BAB 5

48 1 0
                                    

Airien membuka pintu apabila loceng rumah berbunyi. Eh,,Daniel !

"Sayang.. I miss You !" Airien pantas memeluk Daniel. Hmm.. tak ada ikatan pun boleh peluk bagai erk ?

"I miss You too," Daniel mengucup pipi Airien. Saat bersama Airien, dia merasa sedikit tenang.

Daniel duduk di atas sofa manakala Airien duduk di atas ribanya. Kalau tomboy yang nampak,,muntah habis !

"I serabutlah sayang. Kat rumah tu bukan boleh buat apa pun ?" Luah Daniel seraya memeluk pinggang Airien.

Airien tersenyum manis membuatkan jiwa kelelakian Daniel tergugat. Airien melingkarkan tangannya ke leher Daniel.

☆☆☆

"Daniel tak patut layan kau macam tu. Kalau aku jumpa jantan tak guna tu,, nak aje aku lempang muka dia..biar nampak macam longkang!" Gerutu Izara sambil mengepal-ngepal penumbuknya.

Dah lama dia bersabar dengan Daniel. Tak apa ! Kali ni dia sabar sahaja. Tapi kalau lepas ni Airah dapat masalah atau sakit sebab dia,, aku akan hancurkan kau Daniel! Jerit hati Izara.

"Tak apalah Zara. Dah takdir aku kut. Hidup aku dah tertulis macam ni. Kalau betul dia jodoh aku,,insyaallah allah akan buktikan suatu hati nanti," ujar Airah lalu menepuk-nepuk bahu kawannya.

Dipeluknya Izara kejap.

Lepas ni Izara akan balik Australia ikut parents dia. May be two month kat Australia tu. Entahlah!

"Aku doakan kau dapat jodoh dengan lelaki yang baik, setia, penyabar dan penyayang," kata Airah perlahan. Sayu.

Terpaksalah dia menjalani hari-harinya tanpa teman lepas ni. Izaralah satu-satunya sahabat baiknya dari sekolah menengah lagi.

"Insyaallah,, aku juga doakan, Daniel mampu berubah. Aku tak nak bila aku balik Malaysia nanti, korang masih dingin antara satu sama lain."

"Thanks doakan aku Zara,"

"Welcome," Izara senyum. "Aku dah kena gerak ni Airah. Flight aku tinggal 5 minit je lagi. Aku pergi dulu. Bye," Izara sempat memeluk Airah buat kali terakhir. Lama kut 2 bulan tu.

"Be careful Zara,"

Izara hanya memberikan isyarat tangan yang bermaksud 'ok'. Airah mula mengatur langkah untuk pergi. Dia ingin balik. Ingin berehat. Penat!

☆☆☆

Airil yang sedang berjalan keluar dari kedai buku tiba-tiba terlanggar seseorang. Bungkusan yang dipegangnya terlepas.

"Sorry.." gerangan perempuan itu mengambil semula bungkusan yang terjatuh sebentar tadi. Lalu ianya diserahkan kepada Airil.

Airil melihat perempuan itu tanpa berkedip. Cantik!

"Encik,,hello.. are you okay ?"

Airil cepat-cepat mencapai bungkusan tersebut bagi menutup malu. "Aku okay." Jawab Airil dua patah.

Perempuan itu tersenyum. Ya Allah.. janganlah senyum tayang gigi cik adik oii.. cair hati aku! Bebel hati Airil.

"Hai, saya Balqis, and you?" Tanpa dipinta, perempuan yang bernama Balqis itu menghulurkan tangannya sambil memperkenalkan diri.

Beriku Peluang KeduaWhere stories live. Discover now