah tetap mempertahankan Daniel. Daniel tak sedar ke semua tu ? Daniel tak ambil peduli ke fasal Airah ? Sepatutnya Daniel beruntung sebab ada isteri sebaik Airah.

"Oklah Rah, aku banyak kerja nak buat ni. Aku call kau lagi nanti ye? Bye,"

Setelah memberi kata putus, Izara telah pun menamatkan perbualan di antara mereka.

☆☆☆

Airah menghantar pesanan ringkas pada Daniel bahawa dia hendak pergi ke rumah mama sekejap. Daniel hanya membalas dengan perkataan "ok".

"Macam mana jadi isteri Niel sayang? Happy?" Soal Datin Azura sambil mengurut bahu anaknya.

Happy ? Adakah dia happy ? Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan dia sekarang.

"Bolehlah," jawab Airah acuh tak acuh.

"Ada tak minta izin suami untuk keluar rumah?" Soal Datuk Azhar pula.

Airah mengangguk. Walaupun dia minta izin sekalipun, Daniel tetap takkan mencarinya! Lebih baik tak payah beritahu.

Aku ingin menceritakan pada papa dan mama apa yang telah aku lalui selama menjadi isteri Daniel namun aku takut family Daniel mendapat malu. Jadi aku memilih untuk pendam sahaja. Selagi aku boleh sabar, aku sabar!

Beriku Peluang KeduaWhere stories live. Discover now