Daniel hairan. "Awak nangis erk ?" Daniel mematikan gas lalu dia berdiri menghadap Airah. Tangisan Airah semakin menjadi-jadi. Daniel menggaru-garu kepalanya yang tidak terasa gatal.
"Awak okay tak ni ?" Soal Daniel lagi.
"Sorry kalau awak marah, tapi tolong jangan marah saya. Saya tak nak awak marah saya, saya cuma nak berbaik dengan awak, boleh tak awak jangan marah saya lagi lepas ni ?"
Daniel tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dihapusnya air mata Airah lalu wajah Airah di dongakkan untuk memandangnya.
Kesian pula gadis pendek ni. Seringkali mendapat hinaan daripadanya. Namun dia sudah buat keputusan untuk berbaik dengan Airah. Bagi dia, Airien tidak penting lagi bagi dirinya.
"Awak ada nampak muka saya ni macam marah ke ? Tak ada kan ? Janganlah nangis macam ni, sedih pula saya tengok. Ya, saya tahu..selama ni awak banyak menangis sebab saya, tapi saya dah berubah. Saya takkan marah awak lagi." Ujar Daniel seraya memeluk Airah. Tangisan Airah akhirnya redha.
"Boleh tak awak sayang saya seperti orang lain ?" Soalan tu tiba-tiba terpacul daripada mulut Airah.
"Insyaallah, saya akan cuba untuk menyayangi awak. Macam ni lah, apa kata kita buat kontrak. Boleh?"
"Kontrak ?"
"Hmm.. kita buat kontrak selama 1 bulan. Kalau kita tetap tak saling mencintai, kita cerai," jawab Daniel.
Airah tertunduk. Cerai ? Tapi aku dah mula sayang kau Daniel..aku tak nak berpisah dengan kau. Ya Allah, terbitkanlah rasa cinta di hatinya buat aku. Doa Airah dalam hati.
☆☆☆
Selesai menjamah makanan, Airah mengemaskan dapur sebelum naik ke atas. Bila dibuka sahaja biliknya, kelihatan Daniel enak sekali baring di atas katilnya. Airah berdebar. Apa Daniel buat di sini.
Airah melangkah masuk.
"Apa awak buat kat sini ?" Soal Airah ragu-ragu.
"Tak boleh ?"
"Bukan tak boleh tapi ...".
"Awak takut ?"
"Err.. entahlah," akhirnya itu sahaja yang keluar dari mulut Airah. Airah duduk di sofa yang sedia ada di dalam biliknya.
Dia masih tidak biasa sebilik dengan Daniel kerana selama ini dia tidur seorang.
"Sinilah cepat," kata Daniel. Airah ingin membantah namun dia takut Daniel marah. Dia perlu jaga hati suami. Tak elok selalu marah.
Dia kemudian berdiri lalu melangkah mendekati Daniel yang sudah duduk bersila di atas katil. Mahu tak mahu dia terpaksa duduk bertentang mata dengan Daniel. Bukan tidak sudi tapi dia takut.
Daniel menarik Airah ke dalam pelukannya. Ya Allah, tumbuhkanlah rasa cinta di hatiku buat isteriku Ya Allah.. dalam hati Daniel berdoa.
"Saya akan cuba untuk menyayangi awak," satu baris ayat yang buat kali kedua didengar oleh Airah.
"Kalau awak tak dapat menyayangi saya?"
"I'm sorry.. saya terpaksa ceraikan awak,"
"Tolong jangan tinggalkan saya, saya sayangkan awak.."rintih Airah..
YOU ARE READING
Beriku Peluang Kedua
RomanceCinta itu automatik hadir dalam diri kita walaupun bukan kemahuan kita dan jodoh itu telah ditakdirkan oleh Allah. Walaupun seberapa banyak kali pun kita cuba tolak takdir, namun ia tetap akan datang juga..