-Sebulan kemudian-
Daniel dan Airah sedang bergerak menuju ke rumah papa dan maman Airah. Katanya, hari ni mereka hendak makan malam sekeluarga.
"Awak, saya nak bincangkan soal kontrak yang kita buat dulu," Daniel bersuara bagi memecahkan keheningan malam.
Airah semakin berdebar. Dia dah lupa soal kontrak tu tapi rupanya Daniel masih ingat. Apakah keputusan yang Daniel buat ? Kenapa hati aku sebak sangat ni ?
"Saya dah buat keputusan dan saya harap keputusan ni terbaik buat kita," kata Daniel dengan wajah serius. Tiada raut gembira di wajahnya. Airah sudah dapat mengagak apakah yang akan terjadi. Dia redha.
"Ok, then teruskan apa yang awak nak cakap, saya setia mendengar,"
"Saya dah fikir seribu kali, so.. " Daniel memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia mengetuk-ngetuk kepalanya memikirkan apa yang patut dia cakap.
"Saya dah buat keputusan, kita ..."
"Ya, saya dah tahu jawapan awak," kata Airah sebak.
"I'm sorry Airah,kita ..."
"Cerai ? Then teruskan. Saya redha. Cinta tak boleh dipaksakan ? Saya tak nak awak bersama saya tapi awak tak sayangkan saya, tak cintakan saya. Kalau cerai adalah keputusan terbaik, kita cerai," apa yang aku cakap ni ? Marah Airah dalam hati. Sebak hatinya. Dia sakit hati mendengar ayatnya sendiri. Rasa seperti nak terjun je dari kereta.
"Heii,, apa awak cakap ni ? Bukan macam tulah, biar saya habiskan dulu apa yang saya nak cakap. Okay?"
Airah mengangkat wajahnya yang sembab dek air mata yang semakin deras mengalir. Serba salah Daniel dibuatnya.
"Saya dah fikir seribu sejuta kali fasal kontrak ni. Dan saya dah buat keputusan terbaik. Kita batalkan kontrak tu," ayat Daniel membuatkan wajah Airah berseri kembali. "Yes, saya sayang awak, saya cintakan awak sepenuh hati saya,"
Tangisan Airah makin menjadi-jadi. Gila tak sedih! Syukurlah kontrak tu dibatalkan.
"Saya ingat awak nak cakap cerai tadi,"
Daniel menarik Airah ke dalam pelukan. "Tulah, lain kali dengar dulu apa yang orang nak cakap. Jangan nak mencelah sana sini, padahnya macam ni lah."
Airah tersengih. Haihh..budak-budak.
"Dah dah.. saya nak pandu kereta ni, awak tidurlah dulu. Nanti kalau dah sampai saya kejutkan awak."
"Tak nak"
"Kenapa?"
"Takut awak lari," jawab Airah selamba. Haih,muka tak ada rasa malu langsung.
Daniel menggeleng-gelengkan kepalanya. "Saya tengah memandu sayang oii.. macam mana nak lari ?"
"Alaa.. kut kut awak buang saya tepi jalan lepas saya tidur nanti,"
"Awak ni lawaklah. Saya tak sanggup buang orang yang saya sayang tahu ? Apatah lagi nak tinggal 5 minit. Memang saya tak nak. Kalau boleh, saya nak 48 jam berkepit dengan awak tahu,"
Airah tergelak. Sekarang dia mampu bahagia dengan Daniel. Suami tercinta.
☆☆☆
Airil memperkenalkan Balqis kepada ahli keluarganya. Katanya, Airil ingin berkahwin dengan Balqis pertengahan bulan ni. Ibu bapa Balqis, Datuk Badrol dan Datin Basya hanya menurut kata anak mereka. Jika itu boleh buat Balqis bahagia, mereka juga bahagia.
"Eloklah Ril kahwin, takkan dah 30 tahun tak reti reti nak kahwin lagi," ujar Datuk Azhar. Seisi rumah tergelak.
"Selama ni Airil susah nak terima mana-mana perempuan. Tapi kalau dengan Balqis lain pula jadinya," ujar Datin Azura.
Balqis tersipu malu. Dia mengerling ke arah Airil. Wajahnya merona merah. Belum apa-apa lagi, dah terima berbagai-bagai usikan dari family Airil.
"Aish.. budak berdua tu kat manalah sekarang. Lambat sangat sampai," kata Datin Daurah.
"Ha'ah.. dah berapa jam kita duduk kat sini tak juga sampai-sampai, bang ..Az tak sedap hatilah," ujar Datin Azura. Minta dijauhkanlah perkara yang tidak diingini.
"Jangan fikir bukan-bukan Az, kejap lagi sampailah tu," nasihat Datuk Azhar.
15 minit kemudian ...
"Assalamualaikum," kedengaran orang memberi salam dari luar rumah.
Laju Datin Azura dan Datin Daurah menuju ke pintu utama. "Airah,"
"Lah,,dua-dua cari Airah. Habis yang sorang ni siapa nak cari ?" Rajuk Daniel.
"Kamu lelaki. Papa papa sekalianlah yang cari," jawab Datin Daurah selamba. Daniel mencebik. Alah..bukan nak cover dia pun. Masam saja muka Daniel semasa menapak masuk ke dalam rumah. Airah serba salah. Cepat sahaja Airah menggapai tangan Daniel. Takut pula Daniel marah.
"Hah Niel, eloklah dapat wife macam Airah ni. Asyik nak berkepit aje tiap masa, tak puas ke tinggal sebumbung tidur sebilik kat rumah tu,"
"Hah ?!!" Cepat Airah melepaskan tangan Daniel. Daniel tergelak melihat wajah cemberut Airah. Tu lah, lain kali tengok sekeliling dulu.
☆☆☆
Setelah selesai makan malam, mereka semua berkumpul di ruang tamu sambil minum kopi. Airah pula duk berkepit dengan si sang suami. Tak boleh lepas langsung.
"Adik, takkan adik tak puas lagi duduk berdua dengan Daniel kat rumah tu, sampai kat rumah mama pun tak lepas tangan si Daniel. Kesian pula abang tengok si Daniel ni. Tak nak rimas ke? kalau abang, abang dah lama lempang perempuan macam tu tau,"
Merona merah wajah Airah menahan malu. Apa tak malunya ? Dah depan family Airil mengata. Memang tak ada lesen betul abangnya yang sorang ni.
"Amboii, sedapnya mulut duk mengata. Habis yang awak tu duk berkepit dengan saya tiap masa tu dah kenapa ?" Perli Balqis membuatkan suasana ruang tamu malam itu agak ceria.
"Eh, saya lain," Airil menutup malunya sendiri. Terkekeh-kekeh Airah mendengar ayat yang keluar dari mulut Balqis. Padan muka!
"Hah, yang dok terkekek-kekek ni, bila nak dapat anak ? Mama dah tak sabar nak dapat cucu ni, dah lama mama tunggu berita nak dapat cucu," ujar Datin Azura.
Purftt!! Kopi yang diminum Airah tadi tersembur kembali. Mak aihh! Kalau ya pun janganlah cakap depan semua orang. Malu!
"Awak okay tak ni ?" Soal Daniel sambil menepuk-nepuk belakang Airah.
"Okay je. Mama ni hah, tak ada lesen betul, mana nak letak muka Airah ni," muncungnya memanjang macam paruh itik dah orang tengok.
Semua yang ada di ruang tamu ketawa. Merah padam wajah Airah.
☆☆☆
Malam tu, Datuk Azhar menyuruh anak dan menantunya tidur di rumahnya. Lagipun, esok Daniel tak pergi kerja kan ?
Hah,,eloklah tu bermalam kat sini. Keluarga Balqis juga turut bermalam di situ atas arahan Datin Azura. Tidak terkecuali juga parents Daniel untuk bermalam di situ.
Esok pagi masa sarapan pagi, bolehlah ceria sikit.
YOU ARE READING
Beriku Peluang Kedua
RomanceCinta itu automatik hadir dalam diri kita walaupun bukan kemahuan kita dan jodoh itu telah ditakdirkan oleh Allah. Walaupun seberapa banyak kali pun kita cuba tolak takdir, namun ia tetap akan datang juga..