BAB 3

36 1 0
                                    

Tut ! Tut !

Airah yang baru sampai rumah terus mengeluarkan phone Iphone 6 plus lalu menekat ikon WhatsApp. Oh..ada pesan daripada Izara.

Izara:
Rah, aku nampak laki kau keluar dengan pompuan lainlah. Seksi gila pompuan tu. Macam tak cukup kain je aku tengok.

Airah menarik nafas dalam-dalam. Huh! Buat apa nak serabutkan kepala fikir fasal si Daniel ni ? Tak ada masa ! Daniel pun tak pernah fikir fasal dia !

Izara:
Kau bluetick aku ?

Airah:
Peduli apa dia nak keluar dengan siapa tu urusan dia. Malas aku nak tegur. Kalau aku tegur, mati aku dia kerjakan,

Giliran Izara pula memblutik. Hmmm ! Dasar punya sahabat ! Airah naik ke tingkat atas. Dia masuk ke dalam bilik Daniel. Kemas ! Airah tersenyum. Sekurang-kurangnya Daniel tahu kemas bilik sendiri. Bukan macam abangnya! Nak juga Mak Jah yang kemaskan!

Satu per satu langkah diukir dan akhirnya dia tiba di meja solek Daniel. Meja solek? Ingat perempuan je ada meja solek ? Lelaki pun ada jugalah ? Lelaki kan suka perasan hensem.

Airah tergelak. Eh,,kenapa aku gelak ni ? Airah menepuk-nepuk pipinya. Tiba-tiba dia ternampak sebingkai gambar di atas meja solek tersebut. Perlahan dicapai lalu ditatap gambar itu dengan lama.

Cantik perempuan ni ! Inikah gadis yang keluar dengan Daniel tadi ? Pasti mereka mempunyai hubungan istimewa bukan ? Argh! Peduli apa dia ? Terpulang pada Daniel nak keluar dengan siapa.. dia bukan siapa-siapa di mata Daniel.

Airah meletakkan kembali gambar itu di tempat asal. Gambar itu ditatap lama sebelum dia memulakan hasrat untuk keluar dari bilik Daniel.

Namun ...

"Kau buat apa dalam bilik aku ?" Sergah satu suara.

Alamak ! Mampus ! Airah menoleh perlahan-lahan ke arah siapakah empunya gerangan suara tadi. Daniel ! Memang betul sangkaannya.

"Err..saya just,,tengok-tengokkan bilik ni. Mana tahu kotor, nanti bolehlah aku kemaskan," kata Airah perlahan namun kepalanya ditundukkan.

Daniel tersenyum sinis. "Aku tahulah nak jaga bilik aku macam mana ! Boleh tak lain kali jangan lagi masuk bilik aku sesuka hati ? Aku tak suka sebab aku anggap tu menceroboh namanya !"

Airah mengangguk lemah. Tanpa diminta, dia terus keluar dari situ lalu masuk ke dalam biliknya.

☆☆☆

Daniel memegang perutnya yang dah memulas minta diisi. Dia melangkah menuju ke dapur dan terus membuka penutup makanan. Aik kosong je ! Minah bengong tu pergi mana?

"AIRAH!!" bergema suara Daniel.

Airah berlari-lari menuju ke dapur. Apahal mamat tu panggil?

"I'm hungry," kata Daniel. Airah faham lalu dia mencari makanan yang boleh dia masak. Setelah beberapa minit, meggi yang dimasak Airah siap. Dia meletakannya di atas meja.

Wajah Daniel berkerut seribu. Meggi je? Tak ada makanan lain ke ? Daniel memandang sekeliling dapur. Rasanya barang dapur masih banyak tapi kenapa meggi sahaja ? Ataupun Airah ni nak kenakan aku? Bebel hatinya.

"Kau tak reti nak masak makanan lain ke? Meggi je?"

Airah menarik nafas dalam-dalam. Yang penting bersyukur jelah ada makanan. Namun ayat itu hanya tersemat di dalam hati.

"Kau pekak ke apa ?"

"Maafkan saya,,saya penat. Saya tak larat nak buat kerja. Tadi lepas balik dari rumah mama, saya mengantuk. Sebab saya tolong mama bersihkan kawasan rumah,"

"Amboi habis rumah sendiri yang macam longkang kau tak reti nak kemas ke !?"

Airah pandang sekeliling rumah. Elok saja rumah ni. Mata si Daniel yang tak okay kut.

"Bersih je rumah ni saya tengok," jawab Airah memberanikan dirinya. Dia tahu dia bakal dapat hadiah daripada Daniel. Nak tak nak dia terpaksa hadap semua tu.

Daniel mula panas hati. Meja ditumbuk lalu dia berdiri. Wajah Airah dicengkam kuat tanpa belas kasihan langsung. Airah cuba menepis tangan Daniel namun tidak berjaya. Cengkaman Daniel terlalu kuat.

"Pandai kau menjawab erk ? Kau buat je lah apa yang aku suruh ! Rumah orang kau rajin kemas ! Your home ?! Macam pembuangan SAMPAH ! Kau ni sebiji je macam SAMPAH SARAP!"

Airah terkedu. Air matanya menitis. Hina sangatkah dia di mata Daniel ? Soalan itu selalu muncul di benak fikirannya.

"Wow ! Kau ingat kalau kau nangis aku akan pujuk kau macam dalam novel tu semua ? Macam dalam drama Tv 3 ? Memang taklah !" Daniel sempat menampar wajah Airah sebelum dia berlalu naik ke tingkat atas.

☆☆☆

Daniel puas ! Airah..Airah.. selagi kau bersama aku, selagi tu kau akan merana! Aku takkan sesekali biarkan kau gembira walau sedikit pun!

Daniel melihat tapak tangannya yang digunakan untuk menampar Airah tadi. Terbit senyuman jahat di bibirnya.

☆☆☆

"Mama, adik nak balik tinggal dengan papa dan mama, adik tak kuat," rintih Airah perlahan. Kalau abangnya ada, tentu dia dipujuk.

Air matanya kian deras mengalir. Ya Allah
Aku tak kuat nak menghadapi dugaan ini Ya Allah. Kau kuatkanlah aku. Doa Airah.

Pipinya disentuh kejap. Masih terasa perit.

Kau kejam Daniel! Airah menangis lagi. Sejujurnya dia sayangkan Daniel tapi bila difikirkan balik, dia hanya bertepuk sebelah tangan. Apakah dia masih ada harapan untuk membahagiakan Daniel ?

Kriingg!

Airah melihat nama si pemanggil. Lovely mom. Airah menggeser ikon hijau untuk menjawab panggilan.

"Assalamualaikum,"

"Walaikumsalam mama,"

"Eh..kenapa suara adik mendatar ni ? Adik nangis ke ?"

Airah terkejut. Mama perasan ke ?

"Haha..tak ada lah mama,, adik nangis sebab adik tengok movie korea ni hah. Sad ending betul..hehe. mama kenapa call adik ni,"

Huhu! Melepas! Kata hatinya.

"Ni, mama nak malam ni,,adik dengan Daniel datang sini. Kita makan malam sama-sama,"

"O..ok ma, bye.. adik bagitau Daniel dulu erk,"

Talian dimatikan. Datin Azura menggeleng-gelengkan kepalanya. Sikap Airah masih sama seperti dulu. Belum apa-apa lagi dah tutup phone.

"Apa Airah balas ?" Soal Datuk Azhar. Inginkan kepastian. So senanglah dia nak confirmkan benda ni pada parents Daniel.

"Dia cakap okay," jawab Datin Azura.

Datuk Azhar mengangguk-anggukkan kepalanya. Jadi malam ni, beramai-ramailah mereka makan. Ni barulah family sebenar.

Beriku Peluang KeduaWhere stories live. Discover now