BAB 8

33 1 0
                                    

Daniel memberi salam kemudian masuk ke dalam rumah. Kelihatan Airah sedang menyediakan minum petang. Dalam diam dia tersenyum. Tapi dia belum pasti sama ada dia menyayangi Airah ataupun tak.

"Eh, awalnya balik," kata Airah. Happy.

Daniel tiba-tiba tersenyum jahat. "Kenapa ? Salah ke aku balik awal ? Ke kau nak aku merempat kat office tu ?" Wajahnya sengaja diseriuskan. Dia nampak perubahan wajah Airah dengan jelas.

Airah tunduk. Salahkah dia bertanya ?

"Saya tanya je sebab selama ni awak balik lewat," jawab Airah perlahan. Namun kepalanya masih ditundukkan.

Daniel mendongakkan kepalanya. Wajahnya yang serius tiba-tiba tergelak. Airah juga sebenarnya hairan.

"Main-main jelah, tak marah pun. Yang awak takut sangat kenapa ?"

"Dah awak bercakap macam nak telan orang, siapa tak takut,"

"Mana adalah. Saya saja usik awak. Saya mandi dulu, nanti kita minum petang sama okay ?"

Airah tersenyum kemudian mengangguk.

☆☆☆

Airah duk tercegat kat depan pintu dapur dek curi-curi pandang si sang suami. Tahulah suami dia hensem ala-ala pelakon korea. Tapi, tak guna juga kalau tak saling mencintai.

"Kenapa awak pandang-pandang saya macam tu ? Saya ada buat silap ke ?" Soal Daniel bagi menamatkan lamunannya.

Airah tersengih seperti kerang busuk.

"Tak adalah, saya haus."

"Mmm," itu sahaja ? Airah dapat mengagak tentu Daniel marah. Airah mengeluh perlahan tapi masih dapat didengar oleh Daniel.

"Kenapa mengeluh ?"

"Manalah tahu awak marah. Emosi awak ni bila-bila masa boleh berubah."

"Lah,,tu je ? Tak adalah. Jangan fikir banyak sangat, keluar nak ?"

Airah duduk di sebelah Daniel.

"Pergi mana ?"

"Taman ?"

"Saya okay je, kalau awak nak, tapi kalau awak tak nak, jangan paksa diri awak," ujar Airah. Senyum.

Daniel juga bersetuju untuk keluar bersama Airah. Apa salahnya kan ? Airah juga isterinya. Manalah tahu kut kut jatuh cinta pada si isteri. HAHAHA.

☆☆☆

Airah menghirup udara segar. Huaaaaah, best juga keluar petang-petangkan ? Dibuka kejap Iphone 6 plus miliknya. Dia menekan ikon WhatsApp lalu mencari nama Izara.

Airah:
Assalamualaikum, macam mana kat Australia ? Best tak ? Seronoklah engkau dapat pergi sana. Lain hari aku pula 😂

Izara:
Walaikumsalam..best jugalah. Tapi yang tak bestnya tak ada boyfriend. Kau tolong carikan boleh ?

Airah:
Eheh..aku pula. Hello,,aku ada husband okay ? Mampus aku kalau aku cari boyfriend untuk kau. Tak pasal-pasal aku yang kena hadap ngamuk dia tu.

Izara:
Ha'ahlah.. tolong cari boyfriend je kut. Bukannya aku suruh kau kahwin 2. Hampeh.. hah, eloklah tu. Sekali aku dengar fasal Daniel. So, Daniel masih marah-marah kau tak ?

Airah:
Tak. Aku dan dia dah berbaik tapi not to fall in love. Kami buat kontrak selama sebulan. Kalau dalam masa sebulan tu aku dan dia tak saling mencintai, dia ceraikan aku..

Sebut sahaja perkataan cerai, sebak pula hatinya. Cerai ? Perlukah sampai bercerai ?

Izara:
Omg😱kau ni biar betul. Sebulan ?

Airah:
Ha'ah.. aku off dulu erk. Suami aku dah datang tu. Bye.

Pantas Airah menutup Iphonenya lalu dia menyimpan di dalam poket seluar. Tudung bawalnya yang sedikit senget dibetulkan.

Daniel duduk di sebelah Airah. Dilihatnya Airah yang sedang membetulkan tudungnya. Comel siak minah pendek ni. Getus hatinya. Dia tersenyum dalam diam.

"Amboii, makan aiskrim tak ajak pun," usik Airah setelah selesai membetulkan tudungnya. Daniel tergelak. Dia sengaja hanya membeli membeli sebatang aiskrim. Bolehlah dia kongsi dengan Airah

"Eh, nak juga rupanya. Ingatkan tak nak." Daniel membalas usikan Airah.

"Takpe takpe.. Airah pun boleh belilah," rajuk Airah kemudian berdiri. Baru sahaja dia ingin melangkah, tangannya ditarik kembali.

"Sit down,"

Airah menurut. Daniel menyuakan aiskrim itu ke mulut Airah. Airah tersipu malu. Oleh kerana dia teringin nak makan aiskrim, dia menyambut suapan Daniel.

Daniel ni sweet juga kan sebenarnya ?

"Bro.. kau pun kat sini ?" Sapa satu suara yang tidak lain tidak bukan iaitu Shahrul.

"Eh, Shah.. ha'ah. Aku keluar dating dengan wife aku. Tak boleh ke ?" Daniel menjongketkan keningnya.

Shahrul tergelak. "Bukannya tak boleh. Aku boleh tak kenal-kenal dengan wife kau ? Lawa siak bini kau ?" Giliran Shahrul pula memulangkan paku buah kerasnya pula.

"Kau jangan macam-macam Shah.. silap-silap kau yang masuk icu tahu," ujar Daniel. Entah kenapa, dia cemburu bila Shahrul cakap macam tu tentang isterinya.

"Ehh, kau juga yang nak kenal dengan bini aku, aku pun nak kenal juga dengan bini kau yang cantik molek ni,"

"Abang jangan menggatal erk ? Ana tumbuk muka abang tu, biar padan muka," kata Hana. Isteri kepada Shahrul.

"Hah, dengar tu Shah, pecah muka hang pasni, elok doh," perli Daniel.

Airah hanya menjadi pemerhati di situ. Dia tidak kenal Shahrul pun. Hana pun tak. So lebih baik diam. Eh, bukan ke bagus kalau saling berkenalan ?

"Awak okay tak ni ?" Daniel perasan Airah lebih banyak mendiamkan diri.

"Hah ? Err ..o..okay. Saya okay. Kenapa ? Nampak macam tak okay ke ? Sorry, sebab saya belum biasalah," jawab Airah.

Daniel menggeleng-gelengkan kepalanya lalu merangkul erat bahu isterinya. Airah terkejut dengan tindakan Daniel.

"Macam tak okay je ?"

"Okay, sayang okay je, upsss," setelah menyedari dia tersasul..lantas mulutnya ditekup. Malu nak mampus!

Daniel dan Shahrul tergelak. Hana juga tidak terkecuali.

Beriku Peluang KeduaWhere stories live. Discover now