BAB 4

39 1 0
                                    

Malam itu ...

"Assalamualaikum," Airah memberi salam lalu masuk ke dalam rumah Datin Azura yang tak lain tak bukan mamanya.

"Walaikumsalam," salamnya disambut dengan baik. Datuk Deal dan Datin Daurah juga ada sekali. Daniel duduk di sebelah papanya.

"Eh, apahal pula duduk sebelah papa ? Duduklah sebelah wife kamu tu," usir Datuk Deal.

Airah tunduk sahaja. Takut memandang reaksi Daniel ketika itu yang sedang memandang tajam ke arahnya. Nak tak nak, Daniel terpaksa berdiri lalu duduk di sebelah isterinya.

"Dah seminggu korang kahwin. Masih tak ada rezeki ke nak dapat anak ? Mama dah tak sabar nak timang cucu ni," ujar Datin Daurah membuka topik perbualan.

Airah gugup. Dia diam. Malu tapi dia lagi takut jika Daniel akan memarahinya selepas ini.

"Apa mama ni, baru seminggu takkan dah nak ada anak kut. Belum ada rezeki, nak buat macam mana. Kan, sayang kan?" Drama pula si Daniel ni. Airah hanya tersenyum kelat sambil menganggukkan kepalanya.

Daniel tersenyum syaitan. Gila agaknya!

"Cepat-cepatlah ada anak, mama juga teringin sangat nak timang cucu ni," sokong Datin Azura pula.

Airah menutup matanya. Allahuakhbar,, semua orang dalam rumah ni dah kenapa? Airah rasa seperti hendak lari dari situ.

"Err.. mama, adik pergi luar kejap erk? Nak ambil angin jap, lagipun Mak Jah belum siap masak lagi kan?" Airah kemudiannya berlalu pergi dari situ. Tidak ingin membincangkan topik ini lagi.

Di luar rumah, dia mengambil tempat untuk duduk di bawah pokok mangga yang berada di sebelah rumahnya. Angin malam yang bertiup sepoi-sepoi membuatkan jiwa Airah terasa sedikit tenang. Namun ketenangannya hanya sebentar sahaja selepas melihat kemunculan Daniel. Nak cari fasal agaknya.

"Kau jangan nak berangan ada anak dengan akulah perempuan!"

"Saya tak beranganlah, saya just nak ambil angin,"

"Ke nak aku ambil hati kau ?"

"Apa maksud awak ni?"

Daniel tidak menjawab malah dia terus berlalu masuk ke dalam rumah. Airah hanya mampu bersabar.

☆☆☆

"Sayang, makanlah banyak sikit. Nanti sayang sakit macam mana ? Abang juga yang susah," ujar Daniel dengan segaris senyuman. Ikhlaskah senyuman itu ? Tidak!

Airah hanya tersenyum. Dia tahu itu hanyalah satu drama.

"Hah, macam nilah baru suami sweet. Romantik." Kata Datuk Deal lalu semua isi rumah tergelak.

Romantik ? Depan parents mungkin nampak sweet. Tapi kalau kat belakang, lain jadinya.

Daniel seperti ingin muntah.

Airah menyuap dua tiga sudu nasi ke dalam mulutnya. Setelah itu, seleranya hilang. Tak tahu pula kenapa?

"Lepas ni,,cepat-cepatlah Airah dengan Niel buat anak," ujar Datin Daurah. Semua orang tergelak kecuali Airah dan Daniel. Mereka hanya tersenyum pahit.

☆☆☆

Malam ni, Airah dan Daniel bermalam di rumah Datin Azura. Katanya tak elok bawa kereta tengah malam. Datuk Deal dan Datin Daurah juga ingin bermalam di situ tetapi oleh kerana esok mereka ada meeting awal, terpaksalah mereka balik.

Beriku Peluang KeduaWhere stories live. Discover now