Daniel memberhentikan keretanya di hadapan rumah. Akhirnya sampai juga."Kita dah sampai bulan sayang,"
"Hah ?!!"
"Ala sayang ni over lebihlah. Kita dah sampai rumah. Sayang nak jalan sendiri ke nak hubby gendong sayang ?"
Airah terbeliak. Gentong ? Ee tak nak aku. Pening kepala aku dibuatnya nanti.
"Sayang jalan sendirilah," Airah membuka pintu kereta lalu keluar. Wahh,,udara pagi ni memang segar kan ? Rasa macam tak nak masuk rumah pula.
"Hubby,"
"Hmmm,"
"Hubby 'sayang' sayang tak ?"
"Of course hubby sayang, kenapa tanya macam tu ?"
"Tak adalah, sayang cuma takut hubby akan berubah hati,"
"Eh, sampai ke situ pulak. Tak ada lah. Kecuali dah takdir kita tak ada jodoh, hubby boleh terima lagi,"
Airah tersenyum senang. Diajaknya si sang suami masuk ke rumah. Kesian pula dah berpeluh-peluh kat luar ni.
☆☆☆
Seminggu kemudian...
Tibalah majlis penyatuan di antara Airil dengan Balqis. Kedua insan tu tampak bahagia. Tak macam dia dengan Daniel dulu. Eh, tu kisah lama k ?
"Ok, semua orang dah sedia ?" Soal tok kadi. Akhirnya semua mengangguk.
Majlis akad nikah pun berlangsung dan kini giliran Airil pula untuk melafazkan akad bagi mengesahkan perkahwinan dia dengan Balqis.
"Saya terima nikahnya Balqis Shafwa binti Datuk Badrol dengan mas kahwin RM 3000 ringgit tunai," sekali lafaz sahaja dia berjaya menjadi suami kepada Balqis. Alhamdulillah ..
Kini tibalah pembatalan air wuduk. Balqis menyarung cincin ke jari Airil lalu mencium tangan Airil. Then, giliran Airil pula menyarungkan cincin di jari Balqis kemudian mengucup dahi Balqis. Lama.
Semua orang yang hadir pula sudah diarahkan untuk menjamah makanan. Ada yang ingin ambil kesempatan untuk bergambar dengan pengantin baru, ada juga yang ambil kesempatan untuk bertegur sapa.
Airah dan Hana mengambil tempat di meja paling belakang. Airil dengan Shahrul tu pula entah pergi mana hilangnya. Dah kena telan kut.
"Rah, hubby kau banyak peminatlah, tengok tu," Hana menunjuk ke arah Daniel yang sedang rancak berbual dengan ramai perempuan.
Timbul rasa cemburu di hati Airah. Nak je aku serang minah-minah ulat bulu tu ! Tak puas hati ni ! Kalau bawa one by ten, kalah habis by ten tu ! Gila nak mampus.
Shahrul juga ada sekali. Inilah suami-suami mereka yang banyak sangat peminat. Jangan lupa status tu sudahlah.
"Aku tak puas hati ni," gerutu Hana.
"Hello, aku ? Aku rasa cam nak belasah je ulat bulu sekalian tu, takkan laki orang pun nak menggatal. Kang aku bagi makan penumbuk, padan muka!" Bebel Airah tidak berpuas hati.
"Haih adik, takut laki kena ambil ke ? Duk tenung kat suami tu," perli Airil yang entah sudah berapa lama muncul di belakang adiknya.
"Adik bencilah perempuan gedik macam tu. Dasar ulat bulu. Dahlah, adik tak ada mood. Kalau ada siapa-siapa cari adik, cakap je adik dah pergi mampus, malas nak layan drama tv 3 ni. Sakit hati!" Airah berdiri kemudian hilang entah ke mana. Hana pula berlalu mendekati Shahrul.
"Amboii, rancak berbual sampai lupa isteri kat meja makan," ejek Hana. Dah hilang sabar aku ni !
"Alaa sayang ni, ni semua kawan lama abanglah. Dari kolej yang sama dulu. Kitorang dah lama tak jumpa,"
"Whatever ! Lepas ni kalau rasa nak tinggal bini sorang ni kat tepi jalan, hah.. teruskanlah. Malas nak layan abang ni ! Bukan nak ajak pun nak berbual kat sini. Baik pergi mampus aje !" Geramnya Hana saat itu.
"Oh ya Daniel. Tadi wife kau pun jeles habis tahu. Dia kata kalau ada orang cari dia, cakap je dia dah pergi mampus. Aku pun tak tahu dia pergi mana. Tengok je kerusi dia dah hilang." Sambung Hana kemudian berlalu pergi. Padan muka! Ada suami tapi tak guna otak! Damn!
☆☆☆
"Really kau cakap macam tu ?" Airah seperti tidak percaya dengan apa yang Hana cakap. Berani benar minah ni.
"Yelah. Aku tak puas hati betul dengan laki aku tu. Kalau kawan sekalipun, ajaklah bini sekali. Bukan nak tinggal macam tu je. Tak suka! Ni yang aku malas nak hadiri majlis kenduri ke apa ke sebab mata dia duk pandang perempuan entah dari mana asal usulnya," lancang sekali mulut Hana berkata-kata. Rasa seperti ingin menangis sahaja.
Hmm Airah juga apa kurangnya. Matanya dah merah kerana baru lepas menangis. Nasib baiklah menangis di tempat yang gelap walaupun ada sedikit cahaya bulan yang menyinari bumi. Kalau dia menangis depan sana tu, malu juga dia. Bukan laki aku peduli pun. Duk sibuk layan minah gatal tu.
"Kat sini pun korang. Puas kitorang cari,"
"Aik, datang mencari juga erk ? Ingat nak tinggal bini macam tiang gol tadi." Hana memerli Shahrul. Tak puas hati!
Daniel menghampiri Airah. Airah diam seperti tidak menyedari kehadiran Daniel. Malas nak layan! Peduli apa! Marah pun marahlah,, aku terima dengan hati terbuka. Aku still tak puas hati dengan ulat bulu tu.
"Sayang, tu kawan-kawan hubby masa sekolah rendah dululah, yang sayang merajuk sampai ke bulan ni dah kenapa?"
"Sekurang-kurangnya ajaklah isteri sekali. Kan elok ?" Amboiii.. cemburu tak habis-habis.
"Alaa.. hubby ingat sayang tak nak ikut."
"Ke hubby memang tak nak sayang ikut?"
Daniel kelihatan menggaru-garu kepalanya. Hah,,tahu gelabah. ..
"Apa-apa jelah," akhirnya hanya itu kata-kata yang keluar dari mulut Daniel. Airah menggumam. Dia punyalah berdrama merajuk tadi, tapi tak dipujuk pun. Hmm memang dah tersangkut dengan para ulat bulu tu lah.
Kelihatan Shahrul dan Hana sudah berdamai. Tinggal Daniel dengan Airah je lagi. Airah serba-salah. Salah aku ke ? Ya ! Salah aku ! Bodohnya kepala aku !
Airah melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan, Daniel sedang rancak berbual dengan Airil serta Balqis. Airah diam. Resah.
Buk !
Alahaiii.. dalam banyak-banyak tempat, kenapa aku terlanggar kaki meja depan Daniel juga ? Aihh tak patut !
'Sakit gila kaki aku!'
"Aik dik, kalau marah dengan laki sekali pun, janganlah marahkan meja tu. Meja tu tak bersalah," ejek Airil. Airah memandang abangnya dengan renungan yang cukup tajam.
"Diamlah!"
Airil tergelak. Alaa.. marah konon. Ingat aku takut ? Tak langsung !
"Adik, kalau si Daniel ni betul-betul tinggalkan adik, padan muka, menangis sejuta tahun sekalipun tak guna juga,"
Airah menggenggam penumbuknya. Abang aku yang sorang ni tak boleh diam erk ? Asyik bercakap aje. Dah kahwin tapi gaya still sama ! Aku baling juga abang aku guna meja kang, hah meranalah!
YOU ARE READING
Beriku Peluang Kedua
RomantikCinta itu automatik hadir dalam diri kita walaupun bukan kemahuan kita dan jodoh itu telah ditakdirkan oleh Allah. Walaupun seberapa banyak kali pun kita cuba tolak takdir, namun ia tetap akan datang juga..