Dua hari kemudian...
Daniel dan Airah kini berada di Korea. Honeymoon katanya. Airil dan Balqis pula berhoneymoon di Jepun.
Airah berasa bahagia bila berada di samping Daniel. Rasa tenang. Selamat.
"Hubby, jom pergi pantai. Nak ambil angin. Bosan pula terperap je dalam bilik ni," ajak Airah.
"Ok, kejap. Hubby mandi dulu,"
Daniel masuk ke bilik air kemudian setelah 15 minit dia keluar semula dengan hanya melilitkan tuala di pinggangnya. Airah berpura-pura tidak nampak. Blushing terus wajahnya.
"Ok, jom,"
Airah berdiri. Sebelum tu dia sempat membetulkan tudung bawalnya. Dia hanya memakai pakaian simple sahaja. Baju panjang lengan berwarna biru dipasangkan dengan seluar jeans biru tua. Bawalnya berwarna biru muda bercorak bunga-bungaan. Dia nampak kelihatan begitu ayu di mata Daniel. Lagi-lagi bila Airah senyum. Senyuman Airah mampu mencairkan hati Daniel.
'Aku sayang kau Airah,'
"Hello, hubby okay tak ni ?" Airah melambai-lambaikan tangannya di hadapan Daniel. Dia terlompat-lompat semata-mata ingin Daniel sedar dari lamunan. Tahulah aku ni pendek !
"Ok," jawab Daniel sepatah. Malu gila ngelamun depan bini ni. Dia terus mengunci pintu bilik lalu mereka keluar dari bangunan hotel bertingkat 15 itu.
---
Airah menendang-nendang pasir di tepi pantai Korea itu. Best juga dapat jalan berdua dengan suami. Dilihatnya orang sekeliling. BAHAGIA.."Hubby,"
"Hmm,"
"Tengok lelaki kat hujung sana tu. Hensem gila. Tengoklah para girls tu.. duk berkumpul kat situ,"
"So ?"
"Sayang pun nak gi sana kejap,"
"Hello boys," sapa sekumpulan perempuan. Rasanya asal dari Korea juga. Daniel menoleh.
"Me ?" ..kumpulan perempuan itu mengangguk. "Then, can I help you all ?" Soal Daniel lagi. Airah mula cemburu. Dia yang bersusah-payah nak cemburukan Daniel, last-last dia pula yang cemburu. Api cemburu aku dah membara ni!
"Are from Malaysian ?" Soal salah seorang dari kumpulan perempuan itu.
"Yes, why ?" Kumpulan perempuan itu menjerit keriangan.
"Can we take a photo ?"
Laju pula si Daniel ni mengangguk. Lagi bertambah api cemburu si Airah ni.
"Amboii..'can we take a photo?' ..kepala hotak nak mampus! Baik aku blah," bebel Airah namun dalam separa berbisik. Tapi masih cukup jelas didengar oleh Daniel.
Airah terus pergi dari situ. Sakit pula hatinya. Peduli apa! Suka hatilah para girls tu nak culik si Daniel. Aku tak kisah pun.
Bub !
Airah terlanggar seseorang. Airah mengangkat wajahnya. What ?! Cha Eun Woo ?! Betulkah apa yang dia nampak ni ? Jangan aku berangan sudah !
"Sorry," ucap Airah.
Lelaki itu tersenyum. Gila ! Dia senyumlah pula.
"Okay," hanya itu yang dibalas. Kemudian lelaki itu berlalu pergi. Namun, belum berapa langkah lelaki itu pergi, dia sudah dikerumuni ramai perempuan. Memang sah, dia pelakon@penyanyi !
Airah dah over tahap entah dapat jumpa lelaki tersebut. Walaupun tak bertegur tapi sekurang-kurangnya dapat tengok muka.
"Best ?" Cemburu dah si Daniel.
YOU ARE READING
Beriku Peluang Kedua
RomansCinta itu automatik hadir dalam diri kita walaupun bukan kemahuan kita dan jodoh itu telah ditakdirkan oleh Allah. Walaupun seberapa banyak kali pun kita cuba tolak takdir, namun ia tetap akan datang juga..