BAB 13

29 1 0
                                    

[Di Pasaraya]

"Hubby nak beli sayur apa ? Ada timun, lobak, kubis, nak yang mana satu ?" Soal Airah manja.

"Tak nak lobak. Ermmm.. ambil je lah apa-apa. Asalkan buka lobak," jawab Daniel sambil tersenyum. Dengan selamba dia melingkarkan tangannya ke pinggang ramping milik Airah.

Airah terkejut.

"Kalau ya pun janganlah peluk-peluk kat tempat awam macam ni. Malulah,"

Daniel tergelak melihat wajah isterinya yang dah blushing. "Alaa..apa salahnya sweet kat tempat awam ? Tengoklah orang lain. Siap pegang tangan bagai tu. Takkan hubby tak boleh pula,"

Elehh..merajuk pula suami aku ni. "Hmm, yelah. Suka hati hubbylah," balas Airah.

"Hai Daniel," sapa Airien yang tiba-tiba muncul entah datang dari mana. Airah dapat melihat dengan jelas wajah Daniel 100% berubah.

"Hai Cik Airah. I'm Airien," Airien menghulurkan tangannya kepada Airah. Airah menyambutnya dengan baik.

Ini ke perempuan pengkhianat yang Daniel ceritakan pada aku dulu ? Cantik !

"Ermm, tak sangka pula we all dapat jumpa sini kan ?" Airien tersenyum. Airah memandang Daniel yang menarik wajah seribu.

"Kau buat apa kat sini ?" Soal Daniel dingin.

"Nak beli barang sikit," jawab Airien lembut. Nampaknya dia dah berubah. Daniel memandang tajam ke arah Airien.

"Daniel,,a ..aku minta maaf sebab selama ni aku tipu kau. Lagipun sekarang ni aku bukan nak rosakkan relation korang. Aku just nak minta maaf dari kau dan isteri kau," ujar Airien.

"Aku maafkan kau tapi kau jangan nak buat apa-apa pada wife aku. Aku tak nak kau ganggu hubungan kitorang. Kalau apa-apa jadi pada wife aku lepas ni, aku akan cari kau dulu. Kau faham ?!"

Airah kecut perut melihat Daniel.

"Don't worry Daniel. Aku dengan Ilham dah kahwin, kau tak payahlah risau lagi." Ujar Airien kemudian memandang ke arah Ilham. Daniel terlopong. Dah kahwin ?! Aku tak tahu pun ! Argh ! Buat apa nak sibuk ! Airien adalah kisah silam aku.

"Sayang, jom bayar barang tu dulu," Daniel cuba lari dari Airien. Benci dia pada perempuan tu belum surut. Tangan Airah ditarik. Lagi lama dia di situ, lagi panas hatinya!

☆☆☆

Daniel kembali ke kereta setelah siap membayar barang. Airah hanya menyusul dari belakang. Dia tahu Daniel masih terkejut dengan kehadiran Airien. Yelah, dah sebulan tak jumpa, tiba-tiba bertembung di pasaraya. Tak terkejut ke namanya ? Airah memandang sosok tubuh Daniel.

"Kita terus balik, aku penat,"

Daniel dah ber'aku' lah pula. Marah ? Airien yang dia marah, aku yang kena tempias amarah dia. Gerutu Airah dalam hati.

"Kau tunggu apa lagi ?! Masuklah kereta cepat !"

Airah tersentak. Nak tak nak, dia terpaksa masuk. Walaupun dia takut pada Daniel sekarang, dia sebagai isteri tidak boleh membantah. Tak nak aku jadi isteri derhaka.

Dalam perjalanan balik rumah, Daniel lebih banyak mendiamkan diri. Airah pula tidak berani bersuara. Takut padah menanti.

Sesampai sahaja di rumah, Daniel terus meluru masuk ke dalam rumah. Airah pula membawa barang yang dibelinya di pasaraya tadi untuk di simpan di dapur.

Beriku Peluang KeduaWhere stories live. Discover now