Seminggu telah berlalu, kini Daniel dan Airah akan balik Malaysia.
"Dah kemas semua barang ?" Soal Daniel.
Airah mengangguk lalu menarik bagasi itu keluar dari bilik. Hari ni hari terakhir berada di Korea. Say goodbye to KOREA.
"Jom, nanti terlepas flight pula. Lagi tinggal 25 minit," Daniel membantu Airah menarik bagasi tersebut.
Penerbangangan untuk ke Malaysia akan berlepas sebentar lagi. Sila bersedia tuan-tuan dan puan-puan.
Pengumuman itu akhirnya disampaikan. Daniel dan Airah memilih tempat duduk di dalam kapal. Mereka memilih kerusi paling depan. Supaya senanglah mereka untuk turun ke tanah Malaysia nanti.
Masa yang ditunggu-tunggu telah pun bersedia untuk berlepas. 3, 2, 1.. kapal mula berlepas. Setelah sejam berada di dalam kapal, Airah menguap.
"Tidurlah," kata Daniel.
Airah akur lalu melelapkan matanya. Daniel meletakkan kepala Airah di bahunya. Comel je wife aku ni.
☆☆☆
Datin Azura kelam-kabut bersiap untuk menyambut kepulangan anak dan menantunya dari Korea.
"Kalau ya pun, janganlah sampai lupa handphone tu," tegur Datuk Azhar. Datin Azura mencapai handphonenya lalu turun ke bawah.
Datuk Azhar menggeleng-gelengkan kepalanya. Haih! Kelam-kabut betul.
"Abanggggggggg! Cepatlahhh!" Laung Datin Azura dari bawah.
"Yaaa! Tengah turunlah ni," hishhh tak sabar-sabar betul isteri aku ni.
☆☆☆
"Papa, mama," Airah terus memeluk Datin Azura. Datin Daurah, Datuk Deal, Datin Basya dan Datuk Badrol juga ada di situ untuk menyambut kepulangan mereka.
"Macam mana honeymoon ? Okay ?" Soal Datuk Deal pada anaknya.
"Bolehlah," jawab Daniel lalu tergelak.
"Papa, mama," jerit lagi satu suara. Balqis. Dipeluknya kejap Datin Basya kemudian Datuk Badrol lagi.
"Best tak hobeymoon dengan lovely husband ?" Soal Datin Basya.
"Best ma! Airil bawa Qis jalan-jalan. Tapi Airil tu hah, suka sangat buat Qis jeles. Ada ke patut dia dekat dengan perempuan lain kat sana. Dia buat macam Qis ni tak wujud.," Balqis memuncungkan mulutnya.
Airil tergelak dengan celoteh manja Balqis. "Ril, kenapa buat isteri macam tu ?" Duga Datin Azura pula.
"Alaa.. Ril saja-saja je. Nak buat Qis lagi jeles. Ril suka tengok muncung itik Qis tu hah," balas Airil. Balqis mencebik. Apa punya suami. Kang aku ketuk juga kepala tu.
"Abang dengan Daniel ni sama aje, suka sangat buat isteri menangis. Kan Balqis ?"
"Hah, tulah. Nasib Qis tak tumbuk si Airil ni. Tak sanggup. Sebab terlalu sayang," kata Balqis malu-malu.
Semua orang tergelak.
"Eleh,, Sayang yang cuba cari fasal dengan hubby tahu. Sayang yang nak sangat buat hubby jeles, last-last sayang sendiri yang jeles bila ada perempuan bawa hubby selfie kat tepi pantai tu." Sakit perut Daniel menahan tawa.
YOU ARE READING
Beriku Peluang Kedua
RomanceCinta itu automatik hadir dalam diri kita walaupun bukan kemahuan kita dan jodoh itu telah ditakdirkan oleh Allah. Walaupun seberapa banyak kali pun kita cuba tolak takdir, namun ia tetap akan datang juga..