BAB 10

40 1 0
                                    

Airah meletakkan bantal peluk di antara tempat tidur dia dengan Daniel. Daniel pula hairan tak tentu fasal.

"Kenapa letak bantal tu kat tengah-tengah ?" Soal Daniel. Hairan.

"Bukan biasanya kita tidur kat rumah mama macam ni ke ? Alaa.. dulu pun kita tidur macam ni. Umpama pemisah," jawab Airah. Daniel mengerutkan dahinya. Airah pula yang tak faham. Apa ? Betullah kan ?

"Tapi saya tak nak pisah dengan awak lagi, saya nak berkepit je dengan awak. 48 jam pun tak apa,"

"Eww gatal,"

"So, baik aku tidur bilik lain je lah kan ? Lagipun kalau tidur sebilik tapi berasingan tetap tak guna juga,"

Hah ! Kalau dah ber'kau' ber'aku' ni marahlah nampaknya. Serta-merta raut wajah Airah berubah yang tadinya berseri-seri sekarang nampak tegang.

Nak sahaja Daniel meletuskan tawanya ketika itu namun ditahan dahulu.

"Awak ma..marah ke ? Sorry .. haha yelah kita tidur sekatil. Bantal ni saya alihkan, awak janganlah marah-marah macam tu,"

Alahaii,,mudahnya bini aku ni menangis. Cakap sikit je pun. Daniel menggeleng-gelengkan kepalanya. Gaya macam budak-budak. Suka sangat menangis.

Airah kemudian mengalihkan bantal itu ke tepi. Dia membaringkan tubuhnya membelakangi Daniel. Takut pula rasanya.

"Airah,,boleh tak awak menghadap saya ?"

Airah hanya menurut. Dia mengiring tubuhnya menghadap Daniel. Daniel menepuk tangannya. Airah faham kemudian dia meletakkan kepalanya di tangan Daniel.

"Kenapa sayang hubby ni kuat menangis macam budak-budak erk ? Dah sebulan bergelar suami isteri tapi sebulan tu jugalah sayang nangis,"

"Sebab saya takut awak marah lagi," esak Airah semakin surut. Pelukan hangat Daniel membuatkan dia rasa lebih tenang.

Daniel tersenyum."Tak payahlah nak berawak bagai lepas ni. Kita tukar nama panggilan,boleh ?"

"Up to you,"

"Ok, hear me.. saya panggil awak sayang. Awak pula panggil saya hubby, deal ?"

Airah tersengih. Kalau dah sengih-sengih tu, setujulah namanya. Daniel menyelak rambut Airah yang sedikit menutupi wajahnya. Wajah isterinya putih berkulit gebu, matanya yang hitam pekat serta bulu matanya yang lentik sediakala, keningnya yang tebal dan bibirnya yang merah ceri tanpa sebarang calitan lipstik membuatkan dia kelihatan lebih cantik.

Untung aku dapat kau Airah. Kata hatinya.

"Hubby janji takkan tinggalkan sayang erk ?" Rengek Airah manja. Tetapi tetap dalam pelukan Daniel.

Daniel tersenyum seraya mengucup dahi isterinya. Lama jugaklah. Akhirnya, mereka sama-sama terlena.

☆☆☆

Pagi itu*

Seperti biasa, Mak Jah yang akan menyediakan sarapan buat keluarga bahagia itu. Airah dan Daniel turun serentak ke bawah. Yang lain sudah tersedia duduk di atas kerusi. Tinggal tunggu untuk meratah makanan sahaja lagi.

Pagi ni, Mak Jah hanya memasak makanan simple sahaja. Nasi goreng telur dicampur dengan hirisan daging ayam bagi penambah rasa. Walaupun hanya ala kadar sahaja, namun rasanya tetap sedap.

"Ehemmm.." Airil tiba-tiba berdehem.

Airah angkat kening setelah dia duduk.

"Tadi, abang nak kejut adik dengan Daniel. Tapi masa bukak je pintu tu, lah,, kesian si Daniel ni. Dah jadi bantal peluk," perli Airil. Mata Airah terbuntang. Mukanya merah padam menahan malu. Argh! Macam mana boleh lupa kunci pintu erk ?

Daniel hanya tersengih menayangkan giginya yang tersusun cantik. Tambahan pula dia mempunyai 2 gigi taring yang menambahkan lagi kekacakannya. Cair Airah dibuatnya.

"Etch,,Kak Irah duk pandang-pandang si suami ni tak puas lagi ke semalam ?" Balqis menekup mulutnya. Airah tambah malu. Alahaiii,,apahal bakal adik ipar dia ni ? Suka sangat menyakat.

"Alaa.. tak salah kan adik jadikan suami adik ni bantal peluk. Kalau bukan suami jadi bantal peluk, siapa lagi yang adik nak peluk. Takkan nak peluk kaki katil tu pulak, tak nak aku!"

Hah! Dah keluar dah sikap tak malu si Airah ni. Entah syaitan apa yang merasukinya. HAHAHA.

Airil mencebik. Meluat. Airah pula tergelak. Rasa dirinya telah menang saat ini.

Baru Daniel ingin mencapai airnya, Airah dengan pantas mengambil lalu meneguk segelas susu milik Daniel. Tak sengaja agaknya. Daniel ternganga.

"Adik...adik.. tak ubah perangai macam budak-budak. Adakah patut adik main sambar macam tu aje," tegur Datuk Azhar. Lucu mix geram pula tengok perangai anak bongsunya itu.

Semua memandang ke arah Airah.

"Apa ? Adik buat salah ke ?"

"Yang sayang sambar air hubby tu dah kenapa ? Perampas!" Gumam Daniel lalu menarik muka masam. Terlebih asam dari buah limau. Haih!

Airah yang baru tersedar dia tersilap minum air auto menggelabah tak tentu hala. Kejap dikerling orang sekeliling, kejap dilihat gelas yang sudah kosong, kejap dilihat gelasnya yang masih berisi dan kejap dilihatnya wajah Daniel yang semakin bertambah 'asam'.

'Alaaa, camana ni ? Salah aku, aku nak buat apa ? Minta maaf ? Tapi aku takut Daniel tiba-tiba melenting.'

"Ermmm.. Airah...Airah nak ke.. ke.. ke tandas kejap. Sakit perut," alasan lebih. Airah terus berlari menuju ke atas lalu masuk ke dalam bilik air yang berada di dalam biliknya.

Berbagai-bagai soalan yang timbul dalam kotak kepalanya. Tangannya sejuk ibarat mayat hidup.

Tap!

Pintu ditutup. Dilihatnya siapa yang masuk. Daniel ? Nak marah aku ke ? Airah tunduk. Ada 'hadiah' ke ?

"Yang sayang tiba-tiba lari tu kenapa ? Alaa,,,tengok hubby masam sikit pun nak over. Don't worrylah, hubby okay. Just nak kenakan sayang je. Lucu gila tengok sayang menggelabah tadi. Macam bebudak," tergelak Daniel mengingatkan kejadian tadi.

"Hubby tak marah ?"

Daniel menggeleng.

"Betul ?"

Daniel mengangguk.

"Seriously ?"

Daniel mengangguk.

"Tak marah ni ?"

Daniel menggeleng.

Naik pening Airah dibuatnya. Dah kenapa duk angguk geleng bagai ni ? Mulut tu terkunci erk ?

Cup!

Upss.. Airah menekup mulutnya. First time k ? Alahaiii suami aku ni sweet juga kan ? Walaupun kelihatan dingin.

"Hadiah terbaru dari hubby tu," Daniel mengenyitkan matanya pada Airah. Airah bagaikan mahu pengsan sahaja. Tergoda pula aku ni! Don't over Airah. Airah berpura-pura tenang padahal dah menggelabah.

Beriku Peluang KeduaWhere stories live. Discover now