Airah yang baru selesai membersihkan diri terus memakai baju tidur berwarna coklat cair. Dilihatnya Daniel yang sudah terlena. Penat sangat kut. Dia masih marah aku ke ? Airah menyoal hatinya sendiri.
"Sorry hubby sebab hari ni sayang buat hubby serabut." Luah Airah perlahan. Dia tahu Daniel tak dengar tapi mulutnya tidak reti diam.
"Sayang cemburu je bila hubby layan perempuan lebih. Sayang tak suka ada perempuan dekat dengan hubby. Bukan apa, even mereka tu kawan hubby tapi sayang takut hubby akan berpindah hati dari sayang," manik-manik jernih mula berjuraian. Dia baring membelakangi Daniel setelah dia mengucapkan GOODNIGHT..
Tiba-tiba ada satu tangan yang melingkar di pinggang Airah. Airah apalagi. Terkejut beruk! HAHAHA.
"Hubby belum tidur ke?"
"Hmm.. saja pura-pura tidur. Manalah tahu sayang tiba-tiba nangis. Haha.. rupanya betul sangkaan hubby.. dah macam budak-budak sayang ni. Nangis je,"
Airah tersengih malu. Alahaii mana nak letak muka comel aku ni.
"Hubby dah agak dah sayang cemburu. Alaa, lagipun kawan-kawan hubby ssmua tu bukannya single lagi. Semua taken. Kesian hubby,,tak dapat mengurat," perli Daniel seraya tergelak.
Airah mencubit tangan Daniel. Hah, padan muka. Gatal lagi. Daniel menggosok-gosok tangannya yang terasa pedih dek cubitan ketam si Airah ni.
"Marah ke ?" Soal Daniel menduga.
"Entahlah. Kalau hubby nak mengurat pun sayang tak kisah. Asalkan, boleh buat hubby bahagia," jawab Airah perlahan. Argh! Sakitnya hati! Airah cuba melelapkan matanya namun pipinya dicubit pula. Sakit tahu tak ?! Pipinya diusap lembut.
"Mana boleh. Hubby dah cukup bahagia dengan sayang. Tak naklah gaduh-gaduh macam dulu lagi. Takut sayang pula lari,"
Airah tergelak. Haih! Ada-ada sahaja suaminya..
"So, bila lagi kita nak bagi papa dengan mama cucu ?"
"Hah ?!!" Mak aihh,, malunya aku! Wajah Airah merona merah. "Errr.." lidah Airah kelu. Dia mengiring menghadap Daniel. Ditatap wajah kacak suaminya.
"Sayang dah ready ke belum ? Kalau belum, hubby tak paksa,"
"Sayang ready je untuk hubby," Airah tersengih menayangkan giginya. "Tapi lampu tu, padamlah dulu."
Dan malam itu, berlakulah hari yang paling bahagia buat Daniel dan Airah. Masing-masing hanyut dalam dunia sendiri.
☆☆☆
Turun sahaja di ruang dapur pada pagi itu untuk bersarapan, Airah terus mendapat usikan dari abangnya. Nasib baiklah aku sayang kau bang, kalau tak dah lama aku lempang dalam longkang luar rumah tu hah! Gerutu hatinya.
"Semalam ada orang tengah berbahagialah. Dahlah bergelap kat dalam tu. Cepat-cepatlah bagi abang anak buah, adik. Tak sabar dah ni nak jadi uncle muda." Usik Airil.
Wajah Airah blushing terus. Balqis tergelak. Daniel pula entah pergi mana entah! Kat luar kut.
Airah meliarkan matanya di sekeliling. Ish, mana pula si Daniel ni.
"Laki adik tu ada je kat dalam rumah ni, tak lari punya. Adik janganlah gelabah semacam."
"Abang ni macam mulut tempayanlah, tak boleh senyap langsung. Kang adik suruh si Balqis ni sumbat cili kat mulut abang, padan muka,"
"Balqis sanggup ke sayang ?" Airil mengerling Balqis yang kelihatan ayu pada pagi itu.
"Sanggup. Kalau abiey menggatal kat luar sana nanti, bukan sekadar cili yang sayang sumbat dalam mulut abiey tu. Sumbat guna penumbuk sekali. Biar padan dengan muka tu," bebel Balqis.
Airah tergelak.
Airil mencebik. Malas! Ada isteri pun tak reti nak cover.
"Uncle!" Jerit satu suara yang mengejutkan Airah. Airah melangkah keluar dari dapur lalu menuju ke ruang tamu disusuli oleh Airil dan Balqis.
Patutlah menghilang semua orang. Kat sini rupanya. Kelihatan Daniel sedang mendukung seorang kanak-kanak yang kira-kira dalam lingkungan 1 atau 2 tahun.
Comel juga bila lelaki dukung budak kan ? Tapi lagi comel jika lelaki dukung bayi.
"Anak siapa ni ?" Soal Airah acuh tak acuh.
"Anak hubby,"
"Hubby jangan nak macam-macam erk,"
"Anak buah hubby lah sayang. Ni anak kepada abang hubby," ujar Daniel. Oh.. baru Airah sedar yang dia tidak berapa kenal sangat dengan keluarga Daniel.
"Hah, ni wife aku, Airah. Airah, ni abang hubby dengan wife dia, Danny dan Rahayu," perkenal Daniel. Mereka saling berbalas senyuman. "Ni pulak anak buah hubby, Dania. Kan Nia ?"
"Anak buah tu apa uncle ? Buah ada anak ke ?" Soal Dania yang kurang mengerti. Tergelak orang sekeliling dibuatnya.
"Nanti bila Nia dah besar Nia fahamlah," Daniel menurunkan Dania dari dukungannya. Dania terus berlari ke arah papa dan mamanya."Hah, dah alang-alang kita semua dah berkumpul, jomlah sarapan sekali," kata Datin Azura. Syukurlah,,ada lagi tetamu yang datang hari ni. Sekurang-kurangnya meriahlah ruang makan hari ini.
☆☆☆
"Mama, papa, kitorang balik dululah, lepas ni Daniel kata nak pergi beli barang dapur," ujar Airah seraya menyalami tangan Datuk Azhar dan Datin Azura. Tidak terkecuali juga Datuk Deal dan Datin Daurah.
"Yelah, jaga suami elok-elok. Jangan lupa bagi mama cucu,"
"Insyaallah, kalau ada rezeki," dah merah muka aku ni ! Jerit hati Airah. Dia kemudian berlalu masuk ke dalam kereta. Kesian pula lakinya dah sejam menunggu.
[ dalam perjalanan ]
"Apa mama cakap dengan sayang tadi sampai muka sayang ni merah macam nak meletup je ?" Soal Daniel. Dia juga ingin tahu.
"Memang nak meletup, haih,, faham-fahamlah perangai mama tu. Duk dari dulu nak cucu. Tak sabar-sabar,"
"Eh,,hubby pun tak sabar nak jadi papa ni,"
Airah menggumam geram. Hah! Yang sorang ni pun satu. Muka aku ni dah blushing dari rumah mama.
"Kalau ada rezeki, adalah tu,"
"Kita usahalah nak dapat anak. Bukannya susah pun," Daniel mengenyitkan matanya pada Airah. Airah tersipu malu.
Malu pula aku!
Airah membuang pandang di luar jendela. Manakala Daniel pula fokus memandu untuk ke pasaraya terdekat.
'Aku bersyukur sangat dapat menyayangi lelaki seperti kau Daniel. Aku yakin kau adalah jodoh aku, terima kasih Ya Allah kerana kau telah menulis takdir di antara aku dan suamiku,'
Airah tersenyum bahagia.
[Eppsss.. belum tamat lagi k ? Ada lagi berapa bab nak kena teruskan. Kalau story sampai sini, nampak gantung kan story ni ? Then,, you all boleh baca bab seterusnya]😊❤
YOU ARE READING
Beriku Peluang Kedua
عاطفيةCinta itu automatik hadir dalam diri kita walaupun bukan kemahuan kita dan jodoh itu telah ditakdirkan oleh Allah. Walaupun seberapa banyak kali pun kita cuba tolak takdir, namun ia tetap akan datang juga..